CSS

Friday, June 24, 2011

Ayam Goreng Crispy


Assalamualaikum..

Sesambil membalas komen mapin labu bawah ni, nak masuk entry ayam lak.
Hamboii dah jadi mek labu dah aii ye...haha.
Kena jarak2 sikit la entry labu nampaknya.
Ayam ni resepi dari MyR.
Sangat la sedap dan crispy. 
Anak2, mak dan bapak pun suke makan.
Dah dua kali buat sebab suke tengok bebudak be2 tu makan.
Sekarang tah napa susah lak budak berdua tu nak makan nasi.
Kena buat lauk je la nampaknya.
Dah macam kucing je. 
Kalau makan ikan, nak ratah ikan je.
Makan ayam nak ratah ayam je. Nasi tak mandang pun.
Apa apa pun terima kasih buat choppy@myr untuk resepi ayam ni.
Simple dan lazzzzaatt.


ayam goreng crispy


AYAM GORENG CRISPY
sumber: choppy@myR
Bahan-bahan ( 6 ketul )

6 ketul ayam
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili * izah tak letak
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional) *izah tak letak
1 biji telur
1/2 cawan susu(fresh milk) *izah ganti yogurt

Cara-cara

Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.



50 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Salam Izah.Ratah macam tu ja mesti sedap ya.

izahdaut said...[Reply to comment]

a ah... sedap ratah je. cicah sos cili pun best

Ida,Japan said...[Reply to comment]

sebijik cam ayamas yg frozen tuu...len kali try pesen ni lak...yg ni mesti sbb bebudak sgt suka kalau ayam goreng cam ni..sama la cam izah ckp, takkan mandang nasi lg dah...

Anna Qawina said...[Reply to comment]

sibbaik ayam tu belum ku tenung puas2 lagi..boleh buat ni...hehe

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Izah..anak mama si Nazli sempat tgk sambil ckp..sedap seh..hehehe mmg nmpk sedap n crunchy

Yatie said...[Reply to comment]

uwaaaa seronok tngk budak berdua tu meratah ayam...hehehhe...Hamka takmo ayam, Hamka nak tomato ijau....hehehe..leh kan..

tun_telani said...[Reply to comment]

fuhh.. mmg nmpk sedap dan rangup aa ayam akak nii.. totamo ke yg kaler hijau tu? ada pulak org jual tomato kaler hijau ye..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

memang nampak rangup jer ayam tu.. terliur lak tengok kan..
ehh.. akak pun berkenan ngan tomato hijau tu.. mana beli?? akak jenuh mencari tomato hijau.. sampai skrg tak jumpa.. sedap tu digoreng rencah ngan udang.. terliur lak tgk.. dah la gambor bukan main terang lagi..

p/s: tu sebab akak jarak2kan entry akak kalau buat menu dari benda yg sama.. hehe.. tu sebab byk entry yg lama2 baru nak keluar..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...[Reply to comment]

wah... nampak menarik la ayak crispy ni. best tu goncang2 dlm beg plastik. mcm nak main masak2 je,kan? tq share resepi.

anymz said...[Reply to comment]

akak nak berebut dgn yatie ni nakkan tomato hijau tu jah..
sedap ayam ni tapi akak dah lama tak buat.anak dah beso2 dah takmo ayam crispy2 lagi semua nak ayam podeh.

byk lagi ke labu jah..meh anto ke negori..nak buat apam tapi takde stok lak kat kedai tu..kena keluar ke town jap lagi nak cari labu..

Gee® said...[Reply to comment]

nak ayam goreng singgit..!!

Amie said...[Reply to comment]

ayam goreng? crispy ke tak crispy... belum pernah dgr ada orang tolak ayam goreng... org sedang tidur pun terbangun bila tengok / terbau ayam goreng... heheheh

Mas said...[Reply to comment]

makcik...aku nak ayam tu...
best ni cicah ngan sos thai.....

Wanieyra said...[Reply to comment]

Izah, bestnya kalau tumpang sekali utk meratah sama-sama...

K.Nor said...[Reply to comment]

mengayam jugak arini izah :)

suri solehah said...[Reply to comment]

nampak rangupnya izah..anak2 mesti suka ni

Azlita Aziz said...[Reply to comment]

finger licking good.....

Trying To Be Muslim.. said...[Reply to comment]

Izaaaaaaah...ko balik kat sini 4 ketol.....errkk....dtg nak tapau ayamn lepas winduuu kat hang nih!!!

Kalu ko nak campak ayam tu....baling kuat2 sket noh......dah 10 000 batu kita nih....musim panas in doha...53 deg c...aiyaaak......tapi adalah masa nak mem blog kan diri nih....wekekekekekee...

indahhouse said...[Reply to comment]

Salam kak izah,
Itu mmg menjilat jari... teringat ayamas punya. ;D

Marlina Mohtar said...[Reply to comment]

sedapnya kak :) mesti try ni....esok boleh g pasar cari ayam :)

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Izah..ooooo..izah...
Ayam goreng rangup 2 ketul ye!

