CSS

Tuesday, May 31, 2011

Puding Tauhu...... Segarrrrrrr



Assalamualaikum..

Ada yang berpeluh-peluh kepanasan tak time-time gini? 
Elok sangat la ngirup puding ngan kuahnya ni. 2,3 hari ni hari makin panas berkuwap. Memang la ngam makan puding yang sangat sangat sangat sangat sedap ni. Kak NORRR.. i lebiu i lebiu. Masa santap puding ni kan, suapan pertama ke mulut, hmmm tetibe terbayang2 lagi Maher Zain versi Bais "masyaAllah...... MasyaAllah...." ah sedap ah sedap.. bercampur ngan lagu dangdut lak. Sedapnya la hai puding ni. Kalau buat satu adunan pun boleh habis kak Nor oii. Hehe.. Trasa2 mcm makan isi kelapa muda pun ada. Nak makan lagi dan lagi. Dan ini lah pertama kali tengok bebudak berdua tu dengan beriya iyanya makaan puding.




Semangkuk?
Sorry memng tak cukup!!
Dah ramai yang cube puding ni kan. Walaupun nama puding ni, mcm biasa2 jekan, tapi rasa dia sangat luar biasa. Siyess memula tengok nama memang macam, letak list last2 lah, hahaha.. marah kak Nor. Tapi sorry beb, rasa dia sangat internationale. Fuhh promote baik punyaaa.. Mekasih kak Nor ye. Patut la dessert ni feberet famly kak Nor. Nanti jadi feberet famly saya pulak.




PUDING TAUHU

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.

Pau inti Coklat


Assalamualaikum..

Morrniingggg...
Sarapan dah? Jom sarapan dengan pau yang terbaiikkk ni.
Buatnya petang semalam dah. Tapi dapat banyak, kukus balik untuk hasil yang sama. Tapikan, tak kukus balik pun tetap lembuttt sangat. Lembut dan gebu mcm pau yang kat highway tu. *yang gebu lah, bukan pau keras tau. Sangat suke dengan resepi dari kak Yani ni. Cume mungkin next time nk kurangkan sikit baking powder. Sebab ada trasa sikit kat pau tu. Tapi no hal punya, sebab mmg gebu yang amat! Mekasih kak Yani!!!


PAU
sumber: kak Yani@myR

Bahan-bahan ( 8 biji )

300g tepung gandum *saya letak 1/2 tepung pau
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara

Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

*saya uli guna BM. Masukkan baahn2 mengikut urutan BM.


Kalau pau tu menjadi, kulit permukaan tu boleh tarik elok je. Kan?


Monday, May 30, 2011

Healthy Baked Donuts


Assalamualaikum..

Healthy Baked Donuts, anyone?
Udah tak sabo sabo nak merasa donut ni.
Mula-mula nak tunggu cari loyang donut dulu. Tapi kenangkan kekangan masa yang dihadapi oleh en suami, jadi saya pasrah. *tibe2 feeling era pazira. Tak de kesempatan nak ke kedai baking bagai, jadi saya try jela guna loyang yang ada kt rumah ni. Loyang muffin paling kecik, sedang2 bekas lompang. Kalau tengok gambo donut bako kat SINI, memang geram habis. Trasa2 je kat tekak ni nak mengap donut tu.


Alhamdulillah... tetap terasa sedapnya walaupun tak guna loyang donut. Cuma coklat chip tu tak berapa nak lekat pulak. Apa pun donut ni memang best!!! wangi.. gebu..sihat.. Cadangan makan semasa panas2. Sebab bila dah sejuk yang dah lama tu, agak kureng sikit. Tapi anak2 makan aje. Terima kasih buat penyumbang resepi. Mintak izin saya share di sini pula.


HEALTHY BAKED DONUTS

Ingredients :

(A)
1 cup all-purpose flour
1/3 cup sugar
3/4 teaspoon baking powder
3/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt

(B)
1 egg
1 tub (150 gm ) plain yogurt
1 tablespoon canola oil
2 teaspoons lemon juice *saya ganti oren sunquick
1 teaspoon vanilla extract

Toppings: sweeten coconut flakes &; semi-sweet chocolate chips (or peanut butter chips)

Method :

1. In a big bowl, combine (A).

2. Push the flour to the side and in the center, add in (B). Mix (B) well with a spatula and mix the flour in to just combine. Set aside.

