Sunday, October 10, 2010

Samosa inti Sardin


Assalamualaikum...

Udah ditukar namanya ye. Maap ye kak Hana. Ngeee..dari tuna sudah ditukar sardin. Teringat kulit popia dalam peti ais tu masih berbaki, so gigih la nak buat samosa. Adeehh tangan ni  keras kejung nak lipat samosa la. Ada la dan 3,4 biji je jadi samosa 3 segi, yang lain dah jadi samosa golong2 jek. Boleh la kan...

Sumber:


Cara lipat samosa:


So, layan resepinya ye. Mekasih kak Hana. Inti nya tu sedap, lebih inti tu sikit saya buat roti telur, campur ngan telur. Seedaapp. Okeh..Selamat berhujung minggu! Nak layan drama korea jap..hehe


Bahan-bahan
  • Kulit Popia secukupnya
  • 300g tuna dalam tin - toskan minyak - bleh tuko sardin
  • *1/4 bawang besar kuning
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 sudu makan ikan bilis
  • *1/2 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk kari - bancuh ngan 1sb air
  • 1/2 kiub pati ayam - optional
  • 1 biji kentang kecil - potong dadu
  • 1/4 btg carrot - potong dadu - leh ganti kentang n carrot dgn mix vege
  • Daun sup - hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  • Blend bahan yang bertanda * . (bleh cincang bwg jika suka. my hubby tk mkn bwg)
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan pes kari, kiub ayam dan sedikit air. Masukkan kentang dan juga carrot. Biarkan seketika hingga empuk.
  • Kemudian masukkan tuna. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api.
  • Untuk membuat kelongsong samosa, rujuk step by step di blog Bro Rozzan. Thanx bro.. Masukkan inti tuna dan lipat seperti biasa.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.


3 comments:

Mas said...[Reply to comment]

makcikk...nak samosa 4 biji, nampak sedap tu...kau minat cerita korea ke minat hero korea...he..he..mas jap lagi nak gi makan kenduri...

izahdaut said...[Reply to comment]

makcik..bungkus skit lauk kenduri..haha..ala mint drama korea la...hero pun minat tapi kang kecik hati lak hero malaya ku itu..kiki

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah...nk bg 4 jer...cukup ker 4 mas...klu kiter mau sepoloh..tu br cukup mkn sorang..ngeeeee :)))