CSS

Wednesday, October 20, 2010

Sup Cendawan Jagung


Assalamualaikum..

Selamat pagi eberibody. Sup sayur cendawan ni sedap bila tambah jagung manis. Rasa manis wangi je supnya tu. Ni hasil teruja tengok sup bayam jagung kat blog kak Yat Sg tu la. Tapi tak de bayam, saya try dengan sup. Sedap la..manis jagung tu still maintain dan terasa supnya.

Bebudak amik jagung je la. Bapak budak pulak amik cendawan je. Mak budak bagus, dua dua dia tibai. Tapi tak rugi buat sup sayur simple macam ni. Budak-budak pun teruja bila tengok kat meja makan kan.



Resepi ni saya buat kut cara saya je la. Sebab masa nak masak tu dah tak sempat nak tengok cemana kak Yat Maria buat. Kira versi tibai yang sempurna la kot. Ehehehee..





SUP CENDAWAN DAN JAGUNG

200 gm cendawan tiram /sepeket-siat dan bersihkan
1 batang jagung (ke guna tandan ek?)-patah kecik-kecik

bahan tumis:
1 labu bawang besar-hiris
1 ulas bawang putih-hiris
1/2 inci halia-hiris
sedikit ketumbar
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih -semua rempah ditumbuk sedikit
garam
air

Caranya:
Rebus jagung sebentar. Tumis bahan hiris sebentar dan masukkan rempah tumbuk. Apabila bahan tumis garing, masukkan jagung dan air. Biar sebentar sehingga air mendidih dan mesra. Kemudian masukkan cendawan. Perasakan dengan garam. Bila cendawan layu, bolehlah diangkat dan dihidang. Boleh juga letakkan sedikit stok ayam.

8 comments:

desperate mama said...[Reply to comment]

izaaaaaaaahhhh!!!!!!! serius sedaaaaappp!!!!!

Mas said...[Reply to comment]

makcikkk, kau tak cakap pun dah tahu dah...memang kau belasah semuanya...he..he..sebelum tu nak cedok sikit sup tu ngan nak ambik jagung tu seketull...kena buat cepat2, nanti izah abisskan semuanya....ka...ka..ka..

Suzi said...[Reply to comment]

izah...
nampak sedap tu...
kalau anak2 akak pun mesti kutip jagung tu je....

Kamalia said...[Reply to comment]

izah..ni dtg nak amik jagung je..kot ade cndawan lebih,nak jugakla..:p

Anonymous said...[Reply to comment]

izah... tengok tang jagung tu terliur sangat...nak kena cari jagung gak ni...:))

zarin said...[Reply to comment]

alaaa izah, akak pun baru wat sup bayam jagung manis tu...then tengok sup cendawan jagung ni pulak..laagi terliur

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah...nmpak mengancam la sup ko ni izah..nanti nak wat la..tgk jagung tu seketul2 nmpak sedap :p~

izahdaut said...[Reply to comment]

desperate mama..
sedap fiza ngirup kuah n ratah mcm tu je..agak2 nak diet buat cam ni je la nanti kan..erk..diet?hehee

mas...
yelah tu...hahaha...gatai massss!!!!pok pale mas

suzi..
tu la..siap berebut gaduh nk jagung lagi..haisss budak2 nih

kamalia..
sori gi buat sendri..muekeke...klu buat 2 ketol jagung tu baru puas mkn gaknyaaa

ima..
tu la..klu kt supermerkit agak mahal..bukn musim kan.tapi sedap manisss je

kak zarin..
sedap kan...ratah je sedap..

deliah deli..
huuhh copek cubain nye..tak rugi buat sup simple cam ni