3. Spray the donut pan with nonstick cooking spray and divide the sweeten coconut flakes and chocolate chips at the bottom of each of the donut tube pans. Divide batter among pans. Place the batter only half full so that you will see donut hole when baked. 3/4 full will not be able to see any donut hole when baked.

4. Bake at 400°F for 10 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. Cool for 5 minutes before removing from pans to wire rack.

~Yield 12-18 baked donuts

Note: Still soft the next day but best eaten on the day it was baked.




ini rupa donuts baking pans



sumber: belachan2

Bath Bun


Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.
Masih mood cuti-cuti ke?
Tanpa banyak  songeh merapu kebulan ke bintang ke PD berkelah semua.. *eh ayat tetibe cam nak mendengki je kan! Diharap semua memberi tumpuan kepada roti ni. Namanya bath bun. Entah ler kat mana yang ala ala bath nya tu. Tpi satu roti yang agak baru la pada saya. Tengok roti ni kat blog kak Ida. Teringin lak nak merasanya. Mekasih kak Ida berkongsi resepi nya. Untuk maklumat lanjut tentang bath bun ni boleh menjenguk blog kak Ida di SINI. Roti ni sesuai je cicah ngan kari. Lidah melayu.. hehe. Roti yg lembut n sedap.



Siap-siap je keluar dari oven, agak2 dah suam sikit tu, *kang kalu kata keluar2 dari oven saya terus ngap roti ni, nampak kurang sopan lak kan. Ada lak karang yang heran lidah kebal lak kan. Kikiki.. Dah suam2 tu, 2 ketul gak la masuk perut. Dah sangat kekenyangan, tetibe ada call dari sang putera yang tengah training dan mentraining tu, ajak jalan2 cari makan. Ahaksss.. 

Trasa nak buat kira2 lak:
2 ketul bun (dapat panggilan ajak kluar makan)+ sepinggan makanan luar x "diet? ada aku kesah" ganda 5 + segelas air manis = diet klawut!!  klawut!!

Dah dah.. ngarutttt..



BATH BUN
sumber: 1001 resepi

225g plain flour
1/2 tsp salt
55g caster sugar
55g unsalted butter, room temperature
2 1/2 tsp dry yeast

150ml full fat milk, warm to 40C
1 medium egg

30g sultanas
1/2 lemon zest

1 tbs brown sugar (granules)
1 tbs honey

method
preheat oven to 210C
mix flour, salt, sugar and rub in butter, then mix in yeast...make well in the centre...
beat egg into milk and pour over flour, mix to a soft doh, turn onto floured surface and knead until glossy and no longer sticky...
lightly oil clean bowl and add doh and leave to double in size about 1 to 2 hours...
turn doh onto lightly floured surface and work in lemon zest and sultanas until well mix, divide onto 8-9 portion and arrange in baking tray...raise for 20 minutes...
brush with honey and sprinkle sugar...bake for 20 minutes...

note: doh bath bun ni memang lembek...taburkan tepung atas papan uli ketika menguli untuk mengelakkan doh ni melekat...

Sunday, May 29, 2011

Sup Kentang Berkrim


Assalamualaikum..

Hmmm macam tak de idea nak mengarang. Perut pun kekenyangan. Hari makin kepanasan membahang. Si kecik ketiduran tak sihat badan. Kerja rumah tak settle lagi. Tibe-tibe mata ngantuk lak ni. Jom ler nengok sup kentang  niha. Sup ni buat 2 hari lepas tuk breakfast si abang yang tengah sakit gigi hari tu. 2 mangkuk tu dia makan dicicah roti. Kalau dah lembik roti tu senang dia kemam dan telan aje. Tapi hari ni alhamdulillah, dah makan macam biasa. Dah nak ngunyah roti dan muffin kesukaannya.

Resepi sup kentang simple ni saya tengok kat buku Aneka Sup dan Bubur alaf21. Saya sharekan di sini pulak.


SUP KENTANG BERKRIM

2 biji kentang sederhana
2 cawan santan
1 sudu besar minyak sapi@mentega
sikit lada hitam
sikit garam
sikit serbuk pati ayam

Caranya:
Rebus kentang hingga empuk. Lecek hingga halus. Ketepikan
Masak santan hingga mendidih. Masukkan kentang lecek.
Masukkan pula mentega.
Perasakan dengn garam, lada hitam dan serbuk pati ayam.
Masak hingga sedikit pekat atau ikut citarasa.
Hidangkan bersama roti bakar.


