CSS

Monday, July 5, 2010

Kuih Ketayap



Assalamualaikum.. Selamat petang. Alhamdulillah syukur dikurniakan Allah tubuh badan yang sihat dan dapatlah menggodek kuih ketayap (atau Bais kata kuih kakayap) ni buat minum petang dengan anak-anak. Buat Kak Yatie US, ni je la termampu nak buat kak, tadi masak lunch cincai je asal bebudak makan. heehee..Mekasih juga buat teman-teman yang menjenguk saya, jap lagi saya buat kunjung balas nak tengok menu2 best teteman semua lak.

Saya amik resepi ni kat blog kak Hana untuk adunan kulit nye tu. Untuk inti tu, pakai taram je la. Kuih ni biasa buat dulu dulu time Bais suka makan. Lepas tu lama stop sebab dia dah boring. Kali ni dah lama tak jumpa, habis la 2 gulung untuk dia. Kak Hana thanks untuk resepi ni.



Kuih Ketayap

Bahan untuk inti
sumber:sendiri

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.


Gula kabung yang dibeli dari kampung.

Bahan-bahan untuk kulit:
sumber: KAK Hana

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar

Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.

12 comments:

kak Erna said...[Reply to comment]

salam izah..melihat kehijauan..kuih ketayap..atau pun kuih gulong je..akak panggil..menggoda la..mau buat juga nanti ni..

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

cantik la kuih ketayap izah...nampak pun sedap...ada lagi ke...mas nak rasa sikit...

♥LOVE2COOK♥ said...[Reply to comment]

Alamak...love pun suka kuih ketayap nih. Malas nak buat sendiri, sll beli dari gerai PakDin...hehe!
U made it look so perfect ya, intinye betul2 kaw!

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah..aduhai,comey nyer kuih dadar izah ni terasa mcm nak amik terus mkn je :)

Ayu said...[Reply to comment]

salam izah,
nampak kuih ketayap aka kuih dadar ni..
macam nak ngap aje izah punya tu..gula kabung macam gula melaka ya izah..kampung mana tu?..

jalilah_jy said...[Reply to comment]

salam izah cyg..
kak nak bg petua akak..tambah sikit tepung gandum dlm inti supaya dia melekit sikit..senang nak gulung..kalau mcm ni pun ok juga lagi ori rasanye...kdg2 kak ilah pun tak masuk tpg gandum bila guna kelapa muda dari kg petik sendiri hihi..

Kak Noorma said...[Reply to comment]

akak pernah tengok dalam blog ni orang buat kuih ketayap warna merah dll..rasa nk cuba gak..tp takut ahli kariah kat rumah ni jakun, pas tu aku sorang yang kena mengadap kuih tu sorang2... apapun kuih tradisional mmg best...bulan pose laku ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak erna..
ha ah..kat rumah saya pun panggil kuih gulung jugak..kalau berwarna tu, cepat sikit laku kan

mas..
semalam pun memang buat sikit je..cukup la 3 beranak makan sikit sikit..hehe..nak? inti ada lagi tu..amik pi buat sendrik ye..

love2cook..
ala..itu je termampu tak kemas mana pun gulung nye..yang inti tu kebetulan ada gula kabung yang wangi tu, maka inti pun sedap..hehe..kalau ada gerai pakdin kat bawah ni, sah sah ai beli jugak love!!

deliah deli..
opss...mintak izin dolu baru makan..baaru berkaat..hehehee

ayu..
gula kabung ni agak sama dengan gula melaka tu, cuma bezanya lebih wangi..lebih warna yang cantik..dan lebih rasa..oo lagi satu..lebih wang ringgit nak beli..kikiki.. kampung kat pahang..daerah lipis..penah datang?

kak ilah jy..
betul betul kak..letak sikit tepung gandum..semalam tu dah teringat nak letak..tapi duk gaul gaul dah mcm cantk je, baru teringat nak letak..kire sah ok dah malas lah nak campur pulak kan..

kak noorma..
hehe..ada gak merah ye..biasa warna kuning ada..tapi merah tak pernah jumpa plak..kiki..tu la kalau buat lain mcm je. mesti mulut tu mengomen dulu baru makan..hehehe

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
lamanya tak makan kuih ketayap. sedapnya...

ain said...[Reply to comment]

salam izah..kuih ketayap ni fav akak. pernah buat gak, tp tak cantik sgt la. nasib baik sungguh sedap.hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

nurindah..
tu la, dah lama tak makan skali skala sdap gak kat tekak..

ain..
ye ke kak ain..saya pun dedulu memula berjinak dengan kuih ni tak reti gak nak canai kulit dia tu..dah biasa buat n tahu nak lenggang kuali tu baru elok kulit nyer..hehheeh,buat lagi kak ain bagi cantik..

Adzriel @ Liza AB said...[Reply to comment]

inilah kuih fav arwah ayah kak liza