CSS

Thursday, May 26, 2011

Muffin Yogurt... Terbaikkkk


Assalamualaikum..

Pepagi dah nyembang ngan akak secubit garam tu. Tak like tau, dia tengah excited tu. Bercerita tak hengat. sampai kite kat Ampang ni kembang kempis hidung menahan ke excited tan isu isu yang diperbincangkan itu. Huhh.. Jaga kak Nor!!! Saya pun nak serang jugak nanti. Masa tu Kak Nor, duk diam-diam mendobi sudah tau. Tapi bila la tu ye.... huhu..

Ok berbalik pada muffin ni, i likeeee jenis mapin mapin yang macam ni. So bila dah suke, maka ianya yang terbaikkkk. Sedapp.. lembut.. gebu.. wangi...kire pakej yang sempurna untuk digelar muffin yang sedap. Hehehe. tapi yang suke jenis muffin macam ni la. Sebab selera orang ni macam-macam. Ada suke muffin yang mcm sponge sikit, ada suke mapin yang moist dan padat, ada yang suke mapin yang gebu dan moist2 sikit kan. Tapi saya suke muffin yang mcm ni. Anak2 pun suke. Terbaik makan suam suam gitu. Atas mapin tu pun rangup2 tu, memang best.

Pada saya muffin ni, elok je dipelbagaikan, manis dia sedang je, buat kosong aje pun sedap. Elok juga dibuat filling coklat atau strawberi atau bluebery. Atau juga nak campurkan adunan sekali dengan coklat chip, coklat rice atau kismis. Ikut selera masing2 la ye. Nak guna yogurt berperisa pun sedaaaap. Saya tambahkan oren sunquick bagi masam2 wangi gitu. Eh sedap nyaaa..


MUFFIN YOGURT
terjemahan: izahdaut

menghasilkan 10 biji muffin

120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry


Caranya:

1. Panaskan oven ke 180 C.

2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat  nanti muffin keras.

5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4  penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.


Budak ni memang lawak. 
Tu tapak muffin yang garing. 


Tak makan pun.
Tu pipi belah kiri bengkak sakit gigi.
Boleh makan bubur je.


48 comments:

Nazrah said...[Reply to comment]

Terbaikkkkk punya.. i like

mummyseri said...[Reply to comment]

Izah, nampak je kulit n isi dalam pon dh tau ..
mmg best n terbaik..
harus dicuba nnt..

ijayuji said...[Reply to comment]

perkataan terbaeeekkkk tu yg sakit bijik mata nak tengok! ahahaha.... kita pun suke muffin jenis mcm ni ala2 cc gituuu kalau muffin yg biasa2 tu boleh mkn jer lah tak sampai sukeeeeeeeeee sgt2! wakakakaa... kalau mcm ni leh lah hulur kat ai 4 cup tu ya :D

Umm Mymoonah said...[Reply to comment]

Soft and fluffy looking muffins

K.Nor said...[Reply to comment]

hamboiiiiiiiiii sempat lg ngutuk akak ya... psst!! masa borong tu jgn lupakan akak ya.. borong sekali tau.. :)

hani said...[Reply to comment]

mlm tadi teringat kat izah "dah lama tak nampak muffin kat blog izah" hehehhehee...pg2 dah nampak mapin...

geez said...[Reply to comment]

Alalalala......sodap ye makan muffin ummi buat? Pos ke cni 2 ketul!

Anonymous said...[Reply to comment]

huh meleleh nengok..shedapnyer...pagi2 anak dh breakfest yang sangat menyelerakan hihihi

Bee said...[Reply to comment]

hmmmm..bila nampak terbaikkk tu mula la nak godek sama...mencik tau!!!!

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

aku ada lagi yogurt dlm fridge tuu..
Haruskah resepi ni penamat hayat beliau??

Sakit gigi ke pipi bengkak tu?

Ummi said...[Reply to comment]

Waaaaaaaaaaa...mcm best jek ni Izah...kijaam tau tayang2 kat akak ni..terus lapor thgri buta ni ha...

Mas said...[Reply to comment]

ala ciannya bais...
bengkak pipi bais tu...
tak bawa ke klinik ke ijah....

wehhhh...kau ngan mek sue memapin lak...
tak aci...tak aci...tak aci...

sambil tangan mengambil sebiji mapin kau...
tadi dah mencilok mapin sue...kikiki

Lieza said...[Reply to comment]

izahhhhhh....akak ni dah naik pitam nih...tgk menu2 izah..yg bolat yg gebu...yg kalerpul....adehhhhh...

HaSue said...[Reply to comment]

mas tu x abis2 amik mapin n cc org..gi wat sendirik mas..muehehe..

yess..aku dari 2 komen td duk merefresh blog ko..pantang duduk dpn lappy sbb nak tgk gambo..hihi..
last2 nampak jugak gambo budak2 comel n mapin comel ko tuh..

siannya bengkak lak..ko x bwk gi klinik ke?kot2 perlu antibiotik ke..
model mkn mapin tu mmg x boleh blah..hahaha..kiut!

gebus jek mapin ko nih..meh tuko ngan cc aku

anymz said...[Reply to comment]

izah,ko nak serang ke mana tu?..nak ikut?..nak ikut...hahaha
eh!tak habis2 lagi ke yogurt kat umah ko tu zah?..meh sini sikit.akak nak buat apam pulak.

ala zah,kalau maleh nak beli peanut butter tu,.boleh jugak guna filling coklat tu kot.bukan nak pakai banyak pun.

dZana said...[Reply to comment]

suke klau masak ank2 berebut2 mkn.. puas rasanya w/pun penat kan.. gebu jer mufin yougrt ni..cuti2 nnti boleh akk try..

