CSS

Wednesday, July 7, 2010

Daging Kunyit Pedas


Assalamualaikum... selamat pagi. Hari ni cuaca cerah dan segar. Matahari cantik memancar, cepat lah kering baju den. Burung burung berkicau riang..kiki..cakap pasal burung nih, teringat lak bando kecik ku nun di Pahang nun..Ade ke patut kak Hana..ceeessss.

Menu ni buat pada suatu hari. Hari tu ada tanya kak Ayu Sg kalau nak taruk kacang panjang dalam daging rempah yang kak Ayu post tu hari, kak Ayu suggest buat daging goreng kunyit je. OOoo memang biasa buat cenggini, tu yang tanya nak melainkan sikit menu. Tapi saje gak buat ikut resepi kali ni. Resepi pun amik kat umah kak Ayu jugak. Maceeeh kak Ayu. Saya tepek resepinya kat sini lak. Ni memang peberet my lebing hubby. O lupa asal dari dapur kak Yatie US yang tengah pening setiap pagi nak packing barang nak balik Mesia dah.



Daging Kunyit Pedas
Sumber: Kak Ayu dan kak Yatie US

Ingredients:-
500 gm daging(di rebus empuk dan toskan)-(500g beef - boiled till cooked and drained)
1 sudu besar serbuk kunyit-(1 tbsp turmeric powder)
1 sudu kecil garam(utk gaul bersama daging)-(1 tsp salt mix with sliced beef)
7 biji bawang merah kecil, dihiris halus-(7 shallots sliced thinly)
3 biji bawang putih, dihiris halus-(3 garlics sliced thinly)
1 inci halia, di hiris halus-(1 inch ginger sliced thinly)
1 biji bawang besar, hiris bulat-(1 large onion cut in rings)
1 btng lada merah, dihiris serong-(1 red chilli cut slant)
4 btng lada hijau, dihiris serong-(4 green chillies cut slantly)
1 btng carrot-(1 carrot)
1 cwn kacang panjang/buncis, dipatah2kan 2 inci-(1 cup long beans/french beans cut to 2 inches length)
garam dan gula secukup rasa-(salt and sugar to taste)

Method:-
1. Hiris daging nipis2, cuci,rebus dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang2nya 20 minit.
2.Panaskan minyak di kuali. Goreng daging yg di lumur kunyit dan garam tadi. Goreng hingga daging sedikit garing.
3. Masukkan hirisan bawang merah kecik dan bawang putih, goreng hingga sekata.
4. Masukkan hirisan bawang besar, hirisan lada hijau dan merah. Gaul hingga sebati.Perasakan garam dan gula.
5. Masukkan carrot dan kacang panjang.Jika perlu, masukkan sedikit air.
6. Setelah siap angkat dan hidangkan. Taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Siap dan boleh di makan bersama nasi putih panas.
-(sliced beef thinly, wash, boiled and drained. Mix salt and turmeric powder, and let stand for at least 20 minutes. Heat oil and fry marinated beef till slightly crisp. Add in slice shallots and garlics and stir well. Add in sliced large onion rings, green chillies and red chillies, stir well and add in salt and sugar to taste. Add in carrots and long beans, add water if necessary. Turn off heat and dish out, sprinkle saome cchinese celery and spring onions.)

8 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

ni yang kata belum rasa belun tahu, mas pun suka masak macam ni, selalunya mas masak pedal ayam...suka2...kat atas tu tangan sapa tu, tangan izah ke...

anymz said...[Reply to comment]

zah,ni akak datang bawak pinggan,hari ni masak nasi jek,lauk ambik kat sini..boleh??
pasni nak merayap rumah sape lak nih..hehe..pemaleh betul org tua ni kan..siap ngeceh2 lauk kat umah org..bini sape lah ni..muahahah

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Mmng sedapkan lauk mcm ni..simple dan sedap...nak rasa sikit....hi3...mailah tlng akak kemas2 rumah ni....pening2 sempat lagi berblogging.....hilang poning sikit....kih3....

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
betul tu mas..simple dan sedap.boleh ratah gitu je kan.. aiipp...bukan tangan mak budak..tu tangan budak budak nakal tuh..hehehe

anymz..
a ah kan..bini sapa la nih..kalau jual laku tak? ikikikiii..jangan mare kak nim..senyum skittt.. ala kak nim, kalau maleh apa susah.beli je la...kak nim cakap je maleh,sekali menu bederet atas meja tau

yatie..
kak yatie pening ek? terapi dengan memasak la kak yatie..tapi pening datang balik bila tengok pinggan mangkuk bersepah..hahhaa...slamat mengemas la kak ye..maceeeh untuk resepi best nii

Jojoe said...[Reply to comment]

sedapnya..selalu g kedai order ayam goreng kunyit.. sama gak resipi ngan daging kan?hehehe,,,

izahdaut said...[Reply to comment]

ha ah...lebih kurang la kot..masuk bnyk sayur2 pun sedap nih..kdg2 letak sos tiram skit sedap gak..naik aroma

Ayu said...[Reply to comment]

salam izah,
nak 1 pinggan besar daging kunyit tu..nak buat buka pose hari ni..
tak ulik nak jugak..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

kak ayui..
hikhikhikk..oo puase ye... mane bleh..lambat lagi bebuke nih..aiipp.. nanti terbuka awal plak...