Thursday, June 30, 2011

Apam Labu 2


Assalamualaikum..

Blogspot ada problem yeee.. tak leh nak sign in blog.
Ramai gak yang terkena kan. Sabooo..
Saya pun baruuu je boleh niha. Terus ngentry.
Sebelum tu, semalam tu pening2 je, tanpa disertakan dengan muntah muntah ye.
Hahaha.. ada yang buat spekulasi tau...
Terkesima aiii..
Biasa la spekulasi bedah bedah FB ku ituww. Heee
Tapi terima kasih buat yang mendoakan saya. Amiinn.
Bebalik pada apam labu ni.
Satu lagi resepi apam labu yang simple dan sedap.
Bahan pun basic je tak guna telur n santan.
Satu adunan ni dapat banyak jugak.
Terima kasih buat Rosmazamri@myR.



APAM LABU 
by: izahdaut

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

1 cawan labu yg telah direbus dan dilenyek ) boleh juga pisang atau ape2 je 
1 1/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir
2 sudu makan yis mauripan *izah kurangkan ke 1 1/2 sm
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara

blend labu, air dan gula
dalam bekas lain campurkan tepung beras, tpg gandum dan yis
masukkan labu kedalam campuran tepung dan gaul sebati
peram adunan selama setengah jam atau lebih
kukus adunan selama setengah jam atau sampai masak


Tahniah Akak Sepinch Salt..


Assalamualaikum..

Tahniah sejuta buat Puan NorAzmihah Mohamed tuan nyer SECUBIT GARAM.
Tahniah untuk blog akak ,hits yang dah mencapai sejuta.
Blog yang menjadi sumber inspirasi ramai.
Inspirasi bukan sahaja dari segi mematangkan skill di dapur.
Juga inspirasi untuk memajukan blog sendiri.
Inspirasi untuk merajinkan diri.
Inspirasi untuk ikhlas berkongsi.
Inspirasi untuk mematangkan erti persahabatan yang dihuluri.
Saya mendoakan blog Kak Nor terus suksess.
Terus subur menghijau memberi hasil kepada ramai orang.
Terus melegakan keresahan memikirkan hidangan.
Terus memberi idea yang memberi keuntungan.
Terus mewarnai menu dimeja.
Terus berkongsi rasa menyelerakan.
Terus memberi info kepada yang kekok.
Terus memberi ilmu kepada yang daif.
Terus menambah skill kepada yang mendambakannya.
Terus maju..terus berjaya..terus gagah dinusantara.
*tetibe nak nyanyi lagu anak kecil main api lak..

Juga tak lupa buat kak Nor yang anggun dan natural beauty tu.
Semoga ilmu2 kak Nor kongsikan.
Terus menambah manfaat dan membantu kak Nor di SANA nanti.
 Kami semua mendoakan kesejahteraan kak Nor.
Rezeki dan kesihatan dan kebahagian buat pemilik secubit garam.

Khas buat kak Nor:

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda tanda hubungan mesra

Tanya sama kak Nor
Apa asal secubit garam
Adakah tandanya dapat dirasa
info dan ilmunya
keihklasan dan kejujurannya
punya tanda tanda itu asalnya

*eh mcm tak kena je kan. muekekekeke.
sila baca mcm p ramlee nyanyi yee
apa apa pun kak norr.. u are the best!!


Wednesday, June 29, 2011

Peaceeeeee.....


Assalamulaikum..

Kepala tuan blog berat senget2 toing toing je.
Baru jenguk blog.
Just to say thank you to my new followers.
Terimakasih ..nanti saya jejak balik ye.
Sangat berbesr hati bila ada yang sudi follow.
Kalau dapat tinggal jejak lagi suke sebab senang nak jenguk balik.
Dan kengkawan blog yang lain...tunggu mlm nanti saya merempit ye.
Daaaaaaaaaa...



Tuesday, June 28, 2011

Talam Labu


Assalamualaikum..

