CSS

Friday, October 1, 2010

Puding Roti


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Jom sarapan jom. Sedap puding ni makan ngan kuah kastard nih. Saya suka kalau puding tu panas-panas makan ngan kuah kastard sejuk dari peti ais. Sedap nyeee.. Anak-anak pun suka makan macam ni. Bagus bagus...senang kroje ummi pagi-pagi ni. Bila dah kenyang, mereka pun ceria bermain sana sini. Booleh ummi nya buat kroje lain plak.

Resepi yang saya dapat dari buku masakan ANEKA PUDING.


PUDING ROTI KUAH KASTARD

Kuah kastard:

1 cawan susu segar
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil essence vanilla

Campurkan semua bahan, kacau hingga tepung sebati dan masak atas api kecil se hingga kuah sedikit pekat. Angkat dan ketepikan.

Puding Roti:

5 keping roti
400 ml susu segar
2 sudu besar mentega (cairkan)
4 sudu besar madu
5 biji kurma
sedikit essence vanilla
kismis secukupnya

Potong dadu roti dan letakkan dalam loyang. Masukkan semua bahan dan rendam roti selama 5 minit. Bakar roti tadi sehinnga kekuningan. Saya bakar pada suhu 180 C selama 30-40 minit. Hidangkan.







8 comments:

desperate mama said...[Reply to comment]

sedapnyeeeee.... izah, kalau puding tu tak bakar, tapi kukus... boleh ke?

hana said...[Reply to comment]

macam nak memuding jugaklah!! roti aku masih sebungkus tp dah nak expired! muahahahaha... lupa nak makan! boley gtu?? :D

izahdaut said...[Reply to comment]

deperate mama..
boleh jugak fiza kalau kukus..tambahkan telur sebiji ek..tapi kalau bakar lagi best la sebab garing2 moist gitu bile makan ngan kuah..

kak hana..
wahh boleh lupa nak makan tu..punya la tak lalu makan bila hubby tiada disisi kan..hehehe...kena cari idea sebelum expired la makcikk pooh

adad said...[Reply to comment]

kat umah jiya jarang beli roti. jd mmg jarang ler wat puding2 roti ni. jd kesimpulannya.. jiya makan kat umah akka jek la. kikikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

jiya..
bijak bijak...jiya bijak ek..meh meh...bukak mulut besor...akak baling sesudu dulu ek..hehehe..

Trying To Be Muslim.. said...[Reply to comment]

Izah.....Assalamualaikumwbh...cihat? Cedap nyer puding ngan kuah custard kan? Minta sikit? he3...

Mesti bangga bila penat2 masak, anak2 and suami makan air tg kita kan?

Anna Qawina said...[Reply to comment]

Izah...daku tgh menyalin rsp jimat ni sbb takyah boh telur kan....susu cair tarak tak kena hukum kot kalo tukar susu cair tu...hihi

sitiezahim said...[Reply to comment]

hai izah..(ke akak ek? )..sori baru nih sempat bukak ur website..cam bes aje puding roti nih, saya slalu buat yg kak seri (mummy alyssa) nye, tp slalu x bape jadik huhu..(salah sendri la nih hehe)..nak terai ur resepi la plak ye..:)