Assalamualaikum..
Entry pagi tadi lupa nak bagitau, bagi yg belum tau, teman kita kak Anymz dari blog My Kitchen admitted kat hospital KPJ Seremban. Semoga kak Anim cepat sembuh dan semuanya dipermudahkan. Dan juga alfatihah buat pak sedara saya yang meninggal semalam di Shah Alam dan dikebumikan di Raub Pahang.
Kek ni resepinya dah berlegar ke banyak blog dah pun. Tapi bila saya buat masa gader2 baru ni, ada la teman teman yang request resepi nyer. Bukan aje yg merasa masa gader2, tapi sedara mara dan adikberadik saya pun duk tanya macamana nak buat sebab kek ni saya buat untuk juadah raya baru ni. Tak silap kek ni pun dah 6-7 kali saya buat sepanjang bulan syawal ni. Masa raya baru ni, sepupu saya siap panggil mengadap nak tau apa ke bahan untuk kek sedap ni. Terima kasih buat Ros Onigiri sebab berkongsi rahsia kesedapan simple kek ni. Buat yg tak de crim cheese dan susah nak dapat crim cheese, tapi nak sangat makan dan merasa kek lemak2 cheese, kek ini sangat la di rekemen kan. Sangat sedap.
Kek ni boleh dipelbagaikan. Boleh dibuat perasa asli, atau perasa pandan, strawbery atau letakkan filing blueberry dan sebagainya. Manisnya pulak sedang2 aje. Sebab tu kek ni sedap bila digandingkan dengan filling. Saya gandingkan dengan blebrry filing, ikut pakar kek kita di blog sue hasue. Dia ni rata2 dah tau kepandaiannya dlm membuat kek. TQ Ros dan Sue berkongsi idea yang bernas. Biasanya kalau saya ada stok telur gred A, saya akan guna resepi sue. Kalau tidak, saya akan guna resepi Ros ni aje. Rasanya lebih kurang sama je gebu, moist dan lemak yang sangaaaaatt sedap. Telur memainkan peranan penting untuk menggebukan kek, sebab tak de bahan penaik yg lain ok.
Sebenarnya kek ni tak banyak sangat lubang2 tu, dia nampak agak cantik halus sikit. Tapi kengkadang tu ada jelah yang tersilap sikit tu. Tapi jangan risau, kek ni mudah je nak buat dan insyaAllah menjadi.
SLICE CHEESE CAKE
4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
Atau resepi dari Hasue
LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE
Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya
Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling *yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
NOTA IZAH: Oven saya sangat sesuai dengan suhu yang diberi dalam resepi Ros @jintanmanis.