CSS

Friday, April 13, 2012

Stew Ayam -menu kanak-kanak


Assalamualaikum..

Hari ni rasa mcm nak laawan orang Mukah jek. Hhahaa..
Menu kanak2 sepanjang minggu untuk hari ini.
Lauk kanak2 dan memang kegemaran si kecil.
Kalau dia nampak ayam goreng aje, mesti dia sebut nak ayam air.
Sudahnya maknya memang saspen kalau buat lauk ayam yang kering2.
Mesti nak kene jenis bersup2 jugak.
Stew ayam ni memng simple tapi kena benar dengan selera anak2.
Di makan dengan nasi dan telur dadar, dah cukup menyelerakan.
Terima kasih Kak Chef Liza untuk resepinya.
^____^



AYAM STEW
resepi: Hanieliza

Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak

Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang &  daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengna nasi atau roti.






18 comments:

HaSue said...[Reply to comment]

wehh!ni ko mengganas ke ape nih?hakhak.. aku nyer n3 ada lg tertgguh tu...ko tolong update buleh?
eh nanti aku goreng telur(-menu kanak2 sebab x rajin nak buat yg rumit cam ko nih) pastu nak update kat blog gak ah.. :D

kalau stew2 ni maksud dier berkuah laa kan.. aku tengok omputih masak daging dulu,kemain nama stew2 tu..padahal!simple amat..heheehee..
anak2 aku semua la nak berkuah.huhu..sibbaik ayam goreng xyah berkuah

kakna said...[Reply to comment]

salam izah..
stew sedap dengor..
bukan budak je yg makan mak bapa pun boleh,tambah je cili kan...

Mas said...[Reply to comment]

jahhhh.....ngomen jap kat sini sebelum kluar berdating japp..he3
tengok ayam stew ko ni..
bukan kata budak2..
mak budak pun suka nie..
nanti aku nak try la..
menyelerakan betoi nengoknya...

rahel said...[Reply to comment]

Izah,kalau stew ayam macam ni..lajur je nasi habis..hehe..suka sangat.

IeRA said...[Reply to comment]

Salam izah..

boleh juga buat utk anak2 ni

Balqis Nazid said...[Reply to comment]

salam... anak2 mesti suka ni..
kalau mak-mak / pak-pak boleh letak cili atau sambal kicap bagi kaw2 kan...

Ilhamkreatif said...[Reply to comment]

Salam izah...menu anak2 lak,anak2 iza pun suka makanan bersup ni,lagi2 ada ayam gitu.kalau boleh hari2 nak.

Bicara Kak Noor said...[Reply to comment]

berui tu kata Balqis kalau malas nak masak yg lain menu kanak2 pun ditambah cili padi meletop jugak tu Izah haha

izahdaut said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
mimie said...[Reply to comment]

haihh...arini lauk kanak2 sedonia kahh....hahhahaha
mmg bbdk kene berkuah...kalo x time nk membuang payah...hihihiih

mmg seswai lauk ni untuk bdk sirap oren mak bdk sirap oren....ekekkek

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

akak pun ada menu stew ayam tertunggak lom update... tp tu menu utk seluruh family... hehehehe.....

Shahriah Abdullah Novelis said...[Reply to comment]

Salam... datang ziarah bawak mangkuk sekali ni..... *sambil sua mangkuk*

Rohah said...[Reply to comment]

Jimat masa n tenaga..terbaik menu cam gini..Like3

Cheq Sue said...[Reply to comment]

menu kanak2 camnilah time malas nak masak beria-iya memang sesuai sangat dicuba...hirup gitu aje dah cukup

a'in fajar said...[Reply to comment]

menu sedap tapi simple sgt..nm mesti gempak kan kak hehehe..ank2 ain pun suka..letak lobak merah byk2, ayam nk yg tulang2..tunduk je khusuk mkn dgn selera

quinnie said...[Reply to comment]

wahh nak cuba lah...kita memang teringin nak makan stew..ingat daging je boleh buat..rupanya ayam pun boleh jugak..hehehhe

AimyAzeefAzfar said...[Reply to comment]

Laaa senang jw ekk wat stew ni...ok masuk list

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Stew mcm nie mmg best... Belum pernah lg akak cuba resipi nie...nnt akak nak cuba ikut resipi nie plak...