Assalamualaikum..
Biasa dengar daging lompap tak? Saya pulak 1st time tahu kewujudan menu daging lompap ni masa kak Cek tunjuk kat blognya. Daging lompap ni adalah masakan tradisi berasal dari Negeri Sembilan. Orang negori biasa sangat dengan menu ni kan. Menurut kak Anim yang saya quote dari komennya di blog kak Madihaa
"daging lompap ni sejenis masakan daging yg berasal dr N.Sembilan.yang di panggil lempap..maknanya..selepas daging di cuci dan di bersihkan daging di gaul dgn garam dan terus di jerang atas kuali hingga lembut.yang versi cik cek buat ni ialah versi yang sudah di modenkan..kami org2 negori selalu buat daging lompap ni masa hari mantai nak raya puasa atau raya korban..org2 n.sembilan selalu menyambut hari mantai sehari sebelum puasa,sehari sebelum raya puasa dan juga masa hari raya korban..dpt daging fresh terus di lompapkan..sedapkan?..harap penerangan akak tntg asal usul daging ni dpt menambahkan pengetahuan adik2 semua tntg jenis2 masakan org negori dan terima kaseh pada cik cek sebab mempromosikan jenis masakan ini.:)"
Jelas? Saya dpat info tambahan cara memasak daging ni iaitu bila daging dah masukkan ke dalam kuali, tutupkan daging tu dengan daun pisang, yang kemudiannya ditutup pula dengan tudung periuk yang dihempap dengan lesung batu. Kemudian masak hingga daging lembut. Unik kan? Saya baca cara ni dekat blog ACIK ERNA.
Tapi, kali ni saya ikut cara masak kak Cek. Mungkin cara moden atau pun cara kesukaan yang telah diolah mengikut selera ahli di rumahkan. Dan saya katakan, saya makin jatuh cinta dengan masakan orang negori. Daging lompap ni sangaaaaat sedap. Saya kata pada en asben, daging ni menu orang negeri kak Anim. Dan en asben kata..sedapp dan cakap terima kasih kat kak Anim. Hehhe.. Kak Anim dapat nama kan. Jangan sedih kak Cek ye. Sebab saya nak berterima kasih pada kak Cek banyak2 sebab kak Cek sudi share resepi mabeles ni. Sedaap sangat sangat. Trasa2 lagi kat tekak ni. Simple je cara membuatnya tapi resultnya sangat berbaloi. Manakan tidak, kak Madihaa dah ulang ulang memasak menu ni kan kak.
Izinkan saya share resepi kak Cek ni di sini pula dan buat orang2 negori , mungkin ada info tambahan sudi sudikan lah berongsi di sini. TQ
DAGING MASAK LOMPAP
resepi: kak Cek
sumber: kak Madihaa & kak Ayu Sg
BAHAN-BAHANNYA....
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi *
3 biji cili hijau *
1 biji bawang besar *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
1 batang serai dititik
2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air
CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
Kisar sume bahan2 yang bertanda *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....
50 comments:
Assalamualaikum...
Baguskan bila kawan ngan org yang terer masak2 ni. Macam2 dapat dipelajari. Akak ni yang kura2 sikit. Takpe le dapat jamu mata pun cukup le . huhuhuhu
kak sam..
bukan kura2. akak kan busyyy.. ehhe.. nanti hujung minggu leh la try. sedap ni. sedap sangat
kiranya daging ni kena hempap dgn batu lesung la ye ... cute kan?
hemmm menarik...petama kali juga dgr dan negok resepi ni...bagus sekali sekala ada manu tradisi setiap negeri...nak cuba juga...mcm ne rasanya..tp kena g beli dgg dulu...
tq izah..
jahhh..aku pun first time dengar daging ni..
masuk list...
boleh try nanti....
ko guna daging jenis apa jah..
batang pinang ???????
agak2 ko berapa lama ko masak daging tu sampai empuk...
rasanya lak..
macam mana yerk..
cer cerita...
ada masam2 pedas.....
eden nanti nak jadi orang negeri...
jadi ko jangan marah yerk aku banyak tanya....
Koooo, bederet2 entry, kat sini je la aku letak. Lenguh kaki aku berlari ni ngejo baca satu2 entry ko. Ko kena upah aku nih, sebungkus nasi lemak lauk ayam ala bali, sebungkus beso ala2 sekilo gitew kepek arrow head ermmm pastu donut lebih gula ya. Lepas balik noreh kang aku singgah sini tau...lalala~~~lalalalal~~~lalalalaaaaaaaaaaa~~
salam izah...
pertama kali dengar....
salam...dah 6 tahun aku dok n9, tp lum pnah lg makan ni..namanya tu aku penah dengar, tp rupanya blum pnh tgk n rasa lg..nmpak macam sedap..tgk bhan2 pun tau mmg akan sedap...simpan resepi ni.. nnti nak try wat..klo ganti daging ngan ayam ke boleh dak ek..hehe
Aah la.. pestime dengar.. memula tadi ingatkan daging lombab.. hihihi..
