CSS

Friday, February 18, 2011

Roti Kentang


Assalamualaikum..

Roti kentang ni dah lama dah finish. Saja tunda tunda post sampai terlupa nak masukkan entry. Roti ni nampak kat rumah kak Hana. Sebenornya masa tengah masukkan bebahan dalam bm, tengok semula bebahan tu, tak de pulak marjerin atau butter kena letak. Bila diimagine kan nanti kot roti tu jadi kering gitu kot. Tanya kak Hana pun, k.Hana kata dia ikut sebiji resepi Cik Mat ni. Tapi cam bila was was ni saya letak la jugak 2 ke 3 sudu butter. Hasilnya...



Alhamdulillahh...lembuutt je..bebudak cam biasa makan sapu nutella. Cerita pasal tunda entry ni, sebenarnya saja nak jarak-jarakkan entry roti. Hahaha..asik meroti je kat rumah ni yang sebenarnya. Mabuk la kan..kira pelaburan kena la tunjuk hasil. Kot dah lama nanti senyap je la kot roti-roti ni. Hahaha...Meh la tengok resepinya. Mekasih kak Hana dan cik Mat Gebu.


RESEPI ROTI KENTANG




Bahan-bahan
Bahan Doh
  • 135 ml air sejuk dari peti ais
  • 3/4 camca teh garam
  • 1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
  • 60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
  • 300 g tepung roti (hi protein flour)
  • 3/4 camca besar susu tepung
  • 50 g gula halus
  • 2 camca teh yis
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • *saya tambah 2 ke 3 sudu mkn butter

Bahan Kastard
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla
Cara-cara
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang



17 comments:

azira said...[Reply to comment]

wahhh..sedap nye nampak..gebussss...

Mas said...[Reply to comment]

makcik...aku baru nk copp yg dalam cup tu...dah abissss...
aku tak pernah buat lagi resepi cmg ni...nnti akan menyusurrr..he..he..
nampak gebu gila tu...

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Salam kak izah,wah tgh demam meroti nmpknya..Klmrin sy da wat roti juga basic dough kak nor tu,c/p resepi dari akak la..Alhamdulillah 1st trial mnjadi..Nanti nak try lagi resepi2 kat blog akak yg len lak..TQ kak.

Asmara said...[Reply to comment]

Izah, cantik dan gebu roti tu. jeles i. haha.. *act. smlm pun try wat roti, maklumla baru ada bm dan pestime bakar roti lupa nak sapu margerin kat loyang. sekali nak keluarkan tu dia.. melekat la. ekekeke..xpe2 try n error x gitu. sib baik boleh makan dan tetap jadi roti. :D

hzh said...[Reply to comment]

klu tmbh lg lemak gebu! aku nk kuor dah nih... tibggalkan dua bijon sarapan esok! hihi

re: cipon tuh aku wat setebgah adunan.. telur 3 biji setengah...

-hana

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
Ya Ampunnnn gebus gilosss roti kentangmu itewwww...jeles akak tau...nak order jelah mcm ni...nak wat malas....kih3....

Nazrah said...[Reply to comment]

Memang gebuz roti tu..saya belum cuba lagi...

suri solehah said...[Reply to comment]

salam izah..hanya mampu kata..andai izah berjiran dengan akak..pasti akak sanggup jadi pembantu rumah izah,,.gemu sungguh roti mu itu...

EmbunRosaliza said...[Reply to comment]

Assalam Izah..kalo anak2 akk pg care4 mesti beli roti ni...bestnya izah, cantik n gebusss sangat roti ni

anymz said...[Reply to comment]

hahahahaha(gelak jahat sambil jalan bercekak pinggang..)haku dtg dgn bodyguard berbadan sasa..semoga pembunuh bersiri di sini ketakotan.hahaha..
kita ambik roti yg last dlm cup tu..pedulikan je puan rumah..jgn takot.jgn takot..hahaha

Unknown said...[Reply to comment]

wah roti gebus.. bestnyer....dh lama copy resepi ni tapi lum sampai seru nk buat lagi..haha tapau roti izah dulula...ada lagi tak ni?..hehe

ijan said...[Reply to comment]

Tu dia roti... gebus giler. Kite takpe tak mabuk kalo makan roti hari pon.ehheheh

izahdaut said...[Reply to comment]

azzira..
bukan nampak je, memang gebu pun azira..kalau nak cuba sila kann..

mas..
try la mas..aku cam compius kat butter tu. tu yg aku letak jugak..alhamdulillah moist n gebu je..hubby aku kurang suke kalau roti kering2 ni..hehe

zalieda..
dah try ye...sedap lembut gebu kan roti kak nor tu..memang menjadi pojaan kat rumah ni..akak tengok tak update blog pun..busy ngan cikenit tu ye..hehhee..

asmara..
betul betul..mmg nk kena try n error baru mahir sikit kan.hihi..tapi nampak lawo je roti yg mkn ngan kaya homemade tuuu..hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

kak hana..hzh lak ke?muekekee..mekasih yo..

kak yatie..
waalaimkumussalam kak..
malas nak uli ye kak..kak kalau anak2 suke roti kena ada bm jugak memang berbaloi..hehe.

nazrah bakery..
belum cuba kena cuba gak tu...sedap rasa lemak lemak..

kak suri..
hahaha...lawak lah kak..ala kalau dekat nak je saya bagi sepinggan kat akak nih..muekekee

izahdaut said...[Reply to comment]

kak rosaliza..
waalaikumussalam..
bukan anak akak je, saya pun dulu2 memang suke beli..tapi sekarang dah tau buat sendrik ni mmg jarang jugak la beli roti..ececceehh..mcm rajin sangat kan..hahaha..kalau tak rajin hmm borong je kak lagi senang..hehee

kak anim..
muekekekkeee..cekak pinggang ye...biasa la tu eksen ngan gulai lemak la tuu..hahaa
ooo berani la nak mencopek roti tu sebab ada body guard..jap lagi siap kak nim..hahaaha.* masih maintain gelak jahat

nieza..
nieza..udah finish pun..hehee..suka makan roti lembut gebu cam ni...bebudak suka makan ngan nutella.cepat je habis..kena try ni

ijan..
hehehee..tu makanan ruji kot kat sana ijan..mmg terpaksa tak mabok kan..kalau kita kat sini, aduhai cam tak lengkap je sehari tak makan nasi..huhu

HaSue said...[Reply to comment]

aku nak yg mas dah cop tuh..x kire,nak jugak biar pun dah abis!

thusha said...[Reply to comment]

replica bags nancy check here j0b31u2n50 replica bags and watches check my reference y3h48r6t77 replica louis vuitton replica bags blog article m5m21f7t98 luxury replica bags replica bags vancouver