CSS

Monday, December 6, 2010

Citrus Yoghurt Muffin


Assalamualaikum..

Muffin dibuat untuk minum petang semalam. Sesuai dengan namanya, macam ni ler rasa citrus ye.. Walla... wangi.. ngunyah tu terbawa bawa rasanya kat idung. Camno tu. Muffin kalau  dicampur yogurt hmmm memang sesangat gebu. Sangat tak sangka kegebuannya selepas dimasak. Muffin macam ni la yang saya sangat sangat harapkan dan sangat menepati bila dapat hasilnya. Tak perlu kuar mixer bagai. Kacau ngan sudu je.



Resepi amik kat buku 500 Cupcakes & Muffins by  Fergall Connolly. Udah lama beli buku ni, zaman anak daro lagi.. sekarang baru terhegeh2 nak cube resepinya. Kat dalam buku ni macam2 tips ada tentang muffin dan cc. Sesapa berkenan boleh la cari buku ni.



CITRUS YOGHURT MUFFIN
Source: Izah Muffin from 500 cc&muffins book

*The acidity of the yogurt, balanced with the subtle sweetness of the citrus oils, makes these muffins utterly mouth-watering.

Bahan:
200 g tepung gandum
175gm gula kastor * saya guna 140gm
1 sudu besar parutan lemon
1 sudu besar parutan orange
1 sudu besar parutan limau nipis
1 sudu besar baking powder
secubit garam 
225 ml fat-free plain yogurt
115ml sun flower oil * saya guna 100ml
1 biji telur dikocok sedikit

Caranya:

1. Panaskan oven ke 200 C.
2. Di dalam mangkuk yang besar, satukan tepung, baking powder, gula, garam, parutan lemon, orange dan limau nipis. Gaulkan sebati.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan yogurt, minyak dan telur hingga sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung.
4. Sudukan adunan muffin ke dalam muffin tin dan bakar selama 20 minit.

* Ini adalah basic citrus yogurt muffin. Untuk variasikannya boleh dicampurkan 90gm dried bluberries or 3 tablespoons poppy seeds.

Simpan muffin di dalam container kedap udara. Boleh tahan hingga 3 hari atau freeze hingga 3 bulan.

20 comments:

desperate mama said...[Reply to comment]

sedap... sedap... mesti baunya wangiiii!!!!!!!!!!!

hana said...[Reply to comment]

fuiyooooooooooo... 500 tuhhhhh!! biler ko nak khatam?? kekekeke.. abih la... makin bermaharajalela lemak2 wat meeting meja bulat! kekekeke

CERITAKUASN said...[Reply to comment]

waaaaa nampak menyelerakan

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Izah ngan muffin x bleh dipisahkan.. trujanya tgk 500Cupcakes & Muffin nyum2 ppsstt tang x pakai mixer yang suker ni.. he eh eh.. semgt Zah..tringin nak tgk aper lagi resepi dlm tu ZAh.. cepat Zah cuber...

anymz said...[Reply to comment]

zah,tak payah guna kertas bagai ya zah?terus letak lam acuan jek?
okay2..bagus2..akak suka.ni masuk list..manis tak rasanya?
kalo muffin,akak suka manis sikit.

fara dean said...[Reply to comment]

izah..hihi..
sy pun ada koleksi buku2 500..
mmg susah nak katam..klau ada 4 buku..tak ke bertaun2 nak buat..
sy bnyk buat kek guna buku ni..
mmg baguss..simple je..
emm..nak 2 bijon!

izahdaut said...[Reply to comment]

desperate mama..
fidza..memang bau nyer wangi.masa ngunyah tu lagi la sedap sebab parutan tu semua ada dlm satu mulut.fuhh

kak hana..
kahkahkah.. bila khatam je buku neh, aku pun sama khotammm..wassalam.. kikiki.. last2 kak hana, ko jumpa aku masuk dlm tv big losser asia..kahkahkah..

ceritakuasn..
ana.. memang selera ana.hehe..sapa suke kuih2 bau bau oren.hmm memang kena cuba.

