Assalamualaikum..
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Terus aje dengan menu sarapan saya yang dah dua pagi berturut2 saya buat. Sangat sedap dan mendapat sambutan di rumah ni. Resepi ni diilhamkan oleh kak Hana dan dimaklumkan oleh kak Hana kare pan ni adalah menu popular orang Jepun. Katanya mcm karipap tapi bezanya doh pastrynya lembut mcm roti dan rangup digoreng disaluti breadcrumb. Terima kasih juga buat Anna Qawina bila Ana sebut pasal kare pan masa berym dengan dia. Terus je teringat breadcrums sebungkus beso yang tak habis2 tu. Pada saya kare pan ni memang sedap n tak puas makan. Habis seketul nak seketul lagi. Lebih sedap dari roti goreng salut breadcrumb tu rasanya.
Disebabkan si Bais tak makan inti pedas, jadi saya buat 2 versi. Satu diinti kan dengan inti manis dan satu lagi inti pedas keledek. Nanti saya sharekan inti manis yang pada saya sangat ngam dan sedap. Tetibe tekak saya rasa inti manis lebih sedap dari inti pedas pulak. Gambar di atas adalah inti manis, dan tak boleh nak disebut kare pan dah la kan. Pada saya tak salah untuk menyesuaikan inti mengikut selera anak2 dan selera family. Boleh aje diintikan dengan inti karipap biasa, inti sardin, inti kaya atau inti yang sesuai.
Maaf banyak2 jika kare pan versi saya ni sangat jauh beza resepinya dengan kare pan sebenar. Sebab pertama saya tak mengikut resepi yang diberi kak Hana, tapi saya rujuk resepi Burger Malaysia kak Yani yang tak jauh beza dengan resepi yang diberi kak Hana. Kedua saya dah gunakan inti keledek Ros dan inti versi manis dari resepi inti Mexico Bun. Terima kasih buat penyumbang resepi dan berkongsi ilham membuat kare pan yang sangat sedap dan tak pelik ianya makanan kegemaran di Jepun.
UNTUK DOH: IZAH GUNA RESEPI BURGER MALAYSIA
resepi: kak yani@myR
(izah dapat 14 biji)
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
untuk saduran : telur n breadcrumb
untuk saduran : telur n breadcrumb
Cara-cara
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
*izah ikut cara kak Nor, sapukan telur menggunakan berus pada roti. Boleh menjimatkan telur. 1 biji telur boleh gunakan untuk 3 adunan.
*izah ikut cara kak Nor, sapukan telur menggunakan berus pada roti. Boleh menjimatkan telur. 1 biji telur boleh gunakan untuk 3 adunan.
Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.
UNTUK INTI PEDAS: IZAH GUNA RESEPI INTI KELEDEK
resepi: Ros@jintanmanis
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam
Cara-caranya
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
UNTUK INTI MANIS: IZAH GUNA RESEPI INTI MEXICAN BUN
resepi: lilydvalley@myR
*izah buat separuh
Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar
caranya: Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
RESEPI ASAL KARE PAN DARI KAK HANA
sumber: hanamemories
Bahan-bahan
200g tepung gandum@tepung roti
16g butter
18g gula
4g yis kering
2g garam
90-110ml susu segar suam(resepi asal 150ml tp agak lembik)
Utk saduran - Telur dan breadcrumbs
Inti Kari
3-4 biji kentang - potong dadu
1/2 btg carrot - potong dadu
100g daging cincang - hana gune ayam
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan ikan bilis@udang kering - hana campur
2 sudu makan serbuk kari - bancuh jd pes
2 sudu makan tepung katakuriko - (resepi asal) - hana x ltk
hirisan daun sup
garam dan gula
Cara-cara
Utk membuat inti - blend bwg besar,bwg putih, ikan bilis dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bhn blend. Masukkan pes kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging. Kacau lagi. Masukkan pula kentang dan juga carrot serta air secukupnyer. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Last skali taburkan hirisan daun sup. Resepi asal ltk tepung supaya agak mudah nak masukkan ke dalam roti. Sejukkan.
Untuk membuat roti - Masukkan semua bahan ke dalam BM. Pilih setting dough. ONkan tunggu hingga siap. Jika menggunakan tangan uli semua bahan (gaul bhn kering dahulu). Masukkan campuran air@susu segar suam dan yis yang telah diaktifkan terlebih dahulu sedikit demi sedikit hingga tidak melekat di tangan, lembut dan elastik. Perap doh hingga naik dua kali ganda.
Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.
