Monday, July 19, 2010

Ikan Goreng Bersambal Istimewa



Assalamualaikum.. Dah kenyang makan kek semua? Hehee..jom lunch plak. Bagi sapa nak buat buke puasa karang sedap nih. Kena lak dengan gulai putih sayur ke..ada lak sambal belacan. Fuuhh sedapnyerr.. Hari tu nampak kat umah Along..Asalnya dari Along dan saya copy dari blog kak Nor. Bila kak Nor kata sedap dan dan nak buat. Memang sedap dan lain dari menu menu biasa. Mekasih akak berdua. Saya mintak izin nak tepek sini pula.


IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz
Copy: Kak Nor

3 ekor ikan
garam
serbuk kunyit

utk sambal:
4 bj cili hijau
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut (ikut kak nor juga)
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halus
garam

tambahan oleh k.nor:
2 sudu besar sos ikan (saya tak letak)
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis




1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.

10 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...[Reply to comment]

izah, datang lagi nak makan nasi, sedapnya ikan tu, mas buat budu tadi, sodap ni cicah...

moklong said...[Reply to comment]

leh minta sekor x buat bbuka nnt..hehehe...

Jiya said...[Reply to comment]

tumpang lalu.. tumpang lalu... tumpang laukkk... akekekek

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah...ikan goreng ngan nasi je dah sedap...klu dgn sambal istimewa mau x bgn2 dr kerusi :)

Eliza said...[Reply to comment]

salam izah. ikan kalu digoreng sampai garing cam tu pekena pulak ngan nasi panas. perghh..mertua lalu tak nampak..

LIPISLADY said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah, sedap lauk ni, makan dengan nasi yang tengah panas, tak payah ada lauk lain lagi, cukup ada ulam petai dengan sambal tempoyak yang masih manis...

ijan said...[Reply to comment]

Ni memang betul...ada gulai putih sayur ngan sambal buhlacan..gerenti tak bangun2 asik tambah nasik jer.. :)

HALAMANKU said...[Reply to comment]

mmm syedap tu zah.. + nasi panas2... sekoq yer..

Watierman, rmanbkr said...[Reply to comment]

Salam Dik Izah....nak duduk semeja lah hari ni..boleh tak???penat lah nak masak....nak tompang makan kat rumah adik2 lah pulak!

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
betul mas..cicah budu pung sedap.tapi makan ngan sambalnya tuh laagii sedap..

moklong..
aipp..pi buat sendrik..cukup ke sekor?ngehehee..

jiya..
ooo sambil nyelam minum air ye ko jiya..lalu je boleh..tumpang lauk..suuhh jauh jauh..

deliah deli..
tak bangun kenyang tak pe kak, jangn tak bangun innalillah...huhuhu

eliza..
haha..kak..jangan kak, kecik ati mertua tak jemput makan sekali..hehe

waalaikumusalam..
betul kak, kebetulan saya buat sambal petai tempoyak..ngeeeee..sedap tul ganding dengan ikan goreng.. terkenang kampung halaman ku..

ijan ..
betul tu, pastu makan bersila,plak tu makan tengahari..fuhh gerenti berpeluh nih

erma..
cukup ek sekor? ehee..sah tak cukup tau..pulak pulak ikan rangup..fuuhh..semua nak gigit tau

kak watierman..awat lama tak nampak..meh la join... mesti busy dengan order n kan? laju bisness...alhamdulillah