Kuih ni pun dah lama habis.
Buat ujung minggu baru ni.
Masa orang sibuk gi kenduri, saya sibuk buat kuih ni.
Kan kak nim kan kan kan.
Sebenarnya asal resepi talam keledek. Tapi saya tuko pada labu.
Ya ampunnn.. sedap bebenor la.
Masa suam2 pun dah habis separuh.
Kuih ni pun goyang2. Suke laaaa..
Budak berdua tu masing2 nak sepinggan. Tak mau kongsi2.
Walaupun ada kemuskilan masa membuat kuih ni sampai sms ke kak nim ngan mas..
Tapi hasil nya sangat lah membuat lemak2 ku meronta2 kesukaan.
Mekasih buat Mas dan Akak Anim atas tunjuk ajar yee..
hehe


TALAM LABU dari resepi TALAM KELEDEK
sumber: kak Anymz
by: izahdaut

bahan2 untuk lapisan bawah

300gm labu lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan 
150 gm gula pasir
1 sudu kecil garam

bahan2 untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat
150 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam


cara

untuk lapisan bawah

Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati.kemudian tapis.
Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.
Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu

Untuk lapisan atas

Blend juga semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 min.bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.

nota: Untuk resepi penuh TALAM KELEDEK sila rujuk di dapur KAK ANYMZ.

Monday, June 27, 2011

Vanilla Muffin 2


Assalamualaikum..

Muffin lagi... Marah akak Sam kite!!! Ngeeee..
Muffin ni dah lama dah buat ni.
2 minggu lepas dah. Lupa nak ngentry.
Patut la rasa ada je menu yang skip.
Ye la, folder gambo pun berterabur.
Kalau hubby tengok, duk bebel je suh susun elok2 folder tu. Lalala..
Aaa muffin ni dibuat lepas teringat2 kesedapan muffin vanilla kt restoren pakcik Kenny.
Hasilnya...
Belum mencapai tahap yang diinginkan.
Tapi tak mengecewakan. Anak2 makan  aje. Maknya demand sikit.
Hehee.. tak pe. nanti nak try satu resepi vanilla muffin lagi.
Dan lagi..dan lagi..
Sampai bebetul dapat texture mapin pakcik kenny tu.
Kalau tak dapat jugak, senang aje..
Pergi jelah jumpa pakcik Kenny kan..beli mapin 5 ketui...
Dah, layan resepi dari akak Wan Citarasawan.
Akak, maaf tak berani nak bagi link.
Tapi saya letak add link aje.
Takut ada pak guard merah lagi.
Apa pun mekasih banyak2 kat kak Wan ye.


VANILLA MUFFIN
resepi: resipicitarasawan.blogspot.com/2010/10/vanilla-muffins

Bahan-bahan :
125 gm mentega di cairkan
150 gm gula kaster
2 biji telur
250 gm tepung kek / tepung serbaguna
2 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar
2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Satukan telur, esen vanila dan gula, pukul menggunakan hand whisk hingga sebati.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, kaup balikkan ke dalam adunan telur berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
3. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul hingga rata.
4. Masukkan ke dalam cawan muffin 2/3 penuh.
5. Bakar di rak atas pada suhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit atau hingga masak

Donut Pisang 2


Assalamualaikumm...

Bertemu di minggu yang baru pulak kita. Memula nak mintak maaf banyak-banyak. Jarang dapat BW sari dua ni. Eh bukan tak BW tapi tak berapa rancak sebab tak dapat nak ngomel2 kat komen box. Komen sendiri pun ada yang tak berbalas. Sebab bukan apa, sekarang ni si Bais duk layan youtube memanjang. Pantang umminya online, laju je dia ngambil krusi nak online jugak. Bila umminya kabor ummi nak buat kerja ummi jap, Dia pun jawap kat kite balik, Bais pun nak buat kerja Bais kejap. Boleh ye ummi... haiii.. Ha mulut si dak Bais ni manis sikit bab memintak ni. Kita bagi jela. Jadinya bila BW gune enpon ni slow la sikit nak meninggalkan komen. Macam tak puas je kan.. Slow loading..

Oh ye, donut pisang ni dah 2,3 hri lepas punya menu. Permintaan dak Bais la tetibe nak donut pulak. Jadi ada lebihan pisang tompok2 hitam tu, saya alter dari resepi donut kentang fatmah menjadi donut pisang. Sebab suke texture donut kentang tu yg lembut. Dan hasilnya alhamdulillah... lembut juge. Tapi nak kena pandai2 ejas juge la. Donut ni saya tak guna air. Memang gune pisag semata.

Lupa nak snap 3 ketul donut geseng nak bagi akak sepinch salt ku ituw. ahakss...hehe


DONUT PISANG 2
by: izahdaut



Bahan-bahan

250 gm tepug gandum
1 sb susu tepung
5 gr ragi instant
2 biji pisang
50 gr gula psir
40 gr mentega *saya guna marjerin
½ sdt garam
2 btr kuning telur
sedikit essence vanilla

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan pisang ,tuang telur dan , uli hingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.