Love2cook Malaysia said...[Reply to comment]

Wahhh looks really yumm lor those chicken pieces....alamak teringin nak ngap!!! :D

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

izah nak ayam 2 ketoi.. sedapnya..la comfirm ita buat resepi ni.. bagusnya makan tomato hijau tu.. warna nampak timbul dek kerana tomato tu

dZana said...[Reply to comment]

pagi2 sblm gi kursus.. singgah jap.. huuu.. slm rindu jugak utk izah...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
betul tu mcm yang frozen tu. tapikan bila makan buat sendrik ni ada sesuatu value kat situ kan... betul tak?

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
buat la anna.. ko kena buat sekor ayam. makan mcm kfc gitu kan. pastu buat potato wedges.pastu buat coselow..perfecto

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Hawa/Mama Nani
hehehe.. tu anak tu nak bilang kat mama dia..ma..esok buat la ayam cam ni.. sedap ma.. trasa la semua nyer tu.. kite pun boleh pelbagaikan nak masuk rempah dlm ayam ni kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
patut la hamka suke tomato hijau. baru la syaa tau ngapa. sedap betul ngunyah tomato hijau ni. crunchy je rasa dia kan kak..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tu la tun. akak pun jarag jugak jumpoa. baru ni gi giant jumpa dia combine kan dalm satu bekas. tu yang amik tu. tomato hijau n rangup. sedap rupanya

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
ooo gitu ye kak. saya tak tau nak masak camne tomato hijau ni mekasih akak bagitau.. saya terjumpa kat giant yg baru bukak kat sini. tengok dia combinekan dalam satu bekas merah n hijau. tu yang saya amik tu. memang sedap rangup.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naimatul Hafizah Nor Rodin
a ah..main masak2 memang dah masak betul2 dah kan. simple je.. anak2 kalau time tak mau makan nasi ni elok lah buat gitu. eh bukana nak2 je makan, mak ngan bapak pun sama naik je meratah. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
banyak kak anim labu tu. mak kasi labu besooo jeee.. udah tu time malas datang ni, duk terperuk je dlm stor. tapi bile en suami duk beri muqadimah nak memerli tu, apa lagi.. cepat aje lah setelkan dia. hehe..

nak tomato ijau jugak. gi gaduh ngan hamka tu kak anim..kekkee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
singgit tak dapat kak. seketul singgit setengah.. kikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
hehehe betul tu. bau ayam la paling sodap kalau digoreng...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
ooo ko cam hubby aku suke cicah ngan sos thai. aku suka sos cili biasa tu jek

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
ira... kite makan cam kfc la kan. gi tolong buat coselow semangkuk ira

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
a ah kak nor... nak membihun jap lagi neh.. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@suri solehah
memang rangup. ni jenis rangup yang tak keras tu. si kecik tu kalau rangup keras dia tak makan. tapi rangup krup krap ni dia suke la makan. berulang2 makannya

izahdaut said...[Reply to comment]

@AZLITA AZIZ
of coz!!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu Safieza
yuhuuuuuuuuuu.. ayuuu aku rindu padamuu.. mana gi ni? lama tak dengar berita pas balik mesia ritu? ok ke tuuuu

izahdaut said...[Reply to comment]

@indahhouse
nurrr.. sedap nur.. aha ah rangup gitu lah.. sedap. buat sendrik leh top up2 mana yang kurang kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
kak.. 2 ketul 3 hinggit. siap!! kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥LOVE2COOK♥
ayam lover dah sampai.. hehehhee.. nah amik2 ketul buat cicip sesambil BW ..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
betul..2 warne semulajadi yang sangat cantikkan.. tomato hijau n merah. ayam tu sedap...suke suke

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
akakakkk..lama tak dengar kaboo.. oo nak gi kusus ye..slamat berkusus ye kak..

izahdaut said...[Reply to comment]

abah yie dan ummi na..
selamat mencube yeee.. sedap tuuu

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

hmmm... yg nie sudah pasti sangat sedap nie kan izah... ada yogurt gitu lg... tgk pun dah tau sedap.

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

Alahaiii.. kepingin mahu ratah ayam goreng tu, tapi tak kesampaian nak memasak arini lah. menjangkit izah lah kot pening2 pala ni. Tapi kak ct pening tak ada apa, ker izah pening ada makna tuuu.. hahaha. gurau jer izah.

gambar dah semakin mantop , tahniah dr kak ct ya :D

Anonymous said...[Reply to comment]

petang ni jugak kita nak buat....x sabor rase nak merasa kekrispiannya....

suraya said...[Reply to comment]

sedap doh wase...