Assalamualaikum..
Kaku jari tak reti menari di keyborad bila lama tak mengentry.
Pikiran melayang jauh ke sana dan sini.
Dinding mood bagai dilanda todak berduri.
Merayu mengharap hanya pada Allah yang Maha Agung Maha Mendengar Maha Pemurah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Mendoakan yang terbaik buat semua insan2 yang disayang dan menyayangi.
Mendoakan Wan *nenek di hospital bila dikabarkan sudah menghampiri stage yang dibimbangi.
Harap Allah memberi rezeki jodoh dapat berjumpa Wan lagi.
Dan kabaran tahniah buat teman sejati.
Semoga bergembira dengan buah hati baru yang comel lagi montel.
Hasina Jamil nun ni Taiping selamat berpantang!! :-)
Popcorn ni udah lama dibuat. Last week.
Seronok buat popcorn dengan anak2 menjerit2 bila dengar pop dalam periuk.
Dan berkecah dapur bila popcorn berterabur sapa pun eksen tak mau kutip.
Sebab walaupun 2 genggam bertih jagung, popcorn yang terhasil sangaaaaaat banyak.
Bila dibuat karemel, kena 3 kali ulang baru siap *refer pada resepi di bwh.
Jom la me'popcorn'. Senang dan seronok.
Terima kasih Ika kerana berkongsi resepi.
HOMEMADE POPCORN
Bahan-bahan ( Ikut suka.. )
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa
Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
Cara-cara
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak&butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.
KARAMEL POPCORN
Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Cara-cara :
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.boleh letak pewarna kesukaan seperti merah, hijau n kuning
26 comments:
Salam kak, akak ni pandai bermadah rupanyer :D kita budak sastera pun tak reti nak menyusun ayat malas naik pening org nak baca ayat2 kita hihihi... doa utk wan akak jugak semoga diberikan kesembuhan insyaAllah, siapa tahu dgn kuasaNya aja yg boleh menyembuhkan penyakitnya, moga ada keajaiban insyaAllah dan tahniah jugak buat kwn akak, semoga selamat berpantang :D nak cubit tgn yg ada tuuu biasaaaaaaa dia! meh sini makcik siam yg kutip popcorn2 yg kat bwh tuu :D
amboiiiii makcik..
jiwang lak ko pepagi nie...
moga wan cepat2 sembuh yerkk...
dan tahniah buat kawan ko tu...
gerammnya tengok baby...comneiiiiii
pasal popcorn tu..
aku teringin nak buat...
tapi takut lak bab meletup2 tu...he3
jiweng nampek?? bukan ke angelina kena 'taf'2 gitu? Heee..lama kak kedek tingin nak buat pop corn..aritu tgk tun mengepop, ari ni sini plak ada K pop...beh2..
sedapnye! nak try! nak try!
kak izah.. semoga ada rezeki utk bertemu nenek akak. insyaAllah.
tun doakan yg baik2.
salam...ayat pehhhh ..moga wan cepat sembuh doa darikami...ada bby lahhh...cute bby tu..rasa nak cium2 aje..
Popcorn sudah mari...hemmmm x cukup kena buat lg....cam jakun akk gan anak hahhaha... semua dok jegak negok popcorn letup2 hhahahha...oo mcm ni buatnya...snggggg kremel pehhhh lg byk lg sdp mkn
macam baca sajak lah pulak..:)
Qh pon dh penah jugak buat popcorn...tp resepi dr rakan di Jom Masak...resepi lebih kurang...tp bile tgk org buat..mula tringin nk buat lg...bleh la cuba popcorn yg letak coklat tu...mesti sedapkan...
tu tangan spe tu yg nk amik popcorn tu...tinggalkan utk aunty sikit tau...hehehe
Waaahh PopCorn sudah berada di sini!!! nak semua.. nak bawak gi tengok wayang jap lagi,,,
Semoga Wan Izzah comey cepat sembuh yaa... Aminn...
As'salam Izah
macam ni k.ct tak boleh cari makan dah bukan main lagi bermadah mengalahkan k.ct yang suka reka surat chinta pada Che Mat dulu2...hahaha
Jah..k.ct pun lamaaaa sangat tak mempopcorn. dulu2 masa tengah hot berblog adalah buat sekali. sengeh2 sorang diri macam selpiar koyak sebab nampak jagung tu meletup2 dalam periuk..heheh
Selamat pagi Izah,teringin nak join buat pop corn..nak dengar yg letup2 kat periuk..
moga wan izah diberi kesihatan yg baik
wah menarik ni, hihi tau dah lama dah buatnya, best jugak kan buat sendiri, tak payah beli kat pasar malam dah, selalu yg beli ni byk biji dia tu yg benci kalau tergigit tu
Salam izah....seronoknye...buat popcorn sendiri,banyak mana nak makan pun bolehkan...kan...
nak caramel popcorn!!
Tu jari siapa tu.. gigit baru tau! hehehe.. hv faith.. insyallah..
wah..mcm sng ek...
Salam Zahh..
Semoga semua baik2 belaka dan dipermudahkanNYa..
Aku pun blom try buat popcorn sendiri. Senang jer ghupernyerr.
Ada kedaisini jual popcorn berpuluh2 perisa tapi haku suka caramel jugakk.
semuga dipermudahkan segala urusan,dan semuga dapat bertemu wan tercinta...hari nie dah dua orang tayang popcorn..menarik2 diri untuk mencari jagung gak nie...makasih kerana berjaya membuat akak terpesona..
Harap nenek Izah dah semakin sembuh sekarang ni.
Lepas ni boleh la pasang payong depan panggong wayang, jual popcorn la pulak. Kalau meletop2 gitu, takut akak nak buat. Kang tangan ku yang gebu ni melecor, che abe nak pegang pun takde mood.
Aku buat yg karamel tu jah siap2 buh sirap jagung..bajet ikut org jual kat kedai..hahaha..
Silap2 haribulan mmg boleh terpahit karamel tu..sah2 kena mkn cik tong.. tun telani terasa x komen aku ni agak2nya ko laa jah?
Bawak bersabar banyak-banyak ya Zah, Insya'allah.
Dalam pada tu,s empat gak ko mempopcorn ya, teruja sungguh aku.
Assalamualaikum.
Its a good job Izah. Syabas.
Minggu ni leh lah akak cuba. Meletup-letup popcorn di Muar.
TQ 4 d idea.
doa utk wan izah jgk..moga cepat sembuh...terhenti seketika..he hehe sebb izah nie slain pandai melawak..boleh bermadah juga..hi hiii..pop cork sebungkus yer..:)
pos ke bangi boleh? kak liza tau makan je.. buat tak reti (malas sebenornyee..) he..he... copy gambar popcorn dan tangan comel tu.
Salam, wahh seronoknya buat popcorn sendiri, haha..kat rumah sy ade mesin popcorn sbb parent niaga popcorn kt pasar mlm..
sudi2 bace entry popcorn sy di sini:
http://lynndamya.blogspot.com/search/label/Popcorn
terima kasih (n_n) hehe
p/s : blog u nmpk sedap sbb byk kuih2 and muffin! sedapnya ! haha
Hi, just passing by to see something very interesting and gladly I've found it here.
Thank you for your wonderful article it really helped me a lot.
You can also visit my site if you have time.
triciajoy.com
www.triciajoy.com
n8fan.net
www.n8fan.net
Post a Comment