36 comments:
mengancam lah... terguda i...!!
kak gee.. harus la tergoda. sedap sungguh!!
kalau tgk citer kartun jepun, mesti ada makan kare.. xyah tunggu kembang ye roti tu, terus goreng.. mcm bestt ye yg bais punye tu..
bais.. hensem nyer bais.. meh kongsi ngan aunty tun meh.... hihi
izah, yis tu nak kena bancuh dgn air dulu ke terus je masuk mcm tu dlm adunan?
ingat nak try lah nanti, inti karipap ada lagi tu hehe
tun..
akak buat tu, lepas habis dah mencanai jadi cam cek mek molek tu, akak biar sat dalam 10 minit . pastu goreng. haha.. bais tak layan la tun. dah dihabiskan pun inti manis. tinggal inti keledek je ni. nak ke tak nak?
tina othman..
saya masukkan sekali je dalam tepugn. tak bancuh pun. tapi kalau nak selamat n mmg tak tahu yis tu elok atau tak especially yang baru buka dari pek boleh la try bancuh dulu. selamat menerai ye... hee
owh..pernah makan mcm ni, sedap mmg sedap! tq panjangkan kongsi resepi ni, mesti cuba nih!
aslmkm..tuan tanah...sihat? hehe..ooo yg ni ek ko buat..yg aku gtau tu rsp Ros Jintanmanis..Kare Bun..sama kot..hee..aku pon lom lg habis breadcrumbs tuh....
umi..
sedap kan. krangupan tambah lembut doh ngan inti tu. makan suam2 panas tu mmg sedap
anna qawina.
a ah ana. kare bun tu kat rumah ros. aku kan sebenarnya dah type panjang dah. tinggal nak post n edit je kan, tetibe boleh hilang ko.pastukan dia ni auto save. huhu.. kena karang sekali lagi. habis la ayat2 aku tadi. tadi aku mmg ada cakap satu lagi resepi pernah nengok kat rumah ros. huh
uishh.byk sungguh resipi tuk satu entry..haha.rajin bebenor mu ni izah, kau pung xpenah buat kare pan nih..dasar pemalaskan.
tpkan aku suka idea ko tuh letak inti manis,konpem anak2 dan mak bapak pun suka makan..
izah...
doh tu uli dgn tangan atau BM ?
best nih, mesti anak2 suke la...nak try nanti tepung roti pon ade lg :) CnP ek izah, TQ...
rasa macam pernah beli kat Jusco kare-pan ni. mmg sedap!
ooo kare pan ni macam ala2 donut yer...ingatkan ape td...terkejut i....hihihi..akak copy resepi yer..
Salam kak. Singgah sebentar. Jgn lupa kak singgah ke blog saya k. Btw, jgn lupa utk dapatkan buku masakan saya serta tonton saya dlm spice routes 4 setiap Jumaat pkl 7.30mlm di tv3.....http://studiomasakanchefhussin.blogspot.com
huwaaaaa..nangis tgk niii.nak yg bais punya..nak yang bais punya.nak yg manis sbb ai org nya manis kaaaan..
laaaaaa ni gak cheq nak buat..:))))
baru semalam akak dok tgk kare pan neh....lupa dh kat blog mana...skali ada kat sini..hahaha...tengok sedap sgt izah punya kare pan neh...menggoda la tuh...akak copy resepi yer...mekaseh izah
Makkk ai.. punyalah banyak versi! Hahaha...
uwaaaaa nmpk sungguh sedap....takyah citer pun dah tau mmng sedap...suka plk tngk bentuk mcm cek mek molek..mmng molek sungguhhhhhh...
kat jepun ada watak katun 'kare pan man'(curry bread man) yg popular dlm siri anpanman. hehe.. kari jepun mmg tak pedas langsung. kari dia memang manis. tp tekak melayu mcm kita mesti nak pedas2 gak. :D
uiii...comel lote....terus terliurlah menengoknya...mmmm!
memang sedap ni rasa mcam pau goreng ek izah....suka makan roti cam gini....cantik izah buat bentuk cam gitu..kalau kita tak macam mana la rupanya...hehehhe
weeiii.. nampak sedap.. nampak rangup.. & terliur dibuatnya...
uihh...panjang bebenor lah pulak nengokkan resepinya tu..inti manis ada, pedaspun ada...cm lemau jep nk buatsendiri..baklah dua ketul, pedas satu, manis satu okeh! :)
Izah..menarik bunyinya kare pan ni..teringin pulak nak mencuba..tp takde serbuk roti lg..kena beli dulu..
Salam Izah. Ni laaa baru nampak kare pan ni... terlepas pandang, nasib ler