Soalan kzura sama dgn mas.. izah guna daging batang pinang atau daging biasa je?..
Pernah dengar, penah rasa...tp cm lupa sebenor rasa dia sbb x penah simpan resipi...maklumla, ai x mkn yg berlemak2 ni, ai mkn dada ayam tanpa kulit, tupun 2 ketul kenittt seminggu... Tapi kan jah, daging lompap tu x yah hempap ngan lesung batu, bior ai yg himpap, pasti cepat aje penyet & empuk...kehkeh..
hehehe... teringat loompa loompa dlm willy wonka.. eh? ke name dia lain? ummpa loompa kot.. lebih kurang laa..
xleh nk terliur. tun sgt2 xsuka mkn daging. hehe.. kalau gulai daging je buleh terima sket.
Jah oii...macam2 ko masak yer... sehari 2,3 kali hapdet n3...rajin bebenor... ni mesti sambil2 tunggu daging empuk mengadap lappy dulu...bak k.gee sikit daging lompab tu...
pes time dengar nih..mesti di cuba.
mak mertuo den org rombau..pasal apa dia tak pernah citer pasal lauk ni..?? sat nak tanya dia..hehe
salam jah..sebelum apa2 akak nak cepuk pale dak noorsha..memandai nak ubah ke ayam ya..mmg majlis bangsa2 bersatu penduduk asli n9 akan ke rumah noorsha dgn semua org memegang sudip di tangan..
mana leh tukar ayam..lompap ni mmg khas utk daging...
dah lama tak buat ni jah..tunggu raya lah nanti..hehe
Salam Izah...cara masak yang paling Sue suka pasal tak yah berlama-lama nak tumis bagai...Main masuk lebur dan tunggu masak...cepat dan senang...Mesti sedap ni....
first time dgr resepi ni, nanti nak try lah buat, simple je kan cuma ambik masa lah nak rebus daging tu
salam..sehari 2X dtg dapo izah...ater dapo org rajin msk.
org perak br pestaim dengo daging lompap...bertambah vocab aku..hehehe
Kak Izah,sy dah pernah wat dah lamaaaa dah pas kak madihaa post ritu,mmg sedap n pedas..Gabungan ngan celery, lak mmg sempoilah..
salam kak izah .. wani ni first time dengar daging lompap... ooo masakan orang negori ya .. bahan2 cam senang jek.... tapi kalau nak masak .. nak lebih kaw kaw tu kena ikut cara tradisi ke atau nak ikut moden.... hhihi ..
Tq Izah sudi cuba daging lompap versi kak cek...memang sedap kan...:)
wallaaa.. sedapnya.. tgh selongkar2 cari respi nasi daging ni.. yg ni pun mengoda jugak..
Along pun first time dengor ni.... masuk list ler dulu.... ni kena tunggu hari cuti sbb kalau memalam mesti tak sempat ni.
salam..lama tak singgah godek resipi kat cni...errmm, sedap jugak kalu try...baru jer masak nasi briyani 2hari lepas...kalo buat lauk daging ni pun terangkat rasana..
http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/misteri-darah-wanita.html
izah..kita dah salin resepi ni hari tu dari blog kak madiha..tapi sampai ke la tak buat lagi...hihihi....suka msakan nogori jugak...:)
Salam Kak Izah..menarik skali resepi daging lompap tu..mesti lembut sangat kan?
@mala
agaknya sebab tu dapat word lompap tu kan. hehe
@Sheila Shafeareen
sedap kak shiela, mmg jatuh cinta dah dengan menu2 org negori ni. rasa dia pedas, wangi pastu ada tambah calery tu kan, lagi menyedapkan rasa
@Mas
tu la mas, ko kena belajor ni masakan negori . hehe.. aku guna daging lembut tapi bukan batang pinang la. kalau gi paso mintak nak daging lembut. masak dia tak la lama n sampai giveup ngapa la daging tak empuk2. hahaha... sedang2 je sesambil membasuh pinggan sebakul tu ha, nanti empuk la daging tu. sedap mas, pedasss..wangi tumis, manis daging dan calery tu.. manis masam pedas.. fuh.. mmg best
@~K Ham~
heheh tak sampai hati kak ham nak kata boleh blah... tapi boleh ambik resepi jela. daging nya dah habis pun kak. saya buat 300gm je. tapi sedaaaap sangat lah kak
@AbbotCottage
abooott cer ko kabor kat aku, ko nak gi noreh ke ko nak mentakedarah ni. hahaha.. aku rasa kalau bawak bekal ni, bukan ko noreh tapi ko duk krup krap sampai kembung perut sambil menikmati gigitan nyamuk kat kebun. hahah.. sabor jela
@Wanieyra
tu la.. berkongsi masakan tradisi ng sembilan ni.