Saturday, June 25, 2011

Hobby nya....

bais

Sesambil nak balas komen, saje ngentry tah apa apa ni.
Ini lah port kesukaan mereka.
Susun kusyen tu tinggi tinggi.
Bukan susun atas lantai tu.
Tapi susun atas kerusi sofa .
Lepak atas tu sambil  tengok kartun .
Ye memang kalau gaduh ada la yang tergolek2 jatuh.
Nangis tak hengat.
Maknya pun kena bawak2 bersabooorrrr.
Pulak2 bile tengok rumah macam...susah untuk digambarkan.
naik tension rasanya..
Tingat crite hubby, staffnyer pernah tegur.
Yang en hubby kerja mcm tak pernah stress.
Saya jawab, senang je nak tengok en suami stress.
Sila mintak tolong dia jagakan anak2.
Suami kata,mana stress jaga anak2 ni, sebab anak2 ni umpama hiburan pada dia.
Hakhakhak..betul..betul..betul..
*dalam hati betul lah sangat..
mintak tolong jaga masa time bini dia kat dapur pun, bini kat dapur pulak naik stress..
hahaha.. ampoonn bang..

Benar.. anak2 lah anugerah Allah yang paling indah..
Mereka lah peneman.mereka penghibur.
merekalah penawar. merekalah dirindu.
mereka dikasihi.mereka disayangi.

entry ni tak de motif apa2 pun.
saje entry di satu sore yang agak boring.
tq




Agar-agar Yogurt


Assalamualaikum..

Agar-agar yogurt khas buat Hasue sebab berwarne biru.
Nah amik hadiah sempena hari lahir yang ke 31 mu itu.
Tapi ada warne pink lak. Tak kesah ek..sebab ai suke kombinasi 2 warne ni.
Ni la agar2 yang telah memotong stim nak buat puding keju tu kak Nor.
Tak pe la saja nak kasi kak Anim ngan Tun menikmati dulu puding tu.
Memandangkan yogurt dalam esbox perlulah disegerakan untuk dihabiskan, maka..
Jadilah agar2 yogurt ni.
Sedap ada rasa masam2 lemak lemak.
Asalnya dicampurkan buah2 segar.
Tembikai susu, pear dan wateverr la kan.
Boleh juga buah2 dalam tin. Tapi tetibe sayang nak guna buah dlm tin.
Makan plain gini pun sedap. Smooth dan nyaman.
Asal resepi dari sajionline. Tapi saya dah ubah2 sikit dengan bahan yang ada.


AGAR-AGAR YOGURT
sumber resepi : sajionline
modifikasi by :izahdaut


BAHAN-BAHAN:

1 paket agar-agar serbuk (10 gm)

3 cawan air

1 cawan yogurt (tiada perisa)

1/2 cawan gula *asalnya 1 cawan

2 sb susu pekat *izah tambah

1 keping roti *izah tambah

buah-buahan: *izah tak letak


sedikit strawbery paste *izah tambah


1 biji buah kiwi (potong dadu)

1 biji buah pir kuning (buang kulit & potong dadu)

2 potong tembikai susu (potong dadu)





CARA MENYEDIAKAN:

1. Tuangkan air dan serbuk agar-agar serta gula. Didihkan.


*saya blend roti dengan yogurt.

2. Kemudian masukkan yogurt dan roti yang telag diblend tadi. Matikan api.

3. Tuangkan buah-buahan.

4. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan.

5. Sejuk dan hidangkan.



Tangan si abang.


Tangan si adik pulak.


Tak cukup lagi.




Friday, June 24, 2011

Ayam Goreng Crispy


Assalamualaikum..

Sesambil membalas komen mapin labu bawah ni, nak masuk entry ayam lak.
Hamboii dah jadi mek labu dah aii ye...haha.
Kena jarak2 sikit la entry labu nampaknya.
Ayam ni resepi dari MyR.
Sangat la sedap dan crispy. 
Anak2, mak dan bapak pun suke makan.
Dah dua kali buat sebab suke tengok bebudak be2 tu makan.
Sekarang tah napa susah lak budak berdua tu nak makan nasi.
Kena buat lauk je la nampaknya.
Dah macam kucing je. 
Kalau makan ikan, nak ratah ikan je.
Makan ayam nak ratah ayam je. Nasi tak mandang pun.
Apa apa pun terima kasih buat choppy@myr untuk resepi ayam ni.
Simple dan lazzzzaatt.


ayam goreng crispy


AYAM GORENG CRISPY
sumber: choppy@myR
Bahan-bahan ( 6 ketul )

6 ketul ayam
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili * izah tak letak
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional) *izah tak letak
1 biji telur
1/2 cawan susu(fresh milk) *izah ganti yogurt

Cara-cara

Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.



