CSS

Tuesday, August 10, 2010

Bun Gula Merah


Assalamualaikum..

Sebelum puasa nak habiskan tepung roti yang sejemput tu. Mungkin dah bulan puasa nanti tak rajin nak meroti.

Roti ni memang lembut dan gebu. Rasa dia pun sedap dan harum. Manis pun sedang elok tak payah ada inti. Buat minum petang, anak anak pun suka. Kami makan sekali hadap je panas-panas tu. Habissss...

Mekasih buat Ros Jintanmanis yang sedang berpantang anak ke 3 nya untuk resepi roti yang mabeles ini. Ros ni memang pakar roti sampai masuk majalah tentang kehebatan merotinya.

Ramai juga yang dah cuba roti gula merah ni. Antaranya:







Saya tak letak kismis. Sebab kalau kismis diletak dlm roti, anak2 suka pilih kismis lepas tu tak makan roti.





BUN GULA MERAH

Bahan-bahanya

180gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar skim milk@susu tepung
3-4 sudu besar gula merah
100ml susu segar suam@boleh ganti dengan air suam
40gram butter
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis
50 ml air
1/3 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)

bahan sampingan
1/3 cawan kismis hitam



Cara-caranya ( uli tangan)
1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar.
2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan  semua bahan doh dalam bekas adunan  kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit.
3. Setelah adunan menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan beberapa minit, anda akan dapat doh  yang elastik.

4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan  kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati.
5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu.


KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker)
- Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda.
5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.

4 comments:

Eliza said...[Reply to comment]

Selamat Berpuasa di bulan Ramadan buat Izah sekeluarga. Ampun maaf dipinta jika ada penulisan akak mengguris hati dan halalkan segala resepi Izah yg dah ditest power kat dapur akak yer..(so sori komen lari dari tajuk posting ek..)

LENDANUAR said...[Reply to comment]

zah,akak dtg ni bawa desrt puding bkuah...hmmm sedap tu roti ni....

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah.. wah memang gebus... Zah Selamat menyambut Ramadhan n selamat menjalani Ibadah puasa.. jgn luper terawih yer... pppsstt erma nak tapau rotitu.. wei.. wat buka ok.. ha ha ha

izahdaut said...[Reply to comment]

kak eliza..
sama la kita..maaf zahir dan batin dan selamat berpuasa buat akak sekeluarga

kak lenda..
pepagi lagi dah menggoda ni..cemana tuh?ngeehehe..

erma..
pss...puasa tak tu ma? tu la, kalau terawih kat surau mmg masih lum berani nak percaya bebudak ni..tapi sendri2 tu..insyaAllah Taala..