CSS

Tuesday, April 3, 2012

Puding Kastard Marble


Assalamualaikum..
Tak jawap ..dose.. ;-)

Jom tengok juadah manis manis pulak lepas bersantap pedas pedas tadi kan.
Eh saya je yang santap ye, sowiii.. kiki
Dessert belang2 tu kalau dipandang, texture dia nampak tak cantik kan.
Nampak butir2 dan tak halus. Biasa la dah tangan pembuatnyer pun bukan orang yang berhalus.
Tapi dari segi rasa tak menjejaskan pun. Sedap sangat. Maybe ni antara puding kastard yang sedap.
Saya amik resepi ni dari satu blog yang saya jumpa masa google resepi.
Bernama Nornaza Family. Terima kasih ye dengan resepi ni.
Tapi saya ejas to my liking. 
Anak2 la paling suke. Sekali hadap habis separuh.





PUDING KASTARD MARBLE
by: Izah

10 gm serbuk agar-agar
2  cwn air
2  cwn susu segar
3/4 cwn gula *kurangkan 3 sb
4 sb tepung kastard
1 biji telur dipukul sedikit
3 sb mentega
1/2 sk garam halus
1 sk vanilla essence
2 sk serbuk koko + 1/2 sk nescafe

Caranya:
Masak air bersama serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih. 
Bancuh tepung kastard dengan susu segar. Kemudian tuang ke dalam agar2 mendidih.
Masak hingga berbuih, masukkan pula telur dan mentega.
Masukkan garam dan esence vanilla.
Bila semuanya masak , tutup api. Bahagi dua adunan agar2.
Satu adunan bancuhkan dengan serbuk koko dan nescafe.
Tuang berselang2 dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble dan corak yang disukai.
Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.



26 comments:

Nazrah said...[Reply to comment]

Wow lamanya saya tak buat puding menarik sungguh

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

sebelum jauh mengomen nak tanya dulu pasal blog k.ct tu, lambat nak lodding tu sebab tenet umah Jah slow ker atau memang lambat betul gambar nak keluar..? hahaha. tapi bila k.ct suh adik kat JB tu bukak dia kata okey jer tak lambat dan kuar pun macam biasa aje...hahaha

Tak apalah Jah, kuar sikit pun jadilah janji Jah tak lupa k.ct yang comel ni kan..hehehe

Jah ni kira macam puding kastard biasa tu ker, atau ada kelainan sedikit pada rasanya. mesti sedap ni kan sebab ada campur koko kat situ..emmm kecur gak sebab lama tak buat dessert2 ni Jah :)

Mama Ann said...[Reply to comment]

Sedap nya Izah..hujan2 ni lapar..cantik...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...[Reply to comment]

sedap ni mkn masa panas
sejuk anak tekak

HaSue said...[Reply to comment]

Aku nak yg ni sepinggan.. eh yg setengah loyang lebih anak2 ko mkn tu pun jadik ler.heh

Nieza said...[Reply to comment]

lawa dah belangnya tu zah, my fav puding ni kalau bubuh kastard memang i loike..:D

sitiezahim said...[Reply to comment]

seakan akan puding roti marble kan? menarik ni nanti saya coba wokeh :D

KakAsma said...[Reply to comment]

ZAH,

akak kan pagi tadi ngences tengok nasi himpit goreng tu,kes tingat adek akak kalau buat menu nih mmg suka tul makan..sedap sangat..
tapi tu arrr tenet akak kat umah nie slow cam siput sedut.....
lagi di buka lagi menyedut line..hihihi nak tinggal pesan pong tak leh..
dah petang nie okay sket..
lama tak buat puding gini..
buat akak tingin lak nak mengodek2..

AimyAzeefAzfar said...[Reply to comment]

Sedapnye...cam senang nk buat...leh masul list niii

zila 4ever said...[Reply to comment]

waalaikumsalam..dh jwb dah..dh x dosa kan..he he heee..alolloo x halus pun x per jari tue..tapi jari jemari runcing tu ler yg mengegarkan dapur..dgn masakan sedappp sedapp..hikk hikkk..tgh lapor nie izah..nampak puding tue memangil2 jew..benci2x...:)

Mas said...[Reply to comment]

waalaikumsalam..
dah jawab dah..he3

makcikk...aku nakkkk puding tu..
tak yah kasi hasue..
suruh dia buat sendiri...

Yatie said...[Reply to comment]

cantik puding belang Izah ni, sblm ni buat ikut resepi Kak Jun tu,mmng sedapkan puding di makan sejuk..nyaman je lalu kat tekak..

ummiaisyah said...[Reply to comment]

meh aku seketui zah...sodappp ni!

ogyep yummy mellow said...[Reply to comment]

Mulalah Izah tu... mengamit gamit anak tekak orang... Baju dah basah, terliur...

ogyep yummy mellow said...[Reply to comment]

Mulalah Izah tu... mengamit gamit anak tekak orang... Baju dah basah, terliur...

Anna Qawina said...[Reply to comment]

aku jawab dlm ati...:))
weh..sedapnya

faa.rosli said...[Reply to comment]

balik ni nak try!

a'in fajar said...[Reply to comment]

salam kenal..cantik dan menyelerakan puding akk nie..nak buat jg la..tp xtau bila..msk list dl la..

Rohah said...[Reply to comment]

sedapnyer puding turun kat alur tekak..dwi kaler n pastinye dwi rasa..slurrpp

ASMAH YUSOF said...[Reply to comment]

Wslm..dah jawab okeyyy...hehe

Halus x halus pun tangan akak...dah penuh dengan macam menu dapur akak...:)))Cantik belangnya tue...sedap nie!!!

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam kak! eh? sejak bila tukar profil picture muffin tu?? mana dia wanita terakhir melayu ituuuu?? ehehe.. tp kan kak kalau profile picture tu yg background gelap tu letak kat tgh2 baru balance sikit ehehe... puding2 gini nak buat lomah sikit budak2 mmg kompem tak makan puding, kita pulak suke berkuah, buatkan kuah sedap ni kak :D

Naz / Nadz COSK said...[Reply to comment]

Izah, cantiknya puding.. bak 2 ketul..

Anonymous said...[Reply to comment]

salam, saya nk try resepi ni.. tq :)
-ana

Anonymous said...[Reply to comment]

Btl ke 2 cwn air..x slp tlis ke?

Anonymous said...[Reply to comment]

Air 2cwn????betul ke?

Silvia Jacinto said...[Reply to comment]

I really love your blog there's a lot to share. Keep it up.Visit my site too.

n8fan.net

www.n8fan.net