Assalamualaikum..
Menu dinner malam tadi. Asyik menu repeat je. Dah memang sodap goreng macam ni. Rasa macam makan ayam goreng pun ada. Maniss sodap..agaknya sapa tak suka cendawan pun boleh makan bila masak mcm ni.
Resepi dah ada kat sini. Tak pe aa tepek skali lagi. Kali ni ikut cam kak Hana kalau buat goreng tepung, just shake tepung nak salut tu dalam plastik yang ada kelim mcm Nigella AFC tu. Tapi saya tak de plastik cam tu. Kalau tak de, caranya, letakkan campuran tepung ke dalam tipuware yang besar. Celup cendawan dalam telur, letakkan semua cendawan tadi dalam tipuware tersebut dan shake. Hasilnya...lagi mantoppp..
CENDAWAN GORENG TEPUNG
sumber: Izah Muffin
250 gm cendawan tiram
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan rempah kari
2 sudu kecil garam
1 @ 2 biji telur
Caranya:
Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
Satukan kesemua tepung, rempah kari dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.
Tula..ulang lagi buat ayam ni. Sebab hubby tak rasa lagi. So buatkan khas untuk yang terchinta. Uhuk uhuk..batuk skiit. Resepi HERE.
5 comments:
uweekkk...hahaha..
aku sumpah ko jadi apam..erkk..silap..sumpah ko buat apam hari2 Izah...nanti leh tukar jadi Izah Apam Lover...kihkih...
salam.
bagi kita semangkok..buat brunch ye..
makcik..mas suka sangat cendahwan goreng ni....sedappnya...
nak sepinggan....
amboi....bakar ayam lagi, kan mas dah ckp, ari tu kau yg mkn banyak ayam tu....tak ngaku lagi..he..he...
yang terbatuk2 tu sape....
fried masrom pleaseeeee!!! * sambil hentak meja... ekeke *... cepat, dah lapo ni... hehe
I love anything in fried, fried cendawan ini pasti crispy dan gurih ya.
Post a Comment