Muffin Labu (Pumpkin Muffin)



Assalamualaikum.

Simple je namanya ye. 
Bak kata kak TTM tu, tak komersial la nama simple gini...mapin labu..
Hehehe.. tul gak tu. Tak glem tapi cute kot. Gasak.
Tapi muffin ni kan, sedap weh dengan wangi2 lemak labu tu.
Gebu dan moist.
Anak2 saya bila dah buat labu gini memang makan aje.
Habis sampai ke biji yang terakhir.
Saya rujuk dari allrecipes, tapi telah diubahsuai bahan2 dan kauntitinya.


muffin labu


MUFFIN LABU (PUMPKIN MUFFIN)
by: izahdaut

bahan
1 cawan tepung gandum
3/4 sk baking powder
1/4 sk baking soda
1/2 sk garam
1/2 cawan labu lecek
1/4 cawan yogurt
2 biji telur
1/4 cawan minyak
1/3 cawan gula
sedikit vanilla essence
coklat chip untuk hiasan


cara
1. Panaskan oven ke 190 C.
2. Ayak tepung bersama baking soda , powder dan garam. Ketepikan.
3. Satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak. Kemudian blend sehingga licin.
4. Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung.
5. Gaul adunan sekadar bersatu. Jangan overmix.
6. Ceduk adunan ke dalam muffin pan dan taburkan coklat cip di atasnya.
7. Bakar sehingga kekuningan lebih kurang 25 minit.


Thursday, June 23, 2011

Rich Banana Bread

banana bread1

Assalamualaikum..

Petang baru nak buat entry. 
Maaf belum sempat nak menjengah menu dan blog kawan kawan.
InsyaAllah sekejap2 lagi baru nak BW.
Nak berkongsi resepi yang sangat best ni, yang sangat simple tapi sangat sedap.
Buat untuk breakfast. Budak2 pun suka makan.
Sangat wangi dan sangat moist, gebu n yummy.


RICH BANANA BREAD
source: allrecipes

1/2 cwn butter cair
1 cwn gula * izah letak  1/2 cawan 1 sb
2 biji telur
1 sk vanilla essence
1 1/2 cwn tepung
1 sk baking soda
1/4 sk baking powder *izah tambah
1/2 sk garam
1/2 cwn yogurt plain
1/2 cwn chopped walnuts *izah tak letak
1 cawan pisang lecek

Directions

Panaskan oven 175 C. *izah guna suhu 180 C.
Dalam mangkuk yang besar, satukan gula, butter cair, telur dan vanilla, yogurt dan pisang lecek. Sebatikan.
Dalam mangkuk yang lain ayak tepung bersama baking powder, soda dan garam. Gaul rata.
Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering.
Gaul sekadar rata.
Bakar selama 45-50 minit.
Sejukkan di atas rak. Sedap dimakan suam2.

banana bread

Wednesday, June 22, 2011

Kuih Kaswi Labu

kaswi labu


Assalamualaikum..


Kuih kaswi labu ni buat belah petang, kemudian dibawa ke sarapan pagi. Resepi kak Fida ni ramai juga teman-teman yang dah mencuba. Antaranya kak Yatie, kak Ayu dan kak Am. Verdict dari saya, kuih ni sangat sedap, lemak labu dan santan yang wangi, manis yang sedang-sedang *sebab saya dah kurangkan sukatan gula, dan texture kuih ni pun goyang-goyang jugak. Sedap dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut. Sesapa ada labu, kuih ni saya rekemen kan untuk mencubenya. Tip top.. Adunan ni separuh dari resepi Kak Fida bagi, dapat banyk jugak ni. Saya copy resepi dari blog kakAm. Mekasih semuanya...


kaswi labu1


KUIH KASWI LABU KUNING
resepi: kak Fida
sumber: kak Am

BAHAN (*sukatan separuh dari resepi asal)

250gm labu -dikukus
250gm gula pasir- izah letak 200gm
250ml santan
150gm tepung ubi - izah letak 100gm
150gm tepung gandum - izah letak 200gm
25g tepung jagung
350ml air
1sk garam
3 helai daun pandan 
1sk air kapur
1sk pewarna kuning - izah tak letak
1sk vanilla - izah tak letak
kelapa parut (putih)

CARA

Labu dikukus dulu dan dilecek
Santan, gula, garam & daun pandan dimasak hingga larut
Bancuh tepung2 dgn air &  tuangkan santan panas dan masukkan semua bahan yg lain & ditapis
Dikacau rata dan tuang dlm loyang atau bekas2 kecil yg disukai
Kukus hingga masak (lbh kurang dlm 1/2 jam tapi kalau acuan kecik kurang sikit)
Kaswi dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dikukus dulu dgn sdkt garam.


