CSS

Tuesday, September 27, 2011

Apam Mentega Gula Hangus


Assalamualaikum..

Breakfast apa pagi ni? Cer try buat apam ni.. sedap weh.. halus gebuuuu je. Memang pueh hati sungguh ler kalau buat apam gini. I likeee banyak banyak.. Eh ada ker yang tertunggu2 entry kek tapi keluor entry apam lak ek. Yang kek tu tunggu2 dulu ler yer.. Sebab nak edit gambo tu yang malas. Kalau apam ni dah lama dah edit gambor nyer.

Resepi saya nampak kat kongsi resepi dan jejak resepi sehingga sampai ke blog TEMPAT FIZA SIMPAN RESEPI. Terima kasih kak Fiza atau Fiza sahaja, maaf tak berapa sempat sangat nk berkenalan, nak tanya umur. Kot la tuan blog menjengah ke sini, leh la buat correction. Apa pun tq sangat kerana sudi berkongsi resepi yg diambil dari Puteri Tega di FB. Tq..



APAM MENTEGA GULA HANGUS
sumber: Fiza 


Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
      1/2 cawan air
      125 gm mentega

(B) 1/2 cawan gula pasir
      2 biji telur
      *1 1/2 cawan tepung gandum
      *1/2 sdt soda bikarbonat
         (*diayak bersama)
        200 ml susu cair
        1/2 sdt esen vanilla

Cara-cara:
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.

- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.

- Panaskan pengukus dan acuan kuih. (Saya gunakan acuan apam puteri ayu dan acuan apam biasa). Tuangkan adunan ke dalam acuan. Kalau nak tuang penuhkan acuan pun tidak mengapa, kerana bila ia masak, ia tak kan melimpah. Cuma gebu jer....

- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, dan keluarkan...



27 comments:

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

Assalamualaikum... kuih apam mentega ni x pernah buat lg, tp pernah mkn, dan oder saja,, mmg sdp rasa dan baunya harum kak Izah...ada juga teringgin nak cuba...cantik npk naik gebus...

izahdaut said...[Reply to comment]

kak shiela..
a ah..memang cantik n gebu haluss je. naik tak tinggi mana kak, memang harumm wangi gitu. dia halus moist bukan jenis berongga. more tu kek texture

Nazrah said...[Reply to comment]

Salam Izah... pernah sekali buat dulu..memang sedap time makan panas2..kiv resepi yer..nanti senang kita buat...

Anonymous said...[Reply to comment]

nampak menarik!
harus terai nih

salam kenal dari MDT :)

umi's cup cake said...[Reply to comment]

Salam kak izah, umi tak pernah buat dan makan pun..mesti sedap kan? nak pergi umah kak izah boleh?ada lagi ke?

mizwa said...[Reply to comment]

salam izah...
kOi dok simpan lg resepi ni ritu nmpk kat umah sofea after 6am...kOi bab mengukus nie mmg slow sikit ler malas hehehe

Rabiatun Adawyah said...[Reply to comment]

assalamualaikum...nampak gebus jer..mesti sodap nih wat bekpes..

Gee® said...[Reply to comment]

ye la izah, apa kata izah buat banyak2 dan pos ke k.gee semangkuk... nak rasa

RYOVZHVR said...[Reply to comment]

@Gee®
sambil2 ko nak g pos opis hantar untuk Kak Gee,ko hantar skali untuk aku tau

rahel said...[Reply to comment]

Izah,comel2 apam mentega tu...sedap..Rahel blm buat lagi ni..len kali nak juga menerai..

HaSue said...[Reply to comment]

aku imejin jewr berderet2 resepi open house ko pasnih..x sabo aku nk nengok nih..jom2 kembalikan semangat blogging!!
comel jek apam2 tu..aku nak setengah bijik je..insap katekan

Amie said...[Reply to comment]

jumpa AMGH di sini pulak.... ini kuih kegemaran Kak Amie, dulu selalu tempah dengan pengasuh anak... tak pernah buat sendiri, sedapnya tak terkata... makan pun dah tak terkira berapa biji sebab kejadian apam ni kecil comel montel....lemak manis

Yatie said...[Reply to comment]

wallaaaahhhhh akak bab kuih kukus2 ni cukup suka sangat..baru berangan nak buat guna resepi kak sofea tu..mcm lebih kurang sama jekan..nnti akak cuba ya..tq adik manis..uwaaa beraya sakan eehhhh, bila nak jumpa orng johor pulak ni...ngeeee...

Ummi said...[Reply to comment]

Weeee...mengapam pulak la Izah eh...akak ni mmg suka makan apam...tp nak buat agak malas, sbb akak yg kena byk makan...xpun kasi anak buah la makan... :)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nazrah
hari tu saya pernah guna respei kak sofea tu. sekarang cube resepi ni pulak. rata2 apam mentega ni mmg sangat sedapp.. tak rugi mencube nyer

izahdaut said...[Reply to comment]

@makdara TERdiva
tq sudi menjenguk blog saya.. salam kenal jugak... cube la. simple je

izahdaut said...[Reply to comment]

@umi's cup cake
skali buat je umi kalau apam gini. hehe.. biasanya akak buat petang, pagi budak2 ni buat breakfast. rasa apam ni gebu halus lembut wangi. mmg best

HaSue said...[Reply to comment]

zah..ko kalo buat apam tu ko buat lebih sikit ye..anta kat aku seketul..xmo byk,,takut gemuk..iee..takut!!hahaha..
tp siyes mmg nmpk sedap kuih apam tuh!

izahdaut said...[Reply to comment]

@mizwa
koi suke juge resepi kak sofea tu. resepi hak ni pun sedap. beza dia maybe hak ni halus gebuu gitu. halus la sikit

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rabiatun Adawyah
waalaikumussalam warahmatullah..
memang sedapkak. bebudak ni suke la sangat kuih gini. manis dia pun just nice..tapi saya kurangkan sukatan gula masa membancuh tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
kak gee.. buat banyak2, saya tunggu tepi lif, kak gee datang tau amik.. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ryo Azhar Rahza
kuasa aku.. ko kena pos gak kek cheese cam tiramisu tu. by hook or by crok. nak jugak

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
kalau ada budak2..diorg memang gemar apam gini. buat pulak dlm acuan comel2...senang diorg nak makan kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
betul kak amie.. apam ni kalau buat comel2 tak sedar makan bnyakkk... mmg harum wangi gebuuu jee

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Kak Izah..wah berjanji ya kita hari ni ..duk main tayang2 apam plak...

Wowwww...Apam ni nampak lembab2 gebusss gitu..Mesti sedap ni....Ada masa nanti boleh cuba lagi ni...

Mas said...[Reply to comment]

ijahh..aku suka apam gini..
nak buat gak la...
lama dah tak mengapam..he3

Sofea said...[Reply to comment]

izah..kalau ikut resepi asal apam mentega ni mmg resepi akak, cuba tgk kat blog akak!