Assalamualaikum..
Uhuk uhuk... Ada yang rindu ke? Terbatuk nih. Hehehe..
Lama juge tak update blog. Memasak tetap cam biasa cume masak biasa2 dan kemalasan untuk snap gambo tu. Lagi pun ujung minggu banyak menyetel kan perkara2 kecik sebelum raya nih.
Alhamdulillah.. rasa puas di dalam kesederhanaan ini menyambut aidilfitri.
Comel dok nama biskut neh. Best gak buat pagi tadi diiringi lagu raya dan klip video raya kat tv. Sedap biskut neh. Memang kegemaran family. Tahun ni saya cume buat biskut yang disukai je. Biskut ni mcm biskut arab juge, sedap sebab cair dimulut dan manis yang sedang sedang aje. Tak manis sangat.
Resepi dapat dari orang Tapah, iaitu dari akak ipor adik saya. First saya rasa biskut ni masa beraya ke Tapah dan terus mintak resepi nak buat tahun nih. Mekasih buat mereka kerna sudi berkongsi ngan saya.
BISKUT CINTA 3 WARNA
300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum
pewarna makanan yang disukai
Caranya:
Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim. Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati. Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai. Ulikan sehingga warna sebati. Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli dan letakkan ke dalam paper cup. Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.