Tuesday, June 21, 2011

Kek Pisang Bercoklat

kek pisang coklat


Assalamualaikum..


Pertamanya terima kasih buat teman yang sudi singgah ke blog ini dan mendoakan ADIK AMNI. InsyaAllah, perkabaran yang saya terima semalam, adik Amni akan menjalani operation pada harri ini. Semoga semuanya selamat.


Berbalik pada kek pisang ni. Haa ada coklat kat dalam tuu kan. Sedap... tapi dah habis dah kek ni. Biasa kalau nengok kek pisang coklat gini, dah tau dah kek kak Nor secubit salt la kan. Mekasih kak Nor berkongsi resepi kek ni. Ni makcik Mas jugak yang promote suh buat kek ni. Memang tak rugi membuatnya. Enak wangi2 butter ngan pisang tu digigit bersama cekelat.  Bagi yang belum mencube versi kek pisang gini, leh la try ye. Tq skali lagi kak Nor!! beli cajun. beli cajun.. hahahaha..


UPDATE: kalau FIZASHAM dan KAK NAZ BAKERY terbaca ni, blog ni pun kena malware dari citarasawan. Sila baca entry kak nor DISINI.

kek pisang coklat1

KEK PISANG BERCOKLAT

Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara:

Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup


kek pisang coklat2

Monday, June 20, 2011

Roti Paun Nekma


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Alhamdulillah , bertemu lagi di Hari yang cerah dan matahari pun garang bersinar pagi-pagi lagi. Sarapan apa pagi ni? Bagi yang tak puasa, jom la sarap dengan roti paun Nekma ni. Roti ni, Mas yang syorkan dan kalau tengok kat laporan MyR tu, mek Mas ni lah paling banyak ngantor laporan. Haa maknanya feberet sungguh dah roti tu ye Mas. Mau tak feberet, roti ni memang sangat lembut, gebu dan elok kejadiannya. Sedap makan ngan kari, cicah sambal tumis atau sambal sardin macam saya ni.

Apa pun mekasih Mas Duniaku. Bagi yang belum pernah ke blog Mas, sila la ke sana. Mas ni memang rajin mencube resepi2 baru dan memang rajin ke dapur. Mekasih ye makcik!!

roti paun nekma1


ROTI PAUN NEKMA
Resepi : Meow@myR
Sumber: Mas Duniaku

Bahan ( 2 - 3 loyang sederhana ) :
1 sudu kecil yis - kalau nak cepat naik taruk 2- 2 1/2 sudu kecil. 
*izah letak 2 sudu kecil yis
1 cawan air suam
½ cawan gula pasir
½ cawan marjerin @ butter
Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
*izah guna lebih kurang 2 1/2 cawan tepung 
sedikit minyak untuk dilenserkan diatas roti

Cara membuatnya :

1 cawan air suam dicampurkan dengan yis dan biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedalam besen yg berisi tepung gandum.
Kemudian masukkan pula gula pasir dan kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin @ butter kedalamnya dan kacau sampai sebati.
Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum ke dalam adunan sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras. Cuma agak2 boleh diuli dengan tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut.
Kemudian doh direhatkan sehingga ½ jam - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dalam loyang yang telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia) - Mas sapukan marjerin jer atas dulang untuk dibakar.
Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda, lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yang dah kembang kemudian bolehlah dibakar dengan kepanasan 180C selama 10-15 minit dalam oven yg telah di panaskan terlebih dahulu..Sapukan marjerin @ butter atas roti setelah roti dikeluarkan masa roti masih panass...
Selamat mencuba. Senang banget ni.....

Nota: IZAH uli menggunakan BM, jadi masukkan bahan2 ke dalam mengikut urutan BM.
Tapi, sebelum memasukkan semua bahan2, saya larutnya 2 sudu kecil yis bersama 1/4 cawan air suam (dari sukatan 1 cwn) dan tunggu hingga yis aktif berbuih2.  Dengan cara ini dapat juga kita memastikan yis digunakan adalah yis yang elok dan aktif. Juga mempercepatkan doh roti naik mengembang.