Anawahid said...[Reply to comment]

sian muka dak kecik yg x bole mkn tu izahhhh... sian diaa... terbaekkkkkkkkk!!!...

Yatie said...[Reply to comment]

tu dia tokey muffin....kalau buat muffin mmng terbaekkkkk punyerrrr....nak seketoi, leh kan.....alaaaa bukannya mintak banyak pun, takkan tak leh....hehehehe...

Mas Sani said...[Reply to comment]

sedapnya muffin itu... nak satu :)

Mintak izin copy resepi ye :)

Ayu said...[Reply to comment]

Asalam izah,
memang nampak sedap muffin yogurt ni..lembut aje akak tengok ..ada filling lagi mesti best keboom ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

Nazrah Bakery..
hehehe..tq..

izahdaut said...[Reply to comment]

@mummyseri
seri leh try untuk anak2.. diorg ni mmg penggemar muffin cam ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
4 cup...mek gi jogging 10 round baru leh bagi .. eh klu nk cmpare ngn cc pun lain sikit jugak texture dia ni. cc tu berderai sikit kan. tpi yg ni mcm sponge pinggan. sponge pinggan? haha.. sponge bob square pan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Umm Mymoonah
tq.. i like this kind of muffin. the texture is so soft

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
akak insyaAllah..dengan semangat berkobar2 ni, nak jugak redah. hehe.. nanti saya call.. ececceehhh

izahdaut said...[Reply to comment]

@hani
eh eh mcm ada instinct kan? i likee.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@geez
2 ketul tak cukup tu.. nah tambah seketul lagi. makan kekenyangan tuuu

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
mau tak selera kan. tengok filing coklat tu pun kite yang tengah diet pun, cam biasa.. kelautttt.. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Bee
kak bee jangan mencik aii... gi godek godek.. anak2 suke ni.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@TopsyTurvyMum
a ah sakit gigi. mcm org tua lak sampai bengkak gusi muka bagai.. huhu..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
kak ummiiiii..
ala kak ummi yang gode gode dulu tau ngan kek yogurt tu. tu yang mula nak mencari mapin yogurt2 lak ni.. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
weh makcik..apa lagi.. moh kite memapin la... tu la mas, aku tak bawak gi dentist pun.takut terjadi ribut taufan kat klinik tu.. adeh.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ezadlieza
hahahha kak lieza neh. adaaa jee.. apa lagi. mana berkenan sila tapau ye...

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
tu la, aku nak je bawak klinik, satu faktor laki aku yg busy, satu lagi faktor besarnya anak aku tu sndrik kot ngamuk sakan nanti. pening kepala.

ye la, tuko2 ye...diet cemana sue? hahahha

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
nak serang kedai baking je pun. hahaha. kak nor tu baru jumpa lubuk baru. tu yang excited sangat tu. mencik tau.. hehehe..

mekasih kak anim. kanmain mcm nak buatkan. tapi tengok la dulu. tak de ahli makan lagi kat rumah ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
boleh la kak zana. adunan ni pun dapat sikit je, nak try dulu boleh la..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anawahid
gitu la kak ana. aku pun dah pening pala melayan budak sakit ggi tu.. hehehe...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
untuk kak yatie saya bagi 2 ketui.gi kongsi ngan hamka ye kak. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
silakan mas.. memang untuk sharing2 gitu kan.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
hehehe.. kebabom kak ayu kan.. sedap. makan sebijik pun dah puas dan kenyang.manis pun sedang2 je

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

izaaaah... akak tergoda tgk muffin nie ... esoook pasti akak buat.. hehehee...

misZ iLmi raHEem's said...[Reply to comment]

kaka~

tnya ble...
kalo ketuhar yg jenis lama, suhu dia tetap sama ea kak..?

Anonymous said...[Reply to comment]

Nampak cantik.....nanti nak try

syira said...[Reply to comment]

Salam k.IzahDaud
org bru ni..
TQ sy da try resepi ni..
mmg best~

selera4u said...[Reply to comment]

salam...

dah cuba. senang dan mudah utk amatur mcm saya.

yang penting, sedap!

http://selera4u.blogspot.com/2012/02/resepi-muffin-yogurt-mangga.html

noticiasdealcorcon.com said...[Reply to comment]

I found your blog website on google and test a number of of your early posts. Continue to keep up the superb operate. I simply further up your RSS feed to my MSN Information Reader. Searching for ahead to reading extra from you in a while!… noticiasdealcorcon.com

https://hadeelweb.com said...[Reply to comment]

An adrenaline-fueled adventure that captivates you without a single explosion and leaves you completely satisfied.    https://hadeelweb.com

Unknown said...[Reply to comment]

voir le site de l'éditeur Dolabuy Hermes recherchez-les dolabuy vérifiez ceci meilleurs sacs de répliques