CSS

Wednesday, January 25, 2012

Nasi Lemak Tumis


Assalamualaikum..

"tak adil.. tak adil.." hati kecil ku berbisik.
Gugur sudah harapan setinggi apartment tingkat 17.
Kemana mahu ku bawa hati yang rawan.
Kalah kepada mokcik tu... oh tidaak.. hahaha
Tahniah mokcik. Memang rezeki ko Mas.
Pas ni buat kek kat aku ye.
Perkara di rujuk DI SINI.


Berbalik pada nasi ni kan, memang saya sukeeeeeeeeee sangat.
Sedaaaap. Terasa lemak n wangi nyer tu.
Patut la Hamka suke sangat, dan en Ajib suami puan Norshaa makan separuh periuk.
Nyaris jugak ai nak makan separuh periuk. Wahaha..
Nasib ku sedar bumi yang dipijak. Klaau idak..huhuhu
Saya buat idak le sampai 3 cawan. Guna sukatan pot yang diberi bila beli periuk nasi.
Kami sekeluarga biasanya tanak 2 1/2 pot nasi. Jadi air dan santannya boleh la disukat seperti air biasa masa memasak nasi. Tapi saya lebihkan sikit je airnya. Lebih kan setakat puas kan hati jee.heehe.
Terima kasih banyaaaaaaaak buat kak jun tuan punya resepi, dan kak Yatie yang mewar2 kan kesedapan nasi ni, dan tak lupa buat Hamka. Kak Yatie pun amik kat dapur Mamasya. Kendian pulak, Noorsha pun dah buat, tu yang abg Ajib makan separuh periuk tu. *eh tetibe ber abg abg pulak..keskeskes* 



NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun
sumber: Mamasya, kak Yatie dan Noorsha

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.



15 comments:

mala said...[Reply to comment]

eermm yummy!

Kak Sam said...[Reply to comment]

Assalamualaikum....
Izahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!
Ngko telah membuatkan kepala akak berpusing, tadi pagi dah set nak buat nasi hujan panas yang kak CT Delima tayang, sekarang ni macam nak tuko plan je. tidakkkkkkkk

AbbotCottage said...[Reply to comment]

kura-kura main tenis
tuju ligan ke pokok nyor
wanginya menusuk nasi lemak tumis
tujoploh pinggan aku makan walopon tak sior

ha jawap jawap!!

Unknown said...[Reply to comment]

tengkiu! udah sep masuk pinterest. akan kulaksanakan di suatu hari nan izzah.. eh, indah :D
-- eh, udah post ke koemn tadi? kompius jap..

Yatie said...[Reply to comment]

singgah sini nak tumpang makan nasi lemak tumis...nape tak wat kaler ijauuuuu....kata nak jemput Hamka makan sekali....tipu eehhhh...huhuhuhu..btw mmng sedapkan nasi lemak mcm ni...Hamka sampai takmo makan dngn lauk, nak makan gitewww jek..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...[Reply to comment]

Boleh la untuk makan tengahari ni.kak Ros masak porridge je hari ni..biarla dia orng makan.Kak Ros nak makan nasi lemak ni..

Gee® said...[Reply to comment]

Izah, lenkali masak la lebih, boleh k.gee tumpang semangkok...

Mamasya said...[Reply to comment]

Aslmkum Izah.tak puas jamu mata di Fb dtg jamu mata di blog pula...sedap nasi lemak nikan.tengok kwn2 buat rasa nak buat lagi...

anymz said...[Reply to comment]

salam izahhhhhh

ko jangan meroyan zah...mek yung tu gerenti tak buat kek selama 6 bulan nih..ko mintak je pan tu kat dia..alaaa bagi le ayat penerang hati ke,ayat pengasih ke..fuh kiri fuh kanan lembut le hati dia nak bagi pan tu nanti..wakaka..

Eh!rasa cam dah tergoda pulak dgn nasi lemak nih..
banyak nya menu ko kat bawah tu..lama nak teroka nih..babai dulu lah nak makan cekodok...

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
super yummy!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
tapi kan kak sam.. memang sangat sedap.. sedap sangat susah nak kabor.. makan nasi tu je pun dah cukup . rasa lemak2, lembut nasi tu.. wangi bahan2 tu. haii memang puas hati makan

izahdaut said...[Reply to comment]

@AbbotCottage
abot ko saja menguji pantun ku tau.. jap senget2 kepala aku memikior nak membeli pantun ko ni. tak dtg jugak idea. haishh.. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@mrs plain-june
hehe.. kenapa ni kak.. kompius ek.. sedap kak nasi ni. sila la dicuba untuk hidangan keluarga tercinta

Ricardozbcd said...[Reply to comment]

kura-kura main tenis tuju ligan ke pokok nyor wanginya menusuk nasi lemak tumis tujoploh pinggan aku makan walopon tak sior ha jawap jawap!!

yanmaneee said...[Reply to comment]

yeezy 350 v2
supreme clothing
kd shoes
golden goose
supreme
balenciaga shoes
kevin durant shoes
moncler jackets
moncler jackets
kd 12 shoes