NOTA HATI:
Saya mohon keikhlasan hati teman-teman untuk menghadiahkan doa buat adik AMNI FATIMAH, 4 tahun, anak kepada kazen saya, yang insyaAllah akan menjalani operation membuang tumor yang meliputi hampir sebahagian kepalanya, dalam minggu ini di HKL.  Semalam saya berkesempatan melawat adik Amni, sayu melihat keletahnya, wajahnya yang mungil dan comel. Riang mcm kanak2 yang lain. Bertambah sayu bila kenangkan adik Amni ni, berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulung saya. Semoga Allah permudahkan segalanya dan moga selamat semuanya. Aminn..


Friday, June 17, 2011

Lompat Tikam Sagu

sagulompattikam


Assalamualaikum..


Semalam ramai yang suke gambar donut ball 2 tu.
Terima kasih ye. Nak pecah rahsia sikit.
Sebenarnya gambar2 saya ni banyak tak jadi dari yang jadi.
Kadang2 frust sangat bermain dengan gambo ni.
Tapi sebab dah terminat tu, kita cuba sampai sedap mata memandang.
Alkisah hasil gambar2 saya ni, selalu kena kritik oleh si suami.
Rasanya macam kritik dah ter krutuk jugak dah gayanya.
Sabau kan aje lah telinga yang mendengar ni.
Walau pun sob sob.. tetap ku gagahkan jugak tau bang..haha.
Tu je..sekian.


Padi-pagi tunjuk dessert ni.  Buat juadah untuk berbuka.  Seeedaappp. Pandai Along combine kan sagu dengan lompat tikam. Sekali buat, dua dua dapat makan. Diberi Allah kesempatan untuk merasa ramadhan lagi.. insyaAllah kuih ni mesti dibuat lagi. Walau pun ada kejadian disebaliknya, sebab bila adunan tepung beras tu dikukus, rupanya habis melempah ruah. Tak tahu lagi asam garam nak buat kuih ni. Bila adunan tepung beras dikukus, ianya akan kembang. Hmm agaknya kalau adunan ni di kacau sampai masak then pipe aje atas sagu tu boleh tak? Macam buat bubur som som tu? Atau mcm buat kuih thai tu, sagu pati santan dari kak Nor tu? Ada pandangan tak?


Tapi apa pun, buat saya, untuk mengukus kuih ni kena bekas yang tinggi. Apa pun berlaku nanti, akan selamat tak melimpah. Apa pun buat along.. saya sangat suke dessert ni. Di makan sejuk2..anak tengah panjat lutut pun kite wat do know je.. hihihi..


Terima kasih alongRoz.

sagulompattikam1

LOMPAT TIKAM SAGU


Saiz 9"x12" casserole

BAHAN2:
+/- 400g Sagu
Pewarna Merah
*izah cume buat 100g sagu*

Lapisan Atas:
160g Tepung Beras
200ml peket Santan
800ml Air
1 sb Pes Pandan
1 st Air Kapur
1/2 st Garam
*izah buat separuh dari adunan ini*

Kuah:
200ml peket Santan
250ml Susu Cair Segar
1/4 tsp Garam
5 tbsp Gula Merah
3 tbsp Gula
Daun Pandan
*izah buat separuh dari resepi ini*

CARA2:
1. Rendam sagu dgn air dan pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn).
Kukus 20 min.

2. Campurkan kesemua bhn2 lapisan atas sehingga sebati.
Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit.
Tuangkan ke atas lapisan sagu & kukus 20 min.
Sejukkan di suhu bilik & kemudian dlm peti sejuk.

3. Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak).
Sejukkan. 

4. Masak gula merah, gula putih, sedikit air (agak pekat) & daun pandan.
Sejukkan.

5. Hidangkan Lompat Tikam dgn kuah santan & sirap gula merah.

*alhamdulillah.. adunan 100 gm sagu tu elok untuk citarasa saya, sebab saya nak rasa lompat tikam hijau tu lebih banyak.*


Thursday, June 16, 2011

Donut Ball 2





donutball21


Assalamualaikum..


