Assalamualaikum..
Selamat pagi. Kek lagi...kek ni buat pada hari sama dengan kak Hana keluarkan kek coklatnya itu. Dah siap bake baru tengok kek coklat pulak... hehehe.. macam nak mengekek lagi la pulak.
Macamana rasa kek ni? Hmmmm...kek yang makan tak puas. Suap nak lagi..suap nak lagi..suap nak lagi..macam tak bace bsmillah je kan.. Bais nangis2 bila kata kek dah habis, padahal kek tu simpan sikit untuk ayahnya. Kalau tak simpan, selagi nampak kek atas meja selagi tu la pulun. Ekceli kek ni dah dua kali buat. Sapa tak buat lagi sangat2 lah direkemen kan. Tapi ramai dah yang cuba, sebab kek ni simple je kan.
Mekasih buat Ros Onigiri untuk resepi yang amat gebu, moist dan lemak sedap ni:
Ros Jintan Manis (my resepi)
PANDAN CHEESE CAKE
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :
Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan.
Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :
Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan.
Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.
17 comments:
Salam Dik Izah...aduyaiiiii Dik oooi....pagi2 dah nampak kehijauan yang menyegarkan.....tergoda...nasib baik cheese slice dah abis....kalau tak lemak tepu bertambah lagi!!! Heee selamat...biar Akak jamu mata jer lah!Nanti kalau nak buat Akak C&P resepi ya.....mohon in advance...boleh?
kak watie..
sila kan je la...kita ni mmg suke sharing kan kak..share resepi je kan..hehe..kak, kalau kek cam ni masa time suap kan, lupa dah berapa kilo lemak tepu yang bertepek kat badan nih..huisshhh..susahhh susahhh
makcikk....Assalamualaikum...apa khabar....dah gosak gigi blumm..sejuknya mata memandang kehijauan kek tu...nak cubit sikit kek tu, mas pun dah buat...memang sedap....
waalaikumussalam makcik...weiii dah gosok before subuh tadi..ikiki..ha ah mas..ramai dah buat kan..memang sodap kan..lemak2 dan tak manis...kompom repeat lagi ni
Izah...engkaulah sahabatku dunia akhirat....betapa bersyukurnya kalau boleh makan pree..kihkih
sedap ya izah?akak lom try lagi..boleh masuk list nih.
uittt...tak tahan tgk kek ni.. nk datang umah boleh?? hehe
Salam Izah,
Akak kalau kek2 perisa pandan ni....mmng cukup suka sangat...mmng sedap kek ni...akak pernah buat 2 kali, tapi tak sempat tngkap gambar dah di cubit dngn anak....bkn cubit kecik....cekau punya..yg besor tu....dia tak sabar nak mkn...tapi mmng sedap kek ni...
ku lihat hijauuuuu :)
alaaaaaaaaahai izah...sedapnya & nampak gebu gitu pandan cheesekek ni...kalo xder slice cis,nak gunakan cream cis boleh x?mcm xleh jadik ni..xnak ketinggalan lagi.
salam izah...gebusnyer kek izah ni...bak la sekeping mentara nak tunggu beli..@buat??? :))))
izaaaaaaaaaaaaaah...nak sket.....I wish u are my jiran next door...:) sedapnyer.....cheese pandan ni...gebu n lembut....
salam..
aduii gebu menglebass kek tu..nmpk sdap betul..bole buka kedai!
anna qawina..
apa apa pun suke kalau free..tul dak..meh le ke rumah.nak makan free kan..kiki
kak anymz..
kalau suke kek gebu sesangat cam ni memang sanagt gemor..mmm terasa2 nak buat je lagi...
kak noorma ismail..
bila nak datang tu kak?kalau dtg sekarang kompom dah jadi baja kiki
kak yatie..
hahhaa...tul tul kak.kek ni walaupun 4 biji telur tapi dapat tak banyak sangat kan.sama la yang abangnya tu duk cekau jugak..tak sabor punya pasal...haiisss
kak nor..
betul betull..hijau..karang nampak warne lain susah plak..hahhaa... kalau wat strawberi agaknya sedap dak
lendanuar..
entah..agak2 nya cam boleh je sebab bagi cair kat dlm susu kan..akk try ler..klu jadi bleh buat pulak..
deliah deli..
ala kek ni slice cheese je..boleh la buat..tapi kalau busy beli je la..sekarang ni kat tesco rm6 dapat 3 ketul kek.agaknya nak expired ke jual murah cam tu
ayu safieza..
hehe..tu la..kalau kite berjiran sure ai pun dapat tukaran gantinya kan..sukee sukeee
fara dean..
ha ah..ye la tu buka kedai.kedai sebijik kek..kahkah...erkk..tapi mmg gebu, tengok jela tepung nye yang sikit tu..pepaham la kan.mmg gebu nya datang dri telur.
Izah, akak suke sesngt kek nie...gebu jer kan..dulu akak pernah buat sekali....tgk izah buat nie, teringin pulak nak buat lg...hehehe.....cedappp....bagi akak 4 potong leh..utk akak & anak2..hehehe..
kak yana..
hehe..kak cukup ke tu 4 potong tu..kek ni buat sebuku pun cepat je habiss nya..letak dalam peti ais pun masih lembut kan kak..ala kak slice cheese je tak pe.bleh buat lagi tu kak..hihi
ye ye nak terai..hehe
Post a Comment