CSS

Wednesday, January 25, 2012

Mee Sanggul Goreng Kari


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Dah kembali sibuk dengan rutin harian? Atau sedang bercuit cutian lagi. Kalau company Cina, cuti sampai seminggu ye. Atau bosnya aje yang cuti seminggu, anak buah kena balik kerja macam biasa? Kan.. 

Kepala saya masih berat, kerna melayan anak kecik yang mengamuk dan kurang sihat semlam. Agaknya 2-3 jam aje tidor nyer. Tapi lepas siapkan si Bais ke sekolah dan suami ke office, tak boleh terus2 juga nak sambung tido. Kena juga penat2 kan mata di depan lappy n blog kaann. Mengupdate apa yang perlu, mengedit apa yang tak sedap di mata, meresize apa yang ada.

Tenung2 jenguk2, mee sanggul ni saya hadapkan untuk semua pengunjung IML pagi ni. Mee sanggul ni keluaran IKS produk Muslim yang saya terjumpa penjualnya menjaja di persekitaran surau berhampiran sekolah dak Bais, mungkin sempena program di situ. Banyak produk Muslim yang 'kalau terbawa banyak duit' pasti dah saya beli untuk di buat stok. Tapi sekadar membawa not beberapa keping bewarna biru dan sekeping bewarna merah, terpaksa saya akur dengan memilih apa yang terbaik dan sesuai untuk hidangan anak2. Tak silap saya memilih roti canai frozen dan mee siput, kerna roti canainya yang sangat lembut, dan mee sanggul kegemaran anak2. 

Ada bertanya tentang hidung? Hehe.. Ye.. alhamdulillah, selsema dah tak de. Hidung dapat berfungsi semula dengan eloknya. Cume tersumbat masih bersisa. Alhamdulillah tidak ada lagi yang deras meluncur dengan lajunya. Alhamdulillah pada PENCIPTA, ke padaMU ku bisik setiap derita. 

Dan resepi mee sanggul goreng kari yang sedaaaap ni, saya ambil dari blog kak Nor SGN67, dan kak noorrr mintak ijin mau di share di sini pula ye. Toce toce.. I likeeee dan anak2 pun sukee. Cume cam biasa, unsur2 pedas dikurangkan, dan cili hiris itu sekdar hiasan sahaja. ;-)



MEE SANGGUL GORENG KARI

Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis/sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris
limau kasturi/limau nipis

Cara :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.

Selamat mencuba..




14 comments:

Qasey Honey said...[Reply to comment]

asslm tuan umah hehe...
sedapnya menu ni...1st time tgk resepi ni...kne cri mee sngul ni..nk try lak...tq kongsi resepi ni...

Chah said...[Reply to comment]

Haishhh semenjak 2 menjak cik jah pandai mengari...kari ajeeee menu nya!! * Selamat tinggal kari bermasalah!! Ai kalau nasi lauknya kari, pg esoknya mesti goreng mee pulak bubuh sesenduk dua kuahnya...ala2 mee mamak... ;)

Cheq Sue said...[Reply to comment]

lorrrrr..... patut le ada bunyi sengau2 aje kat n3 ko ni jah... seseme ghupenye. bawak2 berehat aje jah...

cite bab mee goreng kari nih, rasa2 x berapa nak boleh makan la jah, orang kampung cam i ni kalau mee goreng mau yang biasa2 aje...

eh, KL x cuti lama eh? kita jugaklah naik boring dah ni cuti lelame..

Gee® said...[Reply to comment]

Salam Jah...bak sepiring mee sanggul kari tu... lapar nih...terlior la

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

macam ternampak mee sanggul ni, tapi tak ingat kat mana...hehehe

tak kisahlah janji dapat merasa mee sanggul Izah jadi lerrrr. Jaga diri selalu musim dah ni, Hubby k.ct pun selsema gak akibat main hujan ler apa lagi..hehehe

cuti2 tak ada lagi 2 orang anak k.ct dah mula sekolah boring jer muka, sebab abang dia masih cuti..hihi

☆♥L@dy @yU♥☆ said...[Reply to comment]

adeh terlioq suda tgk mee sangul goreng ni...dah lama x mkn :)

Kak Sam said...[Reply to comment]

Assalamualaikum....
Semoga si kecik cepat sembuh. Alamak kena pi cari mee sanggul le pulak.

ucubakery said...[Reply to comment]

jom la kita tukar2 pinggan...terus lapar lagi tengok mee sanggul izah...

LadyD said...[Reply to comment]

adoyaiiiii...lama bebeno tak mkn mi sanggul ni.best2 tuuu..

Kamalia said...[Reply to comment]

sedapnya izah..sungguh ku teringin nak makan mee ni tapi mano nak dapek kek sini ha?
aku pun sengau2 jugak ni but Alhamdulillah, yang lain smeua dah ok..

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
menyelerakan sungguh tngk mee sanggul goreng kari ni..haiiii suka menu kari nampakkkk..he3..mmng sedap kan..akak tak pernah pulak masak mee sanggul ni..lenkali leh cubalah, teringinlah pulak...

AbbotCottage said...[Reply to comment]

Adussss, terpeleot tgk mee sanggul ko Zah. Sanggul saper ko gunting ni Zah, pendek dah rambut dia.

K.Nor said...[Reply to comment]

jah.. mana utk akak sepinggan? :)

affa said...[Reply to comment]

Mesti cuba harini..mee sanggul dh ade