Resepi donut ball 2 ni dari kak Dayang.
Kak Dayang kata kalau nak tahu cemana rasa gebunya tu sila buat sendriri.
Hehe..jadinya saya pun menguli la dohnyer..
BM yang ulikan. Mekasih BM.
A ahh memang ada kelainan kat donut yang menggunakan ovellete ni.
Gebu dan sedap. Tapi saya guna tepung gandum je.
Jadi saya tunggu donut tu betul2 kembang.
Baru betul2 gebu.
Mekasih kak Dayang. Buat satu adunan ni, tak membazir.
Anak2 makan sampai habis.
Kak Yatie pun dah cube donut ni kan.
Tengok donut kak Yatie tu yang menggoda tu!

donutball22


DONUT BALL( Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


bahan-bahan:


2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :
Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.




donutball2



Muffin Coklat Kukus

muffin coklat


Assalamualaikum..


Dah hari khamis.
Ramai yang pose? Ramai ye..slamat berpuasa..
Muffin kukus ni saya buat petang semalam.
Merangkap breakfast untuk kanak2 dirumah ni.
Rasanya memang lembut, sedap, gebu.
Anak2 suke ni. Tapi saya makan seketul je. Kenyang..
Mekasih kak CT yang mewar-warkan resepi mak Lang ni.
Pas tengok kak Ummi dan kak Rose dah buat, terus nak rasa jugak. Anna pun dah try.


muffin coklat1

MUFFIN COKLAT (KUKUS)
Resepi: Mak Lang Azie

Bahan A :
2 cawan susu cair/susu segar *Ana guna susu cair
1 cawan minyak masak / butter cair *Ana guna minyak masak
1 3/4 cawan gula kastor
1 biji telur

Bahan B : Ayak bersama

250 grm tepung gandum
50 grm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C :
1 sudu besar coklat emulco


Cara-Cara :
Panaskan kukusan dengan api kuat.
Satukan semua bahan A, kacau sebati menggunakan spatula/whisk je.
Masukkan bahan B, gaul rata hingga semuanya sebati.
Tambahkan coklat emulco
Masukkan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 lebih (hampir penuh cup)
Kukus selama 10 minit (lebihkan masa jika menggunakan cup saiz besar)
Angkat & sejukkan

Wednesday, June 15, 2011

Apam Pisang Tanpa Telur dan Minyak

apam pisang egless


Assalamualaikum..


Apam ni buat breakfast anak-anak.
Resepi dah lama simpan masa Mas buat ari tu.
Bagi saya apam ni elok makan ngan kelapa parut.
Sebab apam ni melekit sikit.
Kalau ada kelapa, mesti terus je melekat pada apam ni.
Mewah dengan rasa pisang.
Lembut tapi bukan jenis menggebu sangat tu.
Sebab apam ni agak berat tapi lembut.
Sedap.
Mekasih Mas dan kak Fida@myR



apam pisang egless1




APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK

Bahan :

1 cawan pisang lecek
1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula)
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak
4 sudu besar susu segar - Mas tambah lagi 3 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat
1 sudu kecil esen pisang - Mas tambah ( kalau letak esen vanila pun boleh )

Cara membuatnya :
Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
Pisang lecek, gula halus @ gula perang, esen pisang @ esen vanila dan susu dikacau rata @ sebati.
Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.
Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak. Mas menngunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam.
Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.

Pineapple Panna Cotta

panna cotta pineapple


Assalamualaikum..


Apa dia panna cotta?

Panna cotta (from Italian cooked cream) is an Italian dessert made by simmering together cream, milk and sugar, mixing this with gelatin, and letting it cool until set. It is generally from the Northern Italian region of Piemonte, although it is eaten all over Italy, where it is served with wild berries, caramel, chocolate sauce or fruit coulis. It is not known exactly how or when this dessert came to be, but some theories suggest that cream, for which mountainous Northern Italy is famous, was historically eaten plain or sweetened with fruit or hazelnuts. Earlier recipes for the dish used boiled fish bones in place of gelatin; sugar, later a main ingredient, would not have been widely available as it was an expensive imported commodity. After years this treat evolved into what is now a gelatin dessert, flavored with vanilla and topped with fruit or spices, and served chilled.
sumber: wikipedia

Paham?
Tunjak utama panna cotta ni, ada bahan gelatin la ek. 
Mana nak dapat gelatin halal?
Guna produk dijamin halal.
Boleh beli online di SINI.
Saya pun 1st time buat panna cotta ni.
Tu pun setelah kak Nor secubit garam sajeskan.
Mekasih kak Nor yang baik hati dan tak lokek ilmu.
Ku kenangmu dalam doa doaku. *ayat jiwang yang telus. hehe


Dah lama dah beli gelatin ni. Itu pun lepas adik mek siam tu bagi link halal gelatin. Dah ada gelatin, tapi gelatin tu duk diam je tak digunakan. Akhirnya ini lah produk pertama menggunakan gelatin. Berbaloi baloi. Sedap..kena jugak rasa dengan nenas tu kak nor! I likee.. Boleh ke rumah kak nor untuk melihat mcm2 variasi dah dipanna cotta kan. Ada manggo, ada kiwi dan laici.