Saturday, May 28, 2011

Bubur Nasi Halia


Assalamualaikum..

Sunyi betul kan orang semua cuti ni. Memasing sibuk dengan hal family ye. Terkecuali my hubby yang sibuk ngan hal kerjaya hari ni. Adeh.. Kat Ampang hujan niha beserta petir. Wah dah macam berita cuaca je kan. Ni melayan anakanda yang tak mau makan nasi keras lagi. Bengkak pipi dah tak de, cume tak mau mengunyah lagi. Buatkan simple bubur je. Habis semangkuk jugak dimakannya. Resepi dari buku Aneka Bubur alaf21. Boleh la nak makan ngan lauk apa apa pun kan. Ni saya goreng tofuu lembut makan gitu je.


BUBUR NASI HALIA
sumber : izahdaut

1/2 cawan beras
air  secukupnya untuk menjadi bubur
1/2 sudu kecil halba
1/2 inci halia
sedikit ayam/udang/bebola ayam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
bawang goreng

cara:

Basuh beras dan masak hingga mendidih.
Masukkan halia, halba, serbuk ayam .
Masukkan ayam atau bebola ayam.
Kemudian perasakan dengan garam dan lada hitam.
Hidangkan dengan lauk kegemaran.


Ikan Asam Daun Kari


Assalamualaikum..

Buat semua, selamat bercuti hujung minggu dan bercuti cutian sempena bermulanya cuti sekolah ni. Seronok ye cuti-cuti ngan anak-anak . Ramai yang balik kampung musim2 kenduri kendara ni. Kat rumah emak saya pun insyaAllah berkenduri kendara aqiqah jugak. Tapi peluang nak balik tu tak de. Jadinya bayangkan ajelah dari Ampang ni ha orang berkenduri. Hehe..

Ikan ni, asalnya kak Asma guna ikan tenggiri. Tapi sebab saya guna ikan selar, jadi saya ubah tajuk tu. Boleh ye kak Asma? Anak saya suke  buat lauk ikan cenggini. Berselera si kecik makan. Saya tak buat pedas pun nyata memang sedap. Mekasih kak Asma. Mintak izin tepek resepi kat sini pulak ye.


TENGGIRI ASAM DAUN KARI

Bahan2:
4 keping ikan tengiri
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
1 batang serai(ketuk)
sedikit daun kari
garam,perasa,air asam jawa

Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.


Friday, May 27, 2011

Agar-Agar Rintik Santan


Assalamualaikum..

Agar-agar ni saya buat untuk menghabiskan santan. Sedap dimakan sejuk. Nyaman je rasa lemak santan lawan ngan wangi gula merah tu. Simple je, tapi satu dessert yang segar. Resepi asal dari buku Aneka Puding tapi saya dah derhaka kan sikit dan kurangkan adunannya. Dapat sikit je, sesuai ngan family kecik. Layan..
*eh bila tengok balik, gambo yg diedit ni sama aje rupenya. cesss.. layan je la.



AGAR-AGAR RINTIK SANTAN
sumber: izahdaut

bahan A

1/2 sudu besar agar2 serbuk *saya guna agar2 serbuk warne ijau
250 ml santan
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
Bila agar2 sudah keras, potong kiub kecil2 dan ketepikan.

bahan B

1/2 sudu besar serbuk agar2
500 ml air
100 gm gula merah *boleh tambah gula biasa untuk lebih manis
1 sudu besar tepung kastard *bancuh dengan 2 sudu besar air
2 helai daun pandan *optional

Masak air , daun pandan dan gula merah sehingga hancur. 
Masukkan pula agar-agar dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard.
Masak hingga mendidih. Tuang ke dalam loyang.
Kemudian masukkan agar2 yang telah dipotong kiub tadi ke dalam agar2 B.
Sejukkan dan hidangkan.


Thursday, May 26, 2011

Muffin Yogurt... Terbaikkkk


Assalamualaikum..

Pepagi dah nyembang ngan akak secubit garam tu. Tak like tau, dia tengah excited tu. Bercerita tak hengat. sampai kite kat Ampang ni kembang kempis hidung menahan ke excited tan isu isu yang diperbincangkan itu. Huhh.. Jaga kak Nor!!! Saya pun nak serang jugak nanti. Masa tu Kak Nor, duk diam-diam mendobi sudah tau. Tapi bila la tu ye.... huhu..

