CSS

Thursday, July 1, 2010

Terung Berlado



Assalamualaikum.. ni menu makan malam. Terung purple ni memang biasa masak camni, tapi saje nak try cara kat rumah Nurindah tu. Letak ikan bilis garing garing dan tomato. Ada kelainan la sikit. Tapi masih saya kekalkan untuk letakkan sama udang kering bagi sedap n wangi lagi terung sambal ni atau pun terung berlado. Tapi memang la sedap buat masak sambal cam ni kan..okey..layan resepi tu, saya nak bersiap nak pack kain baju, malam karang nak balik kampung..yuhuuu..kole lepeh (kuala lipis)..tunggu akuuuu



TERUNG BERLADO
sumber: Nurindah dari kak Syurie

BAHAN-BAHANNYA

* 3 biji terung
* 5 biji cili merah - saya ganti cili kering
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji tomato
* Garam & Gula secukupnya
* 2 helai daun salam - saya tak bubuh
* 1 cm lengkuas
* Nurindah: saya tambah halia
* 2 sudu besar ikan bilis halus - digoreng
#saya tambah setengah sudu makan udang kering diblend bersama



PENYEDIAANNYA

1. Potong terung ikut suka dan goreng sehingga masak.Angkat dan toskan.
2. Kisar kasar cili merah, bawang merah, bawang putih dan tomato.
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan (2), tambah daun salam dan lengkuas.
4. Tumis sehingga agak-agak garing kemudian baru masukkan terung.Kacau sebati.
5. Taburkan bilis goreng diatasnya, kacau rata....Jika bilisnya dah cukup memberi rasa masin, abaikan garam.Tapi jika perlu, boleh tambah sedikit garam dan gula.
6. Sedia di hidang...

8 comments:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...[Reply to comment]

uihs...sedap nie...
selalu tu terung kari jer....
boleh try ler lainkali...
thanks yerk...

ain said...[Reply to comment]

perut akak ni tgh lapar, so tengok apa je jd sgt la meliurkan.huhu

atme310 said...[Reply to comment]

Wah sodap ni....rupe2nya nampak dekat sini lagi sedap la...ini kalau kena dengan nasi panas, cili padi, terung sejenis dengan ini yang baru masak dan dot dot...

Kena pula air apple rambutan tu...wah boleh pinau mata...juling sodap tu...naaaaaaaaaaaaaaaaaakkk banyak boleh!

Kalau makan tengahari ni...silap2 kroh kroh kroh la...

3 hungry tummies said...[Reply to comment]

Sungguh menarik hidangan tu. Pasti akan popular di rumah saya.

3 hungry tummies said...[Reply to comment]

Sungguh menarik hidangan terong tu. Ianya pasti akan dicubai!

izahdaut said...[Reply to comment]

zanna..
oo kami plak jarang buat kari..memang suka makan terung masak cam ni..cube tau..sedaaaapp..letak udang kering sikit lagi naik rasa dia

ain..
kak ain..puasa ke..ala ciannyerr..kalau dah lapar tu lagi la sedap menengok menu cam ni yg podeh podeh kan

atme..
kikiki..dot dot tu apa laknyerr.. nak air apple lagi? upah ada? upah dulu baru boleh bagi air apple lagi okaii

3 hungry tummies..
iye ke..boleh cube tuu..saya kalau pedas pedas ni memang laku sangat kat rumah ni...cube la ye

*∽ IZAN ∽* said...[Reply to comment]

oho.. menarik gak letak ikan bilis kecik2 nih... bleh cuba nanti! ma kasehh h.. muah muahhh

izahdaut said...[Reply to comment]

ha ah..slalu buat biasanya sambal gitu je..yang ni ada ikan bilis rangup tu...ada kelainan n membangkit selera..boleh cuba nanti cik izan yeee