Assalamualaikum..
Selamat pagi semua. Alhamdulillah , bertemu lagi di Hari yang cerah dan matahari pun garang bersinar pagi-pagi lagi. Sarapan apa pagi ni? Bagi yang tak puasa, jom la sarap dengan roti paun Nekma ni. Roti ni, Mas yang syorkan dan kalau tengok kat laporan MyR tu, mek Mas ni lah paling banyak ngantor laporan. Haa maknanya feberet sungguh dah roti tu ye Mas. Mau tak feberet, roti ni memang sangat lembut, gebu dan elok kejadiannya. Sedap makan ngan kari, cicah sambal tumis atau sambal sardin macam saya ni.
Apa pun mekasih Mas Duniaku. Bagi yang belum pernah ke blog Mas, sila la ke sana. Mas ni memang rajin mencube resepi2 baru dan memang rajin ke dapur. Mekasih ye makcik!!
ROTI PAUN NEKMA
Bahan ( 2 - 3 loyang sederhana ) :
1 sudu kecil yis - kalau nak cepat naik taruk 2- 2 1/2 sudu kecil.
*izah letak 2 sudu kecil yis
1 cawan air suam
½ cawan gula pasir
½ cawan marjerin @ butter
Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
*izah guna lebih kurang 2 1/2 cawan tepung
sedikit minyak untuk dilenserkan diatas roti
Cara membuatnya :
1 cawan air suam dicampurkan dengan yis dan biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedalam besen yg berisi tepung gandum.
Kemudian masukkan pula gula pasir dan kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin @ butter kedalamnya dan kacau sampai sebati.
Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum ke dalam adunan sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras. Cuma agak2 boleh diuli dengan tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut.
Kemudian doh direhatkan sehingga ½ jam - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dalam loyang yang telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia) - Mas sapukan marjerin jer atas dulang untuk dibakar.
Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda, lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yang dah kembang kemudian bolehlah dibakar dengan kepanasan 180C selama 10-15 minit dalam oven yg telah di panaskan terlebih dahulu..Sapukan marjerin @ butter atas roti setelah roti dikeluarkan masa roti masih panass...
Selamat mencuba. Senang banget ni.....
Nota: IZAH uli menggunakan BM, jadi masukkan bahan2 ke dalam mengikut urutan BM.
Tapi, sebelum memasukkan semua bahan2, saya larutnya 2 sudu kecil yis bersama 1/4 cawan air suam (dari sukatan 1 cwn) dan tunggu hingga yis aktif berbuih2. Dengan cara ini dapat juga kita memastikan yis digunakan adalah yis yang elok dan aktif. Juga mempercepatkan doh roti naik mengembang.
NOTA HATI:
Saya mohon keikhlasan hati teman-teman untuk menghadiahkan doa buat adik AMNI FATIMAH, 4 tahun, anak kepada kazen saya, yang insyaAllah akan menjalani operation membuang tumor yang meliputi hampir sebahagian kepalanya, dalam minggu ini di HKL. Semalam saya berkesempatan melawat adik Amni, sayu melihat keletahnya, wajahnya yang mungil dan comel. Riang mcm kanak2 yang lain. Bertambah sayu bila kenangkan adik Amni ni, berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulung saya. Semoga Allah permudahkan segalanya dan moga selamat semuanya. Aminn..