PINEAPPLE PANNA COTTA
sumber: Kak Nor


Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula
*saya guna 1cawan nenas + 1 sb gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi @ nenas keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

Tuesday, June 14, 2011

Kuih Kaswi Gandum

kaswi gandum


Assalamualaikum..


Nak kongsi satu resepi kaswi yang sangat sedap dan kena betul dengan selera sefamily saya. Ramai mungkin yang dah biasa dengan resepi chef Hanieliza ni. Saya baru aje  terjumpa resepi ni. Mulanya hajat di hati nak try kaswi kat blog kak Yatie JB. Tapi tengok stok tepung beras lak tak de. Tapi hati meronta2 nak makan kaswi. *ke lemak yang meronta? Try google resepi kaswi, terjumpa kaswi gandum ni. Alahaii.. sedapnyaa.. lembut goyang goyang.
Dalam gambar tu saya terus salut kelapa parut sebab potong time suam2. Jadi potongan pun senget benget. *cover cover* Anak2 saya pun suke. Kuih ni pun sedap makan tanpa kelapa. Seriuss.. sebab tengok budak2 ni lagi laju makan tanpa kelapa. Saya cube rasa. A ah.. memang sedap juge tanpa kelapa parut. Resepi ni memang keeper. Simple dan sedap!
Terima kasih Chef!!

kaswi gandum1


KUEH KASWI GANDUM

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
*saya tambah beberapa helai daun pandan

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

*saya buat separuh pun puas makan.

Monday, June 13, 2011

Siakap Kukus Nyonya

siakap kukus


Assalamualaikum..


Tadi kat bawah saya tunjuk roti puri cicah ngan sambal sedapkan.
Sambal tu adalah lebihan sambal dengan ikan kukus ni.
Sedap sangat!! Simple tapi sedap.
Resepinya saya dapat dari buku Aneka Masakan Ikan Alaf21.
Asalnya ikan kerapu tapi kat rumah ada siakap je.
Waduhhh sedap betul la. Saya ikut resepi ni dapat banyak jugak sambalnya tu.
Lebihnya saya makan ngan roti puri tu.
Jom tengok resepinya.


ikan kukus1

SIAKAP KUKUS NYONYA
by: izahdaut

1 ekor ikan siakap

bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
12 tangkai cili kering
2 batang serai
1/2 batang bunga kantan
1 cm belacan bakar

bahan perasa:
4 sb sos tiram
2 sb cili kisar
2 sb sos tomyam
3 sb air asam jawa
garam
gula

Cara masak:
Ikan siakap dikukus hingga masak.
Sementara ikan dikukus, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga  wangi.
Masukkan sos tiram, cili kisar dan sos tomyam.
Apabila garing masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
Apabila siap, tuangkan kuah sambal ke atas ikan yang dikukus tadi.


Roti Puri Kentang

puri kentang


Assalamualaikum..


Ooo ada orang negori pelik orang Pahang cakap Negori sombilan yo.
Yelah entry ni nak cakap pahang Lepeh lah. *majuk*
Demeh seme doh kenya ke minum pagi?
Kome makan roti puri yang ade letok kentang niho.
Pepalih weh lembek *lembut.
Sokmo kome buat hak roti puri biase te je.
Ame doh sejuk te, die kereh kan. Tak sedak doh makan.
Tapi hak letok kentang neh, lembekk je.
Ame sejuk pun, sedak lagi makan.
Saje ler nak beringo ke deme, ame deme nak cube lah.
Karah kata kome tak rayat pulok macamana puri kentang neh.
Loh mek aok tak paha ke kome cakak lepeh neh?
Ame tak paha ce translate ke ingreh. Hahhaa..
*Gelak sorang2 bila baca balik entry ni.
Tak paham ke? Ikikiki..


Mekasih kak Fida untuk resepi ni. Saya suke!!



puri kentang1


ROTI PURI KENTANG
sumber: kak Fida@Myr

Bahan-bahan ( 8 keping )

125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
120 g tepung gandum (1 cawan rata)
1 sk garam
50 ml air hangat (10 sb)
secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.
Siap untuk disajikan

puri kentang2


Saya makan dengan sambal sedap ni. Dapat resepi kat buku.
Nanti saya share resepinya.