CSS

Wednesday, December 8, 2010

Fluffy Chocolate Banana Muffin


Assalamualaikum...

Jom makan mapin lagi. Buat untuk minum fetang fetang sambil kena angin santai santai siok... Sangt teruja tengok mapin dari Ros Onigiri ni. Tu yang try tu.

Hari ni tuan tanah ada projek busy membusy..jadinya.. BW akan dibuat sesudah burung pulang kesarang..ngee..  Klau ada time saya jenjalan ye. Ok..mekasih Ros untuk mapin fluffy ni...




Fluffy Chocolate Banana Muffin

Bahan-bahanya

200gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
80gram mentega
80gram gula
50ml susu segar
70gram pisang yang dilecek+secubit garam*saya letak 100gm
40gram serbuk koko
2 biji telur 
beberapa titik esen vanila


*sedikit badam cincang sebagai topping*
* papercup secukupnye*


Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .
2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula pisang, esen vanila, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.
3. Sudukan adunan di dalam acuan muffin , pastikan adunan di isi 3/4 acuan untuk mendapatkan muffin yang naik mengunung, akhir sekali taburkan dengan badam cincang, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit ke 22 minit, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

nota izah mapin: Bagi yang suka manis, kena tambah gula lagi. Sukakan rasa pisang yang kuat, kena tambah sikit lagi pisang. Ampoonn ros.memandai pulak..hehe


11 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...[Reply to comment]

Izah, Love dah fening tengok muffins tuh...coz too hungry right now! Wish to grab few! :D

mummyseri said...[Reply to comment]

Salam izah, dtg pepagi ni nk tapau nasi grg daging n bak mapin cokelat 4 biji ;)..canteklah merekahnya tu..

fara dean said...[Reply to comment]

izah..
nak 2 bijon ye..

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Tak tahan aku tgh merekah2 tu..
memauffin le kita pagi ni yer hehehe..

psstt...aku dah pos mende tu pagi tadi..minggu depan la kot sampai:)

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

manyak shedap itu mupin!!! sini la sikit...org kt sini malas nk memapin nih... asyk dok sangap je dari tadi,huah...

Fiza Amran said...[Reply to comment]

adeiiiii.. rajin nay dia memaffin .. kita buat x jadik2 lagik.. uhukssss... dh siap nanti kita bagi yer..

hani said...[Reply to comment]

adehh dehhh dehhh...baling mai 2 3 letui

DG said...[Reply to comment]

Your muffin nicely baked with dome. Senang deh liatnya.

Rima said...[Reply to comment]

Salam maal hijrah Izah... tengok orang membaking kita macam nak bake pulak

The Cooking Photographer said...[Reply to comment]

Most perfect looking muffins ever!

izahdaut said...[Reply to comment]

kepada semua..maaf lewat reply all the comments.. tuan tanah agak busy.hehe

love..
hahha...ada lagi muffin ni..nah amik 2 ketul buat love kunyah

mummyseri..
kan cantik kan..tula..letak banyak2 baru cantik merekah nya..tapi jangan jadi volcano sudahhh..hehe

fara dean.
wehh berbijon bijon pun wokehh

TTM..
thank u kak.. haah mereka tu yang mahal bagi sebijik mapin..huahaha

mimiey..
fuhh masih demam konvo kah anda..huhh

fiza amran.
looo...jagn putus asa..boleh cuba lagi dan lagi..biasa la kerja kerja memasak ni kena buat banyak lagi pastu nanti insyaAllah...menjadiii je

hani..
hah tadah ngan besen cepat nak baling nih..hehe

DG..
Thank u.. kadang2 menjadi cantik, kadang2 bisa pengsan juga meliatnya bantat..hehe

rima..
salm maal hijrah juga buat akak.. sabar kak..tak lama lagi boleh la buang gian membaking..hehe

the cooking photograper..
thank you for visiting my blog..