halamanku..
erma..boleh cuba ma..tapi itu lah bagai dikata..karang cuba, yang risiko nya makkk nyahh..hahaa.. akibat makkk jugak kena tanggung..lemak niha asikk nak beranak je..camno tu.ma..kena cari buku ni.tak tido malam nengokkan resepinya.

kak anim..
kalau kak anim suka manis boleh guna sukatan asal tu.tapi agak manis kot.saya kurangkan tu pun pada saya dah manis.boleh la tambah 20 gm lagi kot.

ala kak nim,saja la nak kasi muffin ku bervogell pulak kali ni.baru seksi...ekekee..nak pakai baju pun no halll..sopan sikit

fara dean..
hahahaa.. memang memang..kot kalau 4 buku, kita dulu yang khatam nye..suka kan tengok resepi dia.kadang2 satu basic resepi dia pelbagaikan lagi..siokk

Love2cook Malaysia said...[Reply to comment]

WOW WOW, looks delicious ya! Thanks for sharing, bookmarked! :D

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Cantiknya muffin tu...akak suka muffin yg membonjol atasnya...klau dah pakar muffin, mesti cantik dan menjadi punya kan...kan..kan...bak seketoi...alaaa seketoi je, tak bnyk pon....leh tak...(susahnya nak jwb..tak bagilah tuuu...okek..)

Antan Bertingkah said...[Reply to comment]

Bestnya tengok Izah buat muffin, akak ni buat macam tak betul jer rasa kat tekak ni...

indahhouse said...[Reply to comment]

Salam kak Izah,
Apa khabar? Hasil muffin ni bagus ya kak? Senang tuh pakai sudu jer. saya pun suka.. :))

Azian Nd said...[Reply to comment]

Salam Maal Hijrah.
Zah, yg tak boleh dipisahkan dgn mu....muffin.....hehehe jgn mare!

Nely's Kitchen said...[Reply to comment]

salam maal hijrah izah..
x pena lg buat muffin citrus..lih cuba gk nnt..

K.Nor said...[Reply to comment]

ooo ni projek ptg smlm ya.. mmg antu mapin dgn 500 jenis mapin tuh :)

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Salam Izah.. Datang bawak Muffin Coklat Yani nak tukar dgn Citrus Yoghurt Muffin boleh???

Ribbon and Circus said...[Reply to comment]

hi izah,saya takde limau je, klu tak petang ni gak dah buat hehe.. yogurt byk lagi lam petiais, tatau nak wat pe..tgk resepi ni cam ok, leh buat, tp limau plk abis hehe.. mesti wangi bau citrus satu rumah nih..

adad said...[Reply to comment]

sepoloooo ketollll.. delivery k..

izahdaut said...[Reply to comment]

love..
silakan... boleh try.my kids suka sangat muffin mcm ni

kak yatie..
ee kak yatie ni slalu lawak je tau.. dah bagi dah tu kan..kenyang tuu..hehe

kak antan..
hehhee..boleh try kak, yang ni ok kat tekak kot..hehe

nurindah..
tu la..yang godeh ngan sudu ni je mudahkan.tak yah kuar mixer bagai.

kak azian..
hehee..senang kak muffin ni..tu yang tak boleh dipisahkan tu

lyza..
salam maal hijrah..tu la saya pun 1st time try nak rasa citrus ni..memang sedap rasanya

kak nor..
muekekee... hantu mapin datang..

naz..
wahh saya suka muffin coklat kak yani tuh..tapi citrus ni pun best kak..meh tuko meh

ribbon clown..
ha ah..satu rumah berbau..kalau tak de limau tak citrus pulak kan..tapi untuk rasa yang lain boleh guna basic adunan tu dan pelbagaikan dengan buah2 kering yang lain..leh cubaa

jiya..
pok vontot kambeennn..hehehe..10 ketoi nak bagi kamben ke jiya..huhu

lina said...[Reply to comment]

wah izan - boleh cuba ni sedap sgt nampak nyer tu ada lemon dan orange lagi tu...pasti sedap

SEO Jakarta said...[Reply to comment]

jadi sering dan suka minum yoghurt nicch... karena sudah tau Manfaat Yoghurt, Yoghurt memang banyak khasiat dan manfaatnya ya :)