CSS

Monday, July 12, 2010

Sambal Hitam Bendi



Assalamualaikum.. Wahh..habis sudah menu pisang kan..bukan aje ai yang boring.. Orang yang duk berkunjung pun dah hampir boring dah dengan menu pisang.

Samat hari senin semua. Menu ni sodap sangat bagi penggemar sayur yang agak pedas sikit nih. Dapat resepi ni dari akak ku yang di Sarawak sinun *pssss nak ikan terubuk paling besor tuh, suh pakcik tuh pos ke rumah haku yek, pohbedoh*, akak saya lak dapat resepi dari kak long aka akak ipor *yang sedang melalui fasa fasa sedih* dan akak ipor ku ini blajo dari mem beso iaitu mak saya sendrik. Alah..bukan susah sangat pun, saje je letak panjang sikit sejarah menu nih.

Tak sesia buat menu nih, sebab hubby pun suka sangat. Lenkali boleh buat lagi. Terpulang pada citarasa masing-masing..ada suka ikan bilis tu digaring sikit dan setengahnya suka masak lembut sahaja. Dan kepedasan pun boleh ikut lidah masing masing ye.



Bahan:
10-12 batang bendi (atau sebungkus bendi)

Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
5-6 ulas cili padi bergantung citarasa pedas
1-2 biji belimbing buluh rebus
Sesenduk minyak untuk menggoreng

Atau pun boleh click sini untuk resepi sambal hitam Pahang.



Caranya: Potong serong kacang bendi dan digoreng sebentar untuk layukan kacang dan untuk buang lendirnya. Angkat dan toskan minyak. Semua bahan-bahan sambal hitam ditumbuk kecuali bawang. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama bahan tumbuk. Rasakan sedikit dengan gula dan garam. Terpulang mengikut citarasa samada mahu digaringkan ikanbilis atau masak lembut sahaja. Kemudian masukkan kacang bendi tadi. Kacau semuanya serasi dan angkat untuk dihidangkan.

8 comments:

Ctnaemah said...[Reply to comment]

izah..belimbing buluh takde..akak ganti tomato aje laa ekk..hehehe

Mas said...[Reply to comment]

wah izah, ada sambal hitam bendi, sedap ni..makan ngan ikan goreng pun sodap...

HALAMANKU said...[Reply to comment]

mmm syedapnyer bau... mkn ngan nasi panas2 syedapni..raser masam2? ader belimbing buluh?

cikmanggis said...[Reply to comment]

resepi yang simple tapi sedap:)

izahdaut said...[Reply to comment]

ctnaemah..
boleh gak kak..kira rasa masam gak kan..kalau tak letak pun tak pe kot...sedap gak tu..

mas..
betul tu..ingat nak buat ikan goreng la mlm nih..ihehehe..

erma..
tak de la masam sangat..masam manis n pedas gitu la..tak heavy sebab letak sikit jje belimbing buluh tu

cikmanggis..
betul tu..ratah mcm tu je pun sedap

Kamalia said...[Reply to comment]

ishk izah ni..buat kecur air liur kita je ..nyum2..:D

LOVELY KITCHEN said...[Reply to comment]

aok org pahang ye izah! sambal hitam pahang memang fofular kat sana..mak e-na selalu buat....windunya..pos sikit!

izahdaut said...[Reply to comment]

kamalia..
ehhee..ada belimbing buluh kat sana tak? boleh try nanti..haha..

ena lovely kitchen
ho oh kome org pahang..memang la mak mak dulu dulu sambal ni je la buat makan..best tak penah jemu..nak post ek..eh betul gak, sambal ni masak lama lama memang tahan lama kan..