Ok berbalik pada muffin ni, i likeeee jenis mapin mapin yang macam ni. So bila dah suke, maka ianya yang terbaikkkk. Sedapp.. lembut.. gebu.. wangi...kire pakej yang sempurna untuk digelar muffin yang sedap. Hehehe. tapi yang suke jenis muffin macam ni la. Sebab selera orang ni macam-macam. Ada suke muffin yang mcm sponge sikit, ada suke mapin yang moist dan padat, ada yang suke mapin yang gebu dan moist2 sikit kan. Tapi saya suke muffin yang mcm ni. Anak2 pun suke. Terbaik makan suam suam gitu. Atas mapin tu pun rangup2 tu, memang best.

Pada saya muffin ni, elok je dipelbagaikan, manis dia sedang je, buat kosong aje pun sedap. Elok juga dibuat filling coklat atau strawberi atau bluebery. Atau juga nak campurkan adunan sekali dengan coklat chip, coklat rice atau kismis. Ikut selera masing2 la ye. Nak guna yogurt berperisa pun sedaaaap. Saya tambahkan oren sunquick bagi masam2 wangi gitu. Eh sedap nyaaa..


MUFFIN YOGURT
terjemahan: izahdaut

menghasilkan 10 biji muffin

120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry


Caranya:

1. Panaskan oven ke 180 C.

2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat  nanti muffin keras.

5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4  penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.


Budak ni memang lawak. 
Tu tapak muffin yang garing. 


Tak makan pun.
Tu pipi belah kiri bengkak sakit gigi.
Boleh makan bubur je.


Wednesday, May 25, 2011

Donut Ball (pandan)


Assalamualaikum..

Sihat semuanya? Semalam saya busy melayan anak-anak yang pelbagai ragam tu. Si adik dah settle sembelitnya. 2 round meneran sambil menagis.. aduii hazab betul menegoknya. Kite ni tukang bagi semangat je la kan. Seharian sebelum tu, dia memang tak de mood. Asyik baring dan tak mau main apa pun. Apa pun tak boleh. Dah settle adik, abang pulak hilang mood. Puas tanya tak pasti kenapa, tapi tak ceria, tak mau main, tak mau makan tapi tak demam bagai. Rupanya pagi ni bangun tidur, pipi dah kembung bengkak. Rupanya si abang sakit gigi. Macam orang tua pulak sakit gigi sampai bengkak gusi. Kesian betul, patut la dia merengek kata sakit dalam mulut. Ingatkan tak serius mana. Ada tips tak budak sekecik ni kalau sakit gigi nak kurang sakit buat apa ek?

Ok berbalik pada donut ball ni, donut comel ni dibuat setelah tergoda melihat kat rumah kak dayang. Sedap sebab rasa pandan tu bertambah wangi. Saya guna tepung gandum, jadinya saya biarkan donut ni naik kembang lebih sikit masa dari kak dayang suggest tu. Terima kasih kak Dayang yang comel. Nanti leh try kek velvet yang lawa giles kat blog kak dayang tu pulak..ngigau ngigau dah ni.. ihihi..




DONUT BALL

bahan-bahan :
2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil pelembut doh *saya tak letak
1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
90 ml susu segar (-/+)*kurangkan sikit
1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
gula icing atau gula halus untuk saduran

Cara-cara :
Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.



Tuesday, May 24, 2011

Talam Sagu Berlapis


Assalamualaikum..

Lambat sikit hari ni. Melayan anak-anak dan melayan en mood yang tak berapa nk bermood.
Kuih talam sagu berlapis ni saya makan sebiji, kenyang sesangat niha.
Resepi ni 1st time jumpa, cik puan manisss kak Yatie yang dah try.
Kak Yatie kata kuih ni kenyal-kenyal manja.
A ah memang betul.. manja manjakani gitu.
Saya buat half adunan saja.
Sangat la banyak untuk kami bertiga ni ha.
Puas makan sampai ke petang la nampak gayanya.
Mekasih buat kak Yatie dan Kak Wan tuan punya resepi.
Izinkan saya letakkan resepi half di bwah ni pula ye.
Untuk full adunan boleh rujuk di SINI.


