CSS

Monday, October 18, 2010

Timun Keruk Tempoyak


Assalamualaikum..

Erk...sedap ke namanya tu? Tak tahu lah nak panggil apa menu sayur ni, tibai aje... Rasa2 nya mcm tu la bunyinya. Buat sayur macam ni ikut style mak sedara kat kampung. Lebih kurang la mcm ni rasanya. Kalau tempoyak masih manis manis tu memang sedap la kan, tempoyak baru gitu.

Keruk maknanya mengeluarkan isi timun dengan  menggunakan sudu. Eh iye ke..hahaha...semuanya tak pasti hari ni. Sapa rasa kenyataan saya ni betul angkat tangan...betul la tu... Orang pantai timur panggil keruk kan..

Menu simple tapi pembuka selera. Makan sejuk sejuk tu memang sedap. Lawan dengan pedas dan masam manis tempoyak..pergghh




TIMUN TEMPOYAK

1 biji timun bersaiz besar
1/2  biji bawang besar
6-8 biji cili padi (bergantung selera pedas)
1-2 sudu makan tempoyak
gula dan garam untuk imbang rasa

Timun di bersihkan dan dipotong 2 memanjang. Keluarkan isi timun menggunakan sudu. Kulit timun di racik nipis. Bawang dan cili padi di hiris dan di gaul sekali di dalam isi timun. Masukkan tempoyak dan imbangkan rasa nya dengan gula dan garam. Gaul hingga rata dan hidangkan.

10 comments:

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah...kurma goreng izah tu x sanggup nak tgk...tekenyer sgt2 dibuatnyer :p~...timun n tmpoyak serupa gak...naaaakkkk!!

Mas said...[Reply to comment]

makcik, kau memtempoyak ari ni, terliur baca resepi kau tu...ada lagi ke, nak colekk sikitt..

Kak Rose said...[Reply to comment]

betul tu, jawa kata keruk jugak... nampak sedap tp kak rose x makan tempoyak dan yang sewaktu dengannya

PearlnScarf said...[Reply to comment]

boleh post sini sikit.. :)

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

keruk tu camne kak izah???sudukan isi timun tu kuar eh???cokeh kot....xpela,papepn,mengancam u timun tempoyak ni,dhla mmg suke tempoyak..tp xdela dibuat kudapan mkn smbl tgk tv,hehhehe.... habis stok tempoyak ni,mintak kak izah punya la sikit..hihihihihi

anymz said...[Reply to comment]

zah,rumah akak ada byk tempoyak ni..
bagus idea ni..ambik isi je zah ek...
habis yg keras tu tak yah ke..sbb akak baru nak berkira2 yg keras tu leh buat kerabu timun..dua2 leh guna takde lah membuang kan?

inaku79 said...[Reply to comment]

zah, apa ni tempoyak2....bau sampai ke oklen tau...hahaha, terus dtg dgn segera...kekeke.. bak sepiring, rindu nk mkn tempoyak la.

betul la tu keruk..maksudnya lebih kurang mcm korek la...hehehe

HomeKreation said...[Reply to comment]

Wah, first time tengok timun gaul tempoyak...terliur ler tapi skrg takda musim duyan tuk buta tempoyak...uwaaa...

izahdaut said...[Reply to comment]

deliah deli..
hahhaa..apa lagi boleh try..simple je tu

mas..
abis mas..buat pun sebiji je..tu la kan, namapun tempoyak mmg membuka selera

kak rose..
la tak makan tempoyak..durian pun tak makan la ye..hubby saya kata sapa tak makan durian kurang sikit nikmat dunia..hahhaa..yela tu sebab dia giler durian

pearlnscraf..
nak pos kemana tuuuu..bagi almat ek..hehee

mimiey..
keruk tak tau ye...ketuk kepala tau?hehe...atau pun org pahang je kot panggil keruk..ntah lee

kak anymz..
timun tu keluarkan isi sampai kulit timun jadi nipis senipis nipis nya...kira mmg tinggal kult boleh buang je kan.tapi kalau agak maleh, saya potong racik nipis2 pulak kulit tu campur sekali

inaku79..
betul la kan..uii mau nya tak bau, tempoyak baru nih..ikiiikii

homekreation.
oo..iye la kan..ni pun tempoyak musim yg baru lepas ni..still manis lagi sebab kalau buat gulai asam tempoyak tu gulainya belum masam sangat lagi..so kalau buat mcm ni atau sambal..mmg ngamm

CERITAKUASN said...[Reply to comment]

Pae, ana tak tau kerok.. ana tau korek hehehehe tak pernah mkn cam gini..