Assalamualaikum.
Nak masukkan jugak lah entry sarapan bebudak neh. Sesuai betul untuk budak budak sebab tak pedas dan rasanya pun sedap. Sebenarnya sangat jarang buat mihun kat rumah ni. Sebab tak pernah jadi kalau masak atau pun tak pernah menepati citarasa sang suami. Buat untuk anak anak pun boleh kira je. Tapi since diorang dah suka ni, kena ada stok mihun la pulak kat rumah. Cara memasak bihun ni pun ada kelainannya. Jom tengok cemana cara lainnya tu.
MIHUN GORENG PUTIH
sumber: fidadaud@MyR
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
*1 bungkus mi (400gm). Rendam dalam 20-30 minit & toskan
*4 ulas bawang putih
*1 sdk garam
1 inci halia
6 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
3/4 sdb garam
1 sdb serbuk lada sulah
50gm udang kering - kisar halus
300gm daging
200gm udang
200gm fishcake
1-1.25 liter air
carrot - potong halus/ kukur
sawi
daun sup & daun bawang - racik halus
taugeh
CARANYA:
- Untuk bahan bertanda *: Tumbuk bawang putih bersama garam. Kemudian, tumis sehingga naik bau/garing. Masukkan mi yang telah ditoskan. Goreng sehingga mi agak garing/ nampak kerinting. Ketepikan.
- Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan garam. Tumiskan sehingga naik bau/garing.
- Masukkan serbuk lada sulah dan udang kering.
- Masukkan pula daging, udang dan fishcake.
- Bila daging, udang & fishcake masak, tuangkan pula air.
- Bila air mendidih, masukkan mi yang telah digoreng tadi. Bolehlah dirasa tahap kemasinannya. Kalau kurang, tambahkan garam. Kalau suka, masukkan serbuk perisa juga.
- Kemudian, bolehlah masukkan sayur-sayuran.
- Taburkan dengan bawang goreng sebelum dihidang. Dan, sangat sedap bila dimakan dengan cili jeruk.
17 comments:
izan nampak pun sedap tuh
haa..makcik, cantik jer bihun kau tu....nampak pun sedappp...
pstt : mas ada cerita sikit, mas skrg goreng bihun guna kuali non stik...lagi cantik bihun tu tau makcik sebab kalau guna kuali biasa kekadang bihun tu melekat berkerak kt kuali kan....ehh..membebel lak..he..he..
sedap jugakk yer buat mee hun putih mcm nie....kalau ader lada hitam azue x bleh makan...tp nak try ler mee hun nie...
izah hantar la semangkuk... lapar nie...
izah..terima kasih..lama dah akak tunggu resepi beehoon goreng putih ni..
nanti nak cuba buat jugak..
alaaaaaa nih yg aku lomah gemalai neh! gue tak brape pandei goreng mihun! ancusss aku kerjakan! hahaha..... cam tak cayer jerk aku tak pandai kan? siyes weihhhhh hahahaha
Salam kak izah,
Mihun goreng camni memang kegemaran. ada udang kering, tumbuk lada hitam ke..fishcake. tabur telur dadar gulung camtu.. pergh! tak pedas pun takpe. janji bihun yang ada lada sulah/lada hitam. Ala-ala bihun singapore. :D
rajinnya izah. kena goreng dulu mee hoon tu ya. mesti sedap nih boleh cuba nnti!
mmmmm.....meleleh ayaq liuq mr.mama...
nak wat gakle...budak2 & mak budak suka le ni
izah..kenapa tak menetapi citarasa suami dan tak pernah jadi tu? setakat ni cikmin tak fail lagi masak bihun tu..alhamdulillah tak putus dan hancur pun...
bihun tu cikmin rendam dengan air sejuk paip tu je..beberapa jam sebelum nak goreng..kadang tak sampai sejam..bihun pulak suka guna yang cap masjid..
lina..
nampak sedap, rasa pun sedap..ehe
mas..
betul..betul.. kalau guna kuali biasa tu almat berkerak la bihun kan.hahhaa.. satu lagikan, semalam aku tengok AFC..fungsi taugeh dlm bihun tu adalah untuk bagi bihun tu tak melekat antara satu sama lain.letak segenggam masa menggoreng.pastu last2 nak angkat tu baru letak lagi yang fresh untuk krup krap...den tak tahu weh.sebab tak biasa menggoreng menda alah ni.tapi aku tau makcik terror masak menda camni sebab anak tokey kan..kan..hehe
azueriena...
tak letak lada hitam pun..sedap..simple je..ni pun buat bahan2 apa yang ada dlm peti ais je ni..yang tak ada tu kita skip je la..budak2 suka
qira ddapur..
hahahaa... semnagkuk rm2..kiki
kak erna..
try la kak erna..simple dan sesuatu cara yang baru tu.sebab goreng dulu bihun tu.tapi memang ada kelainannya
salam izah,
mee hoon goreng putih izah tu nampak beselera betul lah!!..cantik pulak dengan hiasan telur dadarnya tu..kalau k ayu datang rumah mesti tak cukup mee ni izah..heheh..
kak hana..
kita serupaaa... sebenarnya kankalau aku buat bihun..kalau tak keras..mesti lembik atau kering atau terasa sangat bihun tak masak atau sangat melekat..ahh apa la lagi word untuk describe ye..hahaha...tapi aku try try tengok org masak bihun ni..belasah je..tapi bagi aku yg ni sedap.sebab tu masuk post.kalau tak sedap, aku diam2 je.hehe..
indahouse..
oo yeke nur.akak tak nah lagi trybihun singapore..tu la.. alkisahnya akak sendiri tak berapa nak gemar makan bihun.tapi sejak bebudak suka makan ni, teringin pulak nak memandai mandai masak mihun ni...dah masak sendiri ni rasa sedap pulak bihun ni.hehe
kak rose..
tula..lain sikit kekdahnya kan.bila goreng dulu..memang sedap la..bihun tu lebih wangi n terasa.cuba la kak
mr mama
hahaha...try dulu..nanti suh wife mr mama buat...
anna qawinna..
sila sila..musti terasa kelainannya...bila bihun tu digoreng dulu...
cikmin..
oooooo ada jugak faktor memilih bihun ye..hahaha saya memang tak tau sangat la cikmin..
tula my hubby dia suka lembab2 sikit mihun tu, ala ala bihun goreng mamak..tapi kalau buat tak pernah jadi..kadang2 mcm tak berapa masak la..hancur sangat lah..lembik sangat lah.hahaa..nanti nak try jugak la mcm cikmin cakap tu..
kak ayu..
ooo kak ayu penggemar bihun yeee...bagi saya bihun ni sedap dan ada rasa kelainan bila bihun tu dogoreng dulu...nak tau cemana rasanya boleh la try kak ayu ye..hehe
i selalu jgk masak bihun putih tapi tak masuk halia. Rasa nak cuba resepi berhalia pulak...
tu la..boleh cuba...sya pun jarang2 jugak goreng bihun letak halia.tapi kalau buat mee kuning tu mmg sedap letak halia
Post a Comment