KUIH TALAM LAPIS BERSAGU
resepi: kak Wan
sumber: kak Yatie

Bahan-bahan
50 gm sagu

Bahan A
115 gm tepung beras
50 gm tepung ubi / tepung sagu
200 ml santan pekat KARA
175 ml air

Bahan B
160 gm gula
150 ml air
3 helai daun pandan

Loyang 9" empat segi

Cara-cara :
Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
Ketepikan 150ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.(Saya letak pewarna kuning)
Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.


            

Monday, May 23, 2011

Yogurt Steam CC @ Apam Yogurt


Assalamualaikum..

Buat untuk minum petang anak-anak ngan maknya. Ayahnya bagaimana? Ayahnya tak de, outstation conduct training lagi seminggu. Hukhukhuk... Sayangkan isteri tinggal tinggalkan..kan..kan..kan.. Ok lah, apam ni setelah digoda-goda oleh kak Nor dan Anna Qawina *bukan nama sebenar. Tapi tak secantik yang kak Nor dan Anna buat. Hampir2 nak fail. Sebenarnya, apam gini memang tak pernah menjadi kalau saya buat. Tapi kali ni, alhamdulillah..boleh laa kan.

Mekasih Anna, kak Nor n kak Rima untuk resepi apam yang sweet ni. Apam ni rasa dia kosong je, lembut gebu. Jadi  perasa dan warnekan macam macam ikut kreatif sendri la kan. 


YOGURT  STEAMED CUPCAKES
sumber: kak Rima , Anna, kak Nor
.
2 cawan gula castor *kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat

Cara-cara :

Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) &; campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup..
**Pes coklat &; serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..&; pewarna kesukaan**

**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, &; PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

**Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**


Crazy Chocolate Cake (eggless)


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Sebelum tu masih belum lewat untuk kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat anak-anak yatim yang terkorban tanah runtuh hari sabtu baru ni. Setiap kali tengok berita, setiap kali tu juga air mata berlinang melihat kejadian tu dan melihat kaum keluarga yang bersedih, apatah lagi melihat rakan2 yang menangisi pemergiaan korban2 tersebut. Rasanya bukan berlinang dengan aman je, dah tersedu-sedu sedan dah. Doa saya semoga roh mereka aman seaman-amannya di sana.

Berbalik pada kek ni, sesuaila dengan namanya. Saya sukeeee kek ni. Simple sangat sangat. Bahan senang yang seadanya di dapur, cara buat semudah abc. Masaknya pun tak lama. Rasanya.. wallllaa... sedap. Cuma kalau nak lebih rasa cekelat boleh tambahkan lagi serbuk koko. Atau tambah sikit coklat emalco, atau tambah sikit nescafe. Saya ada tambah sikit oren sunquick. Baru tambah ummphh!! Kek ni naik cantik elokkk je. Gebu dan moist sangat sangat. Terima kasih aludra@myR.

Sorry guys.. gambar tak elok, potongan kek pun tak elok. Kek ni dipotong time suam2. Anak2 tak sabo nak makan. Pastu kek ni lembut sangat2 dan moist , so potongan tak berapa nak elok.


CRAZY CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan ( 18cmX18cm )

1 cawan / 120 gram tepung gandum
1 cawan / 180gram gula halus
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil vanilla
1 cawan air sejuk
1 sudu besar oren sunquick *saya tambah

Cara-cara

Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
*Saya masukkan semua bahan cecair kecuali cuka. Gaul sebati. Last sekali baru masukkan cuka. Gaul sebati.
Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni. Kek ni sesuai diimakan begitu sahaja tanpa frosting, sebab dah cukup rasa manisnya. Terpulang dengan selera masing-masing.


Sunday, May 22, 2011

Pemain Bola Harapan Negara?


Hahaha... ye la sangat harapan tinggal harapan la nampak gayanya..
Berpeluh di hujung minggu dengan anak-anak.
Semalam ni la aktiviti kami, join staff hubby berliga liga mereka dengan bola sepak.
Hubby main jugak, jadi goal keeper jek..kikiki.
Walaupun disokong dan dilaung menggunakan ilmu pendinding..muahaha.


Orang main pun tak minum lagi, dia dah bedal dah.
Budak budak ni sah sah tak makan saman nyerr.