@nOOrsha
tuuu marah dah org negori bila ko nak buat dengan ayam. hahaha.. tapi aku rasa kalau buat dengan ayam memang tak ngam sha...kesedapan lauk ni pada kombinasi manis daging dengan bebahan tumis tu. serius..bila air daging tu akan keluar dan sebati.. alamakkk best wok
@::Azura Rahman::
kak zuraa.. nanti kena hempuk ngan org negori karang kata daging lombab. haha.. saya tak guna daging batang pinan pun, tapi guna daging biasa yang kategori lembut. kiranya tak la lama sangat nak nunggu empuk tu
@chah
datin .. tu bukan makan namanya, tu buat taik gii je. apa barang tak makan lemak. lemak la sedap.. nasi lemak..gulai lemak..huhuhu gigill aii..
@tun_telani
umpa lompaa kot. hahaha.. oo tak makan ek. hubby pun tak makan ke tun. akak ni, suami suke daging, akak lebih prefer ayam tapi daging pun makan jugak. kira tekak serba boleh. kikiki
@Gee®
ala kak gee mana ada sampai 3 entry, 2 entry je la takat mampu. kalau idak 1 je, kalau tak tak de langsung. heheh.. kak gee gi godek sendiri kak. sekilo daging pun boleh habis ni
@Sally Rashid
sally, kalu ko buat ni ko termasuk menantu mithali la.. hahha.. sila la buat..baru tergamam mak mertua
@anymz
saya membayangkan akak la ketua pegang sudipnya.. hahaha.. adeh apo la noorsha. saya pun leh rasa mmg tak brapa menjadi buat ke ayam, sebab manis daging tu yang membuat sedapnya kan.
@Sue @ Nenie
bahan pun senang kan sue.. suke resepi gini. mmg ngam ngan tekak n selera kampung mcm saya ;)
@Tina Othman
kalau guna daging lembit tak de la lama sangat. kira sesedang boleh kita prepare lauk lain la. saya suke masak gini. masuk je semua dlm kuali, pastu sesambil nk tunggu masak boleh buat menda lain kan. hehe
@ummiaisyah
ala.. ko kalau dtg banyak kali pun tak pe, ate bukannya ada tol pun. hehehe... tula, menambah menu orang perok pulok.. ate gi la kome buat nun. sedap weh
@Zaliedana
oo ct pun dh buat ye, patut masa akak search tu mmg kelaur nama ct tapi tak de link. dia keluar link tah apa2 tah. terus akak lupa nak cari kat blog. sedapkan gabungan celery tu mmg menanmbah kesedapannya
@Wani
hmmm rasa nya masing2 ada keistimewaannya. pasti cara tradisi tu lebih mengekalkan keenakannyakan. tapi cara letak btg celery ni yang akak dah try ni pada akak la kan, sedaaappp sangat. agaknya kalau rasa cara masak tradisi bebetul tu tak tau la sedap banyak mana pulak.
@cik cek
terima kasih sekalilagi kak sudi share resepi daging yg sedap ni
@dZana
nasi daging saya pernah amik resepi kat rumah kak nor. sedap sangat..
@HomeKreation
ye la, masak daging ni kan take time jugak. pulak2 masak menu lama2 ni sedap gunakan api kecik dan masak dlm tempoh yg lama kan
@Cikgu Ma
rasanya kalau makan ngan nasi beriani tak brapa kena kot, sebab nasi beriani ni sedap gu dengan lauk rasa rempah2 kan. hehe.. tapi terpulang pada selera la, saya suke gandingkan dengan nasi putih. baru trasa lagi kesedapannya
@quinnie
lepas ni kalau dah sampai turn masak daging kan, kak Q kena la try buat masak lompap ni. mmg sedap
@rahel
masak dengan api sederhana dan lama, memang daging empuk dan sedaaap je manis
supreme new york
golden goose sneakers
kobe 11
golden goose sneakers
supreme clothing
moncler
pandora charms
kd 10
golden goose outlet
kenzo
Post a Comment