Assalamualaikum..
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Terus aje dengan menu sarapan saya yang dah dua pagi berturut2 saya buat. Sangat sedap dan mendapat sambutan di rumah ni. Resepi ni diilhamkan oleh kak Hana dan dimaklumkan oleh kak Hana kare pan ni adalah menu popular orang Jepun. Katanya mcm karipap tapi bezanya doh pastrynya lembut mcm roti dan rangup digoreng disaluti breadcrumb. Terima kasih juga buat Anna Qawina bila Ana sebut pasal kare pan masa berym dengan dia. Terus je teringat breadcrums sebungkus beso yang tak habis2 tu. Pada saya kare pan ni memang sedap n tak puas makan. Habis seketul nak seketul lagi. Lebih sedap dari roti goreng salut breadcrumb tu rasanya.
Disebabkan si Bais tak makan inti pedas, jadi saya buat 2 versi. Satu diinti kan dengan inti manis dan satu lagi inti pedas keledek. Nanti saya sharekan inti manis yang pada saya sangat ngam dan sedap. Tetibe tekak saya rasa inti manis lebih sedap dari inti pedas pulak. Gambar di atas adalah inti manis, dan tak boleh nak disebut kare pan dah la kan. Pada saya tak salah untuk menyesuaikan inti mengikut selera anak2 dan selera family. Boleh aje diintikan dengan inti karipap biasa, inti sardin, inti kaya atau inti yang sesuai.
Maaf banyak2 jika kare pan versi saya ni sangat jauh beza resepinya dengan kare pan sebenar. Sebab pertama saya tak mengikut resepi yang diberi kak Hana, tapi saya rujuk resepi Burger Malaysia kak Yani yang tak jauh beza dengan resepi yang diberi kak Hana. Kedua saya dah gunakan inti keledek Ros dan inti versi manis dari resepi inti Mexico Bun. Terima kasih buat penyumbang resepi dan berkongsi ilham membuat kare pan yang sangat sedap dan tak pelik ianya makanan kegemaran di Jepun.
UNTUK DOH: IZAH GUNA RESEPI BURGER MALAYSIA
resepi: kak yani@myR
(izah dapat 14 biji)
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
untuk saduran : telur n breadcrumb
untuk saduran : telur n breadcrumb
Cara-cara
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
*izah ikut cara kak Nor, sapukan telur menggunakan berus pada roti. Boleh menjimatkan telur. 1 biji telur boleh gunakan untuk 3 adunan.
*izah ikut cara kak Nor, sapukan telur menggunakan berus pada roti. Boleh menjimatkan telur. 1 biji telur boleh gunakan untuk 3 adunan.
Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.
UNTUK INTI PEDAS: IZAH GUNA RESEPI INTI KELEDEK
resepi: Ros@jintanmanis
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam
Cara-caranya
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
UNTUK INTI MANIS: IZAH GUNA RESEPI INTI MEXICAN BUN
resepi: lilydvalley@myR
*izah buat separuh
Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar
caranya: Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
RESEPI ASAL KARE PAN DARI KAK HANA
sumber: hanamemories
Bahan-bahan
200g tepung gandum@tepung roti
16g butter
18g gula
4g yis kering
2g garam
90-110ml susu segar suam(resepi asal 150ml tp agak lembik)
Utk saduran - Telur dan breadcrumbs
Inti Kari
3-4 biji kentang - potong dadu
1/2 btg carrot - potong dadu
100g daging cincang - hana gune ayam
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan ikan bilis@udang kering - hana campur
2 sudu makan serbuk kari - bancuh jd pes
2 sudu makan tepung katakuriko - (resepi asal) - hana x ltk
hirisan daun sup
garam dan gula
Cara-cara
Utk membuat inti - blend bwg besar,bwg putih, ikan bilis dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bhn blend. Masukkan pes kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging. Kacau lagi. Masukkan pula kentang dan juga carrot serta air secukupnyer. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Last skali taburkan hirisan daun sup. Resepi asal ltk tepung supaya agak mudah nak masukkan ke dalam roti. Sejukkan.
Untuk membuat roti - Masukkan semua bahan ke dalam BM. Pilih setting dough. ONkan tunggu hingga siap. Jika menggunakan tangan uli semua bahan (gaul bhn kering dahulu). Masukkan campuran air@susu segar suam dan yis yang telah diaktifkan terlebih dahulu sedikit demi sedikit hingga tidak melekat di tangan, lembut dan elastik. Perap doh hingga naik dua kali ganda.
Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.