Antara aksi-aksi. 
Tapi tak best sebab tak de yang sakit guling-guling. Hehe..
Menang ke kalah? 
"Adat main ada menang dan kalah"
Biasanya ayat di atas orang menang ke orang kalah yang selalu ucapkan?


Budak-budak itu pulak beraksi..
Adik lawan abang. Siapa menang siapa kalah?
Jawapannya...


Abang tewas..

Friday, May 20, 2011

Cucur Bilis Kembung.. Lagi..


Assalamualaikum..

Lagi lagi cucur bilis kembung ni. Senang sangat nak membuatnya tu. Dan bebudak memang suke, dengan syarat tanpa sayur. Walaupun kena perap 30 minit tapi kenangkan bebudak ni memang suke cucur ringan, lembut n garing gini, buatkan aje. Untuk minum petang ni sesuai sangat la ni. Saja makan ngan kuah kacang. Sedap ah sedap ah sedap. Mekasih Sofinar@myR. Dah pernah buat here.


CUCUR IKAN BILIS KEMBUNG

300 gm tepung gandum - 2 1/2 cawan lebih kurang
1 sudu kecil mauripan
1 biji telur
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar
1 1/2 cawan air- saya kurangkan sedikit
2 pokok daun bawang
daun kucai 
taugeh- jika suka
garam
serbuk kunyit

Caranya:

blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili


Kek Coklat Fudge Yogurt


Assalamualaikum..

Bersua dipagi Jumaat penuh keberkatan. Melayan anak yang nak makan kek. * Ke mak nya yang beria? Maka maknya mencari la resepi kek yang simple simple aje. Terjumpa dalam list yang panjang tu, resepi dari Ros ni. Terus-terus je godek ke dapur. Bebhan simple, cara nya tak de la berapa simple sebab nak kena kuar mixer bagai. Hehe.. tapi hasilnya... sangat memuaskan hati. Memuaskan hati tu bermakna.. texture kek ni menepati apa yang saya jangkakan. Gebuuu tak padat dan tak kering. Saya suke kek coklat mcm ni. Anak2 bedal aje. Mekasih Ros untuk resepi ni.

Kek ni sesuai untuk diletak topping coklat. Tapi bila tengok merekah kek ni, saya pun malas aje nak buat. Makan gitu lagi senang, budak2 makan tak berketenyeh. Satu lagi saya dah derhakakan sikit resepi ni dengan meletakkan sedikit oren sunquick. Sedap...



KEK COKLAT FUDGE YOGURT

Bahan-bahanya

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 bar ( 150gram) coklat masakan
1/3 cawan serbuk koko
3 biji telur
1/2 cawan natural yogurt ( plain yogurt)
*2 sudu makan oren sunquick -saya tambah

( beberapa titik esen vanila)

*Untuk Topping dan Hiasan* * saya tak buat
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, kemudian dengan menggunakan double boiler, cairkan coklat masakan dan mentega, angkat dan sejukkan sebentar.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, plain yogurt serta coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan tadi, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

3. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 18cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah selama 1 jam, sejukkan atas redai, untuk hiasan, toppingkan dengan cooking coklat dan hias ikut kreativiti anda, selamat Mencuba.


Thursday, May 19, 2011

Puding Roti Karamel


Assalamualaikum.

Waduh sedap bangat menikmati puding roti karamel ni time panas-panas begini. Memang best!! Rugi lambat buat puding ni. Resepi asal puding ni dari kak Rosaliza tapi saya ambik version yang diubahsuai oleh kak Dayang Jack. Sedap laaaa... nak buat pun sangat la senangkan. Puding ni memang halus. Rasanya lemak lemak dan memang sesuai makan dengan gula karamel tu. Cume hubby saya kata dia suke gula karamel tu lagi banyak. Nak macam kuah kuah gitu. Itu selera dia la kan. Pada saya puding ni sangat yummy!!

Mekasih kak Dayang dan kak Rosaliza yeee.. Nak tengok resepi asal memang ada perbezaan dari yang saya ikut kak Dayang ni. Jadi boleh tengok dan bezakan dua dua resepi dan ikut selera memasing la nak ikut yang berkenan ok. 


PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : kak Rosaliza
version diubahsuai : kak Dayang Jack

bahan-bahan:

Karamel :
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Cara-cara : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding :
3 keping roti sandwic (disiat-siat)
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
1 sk esen vanilla
3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

Cara-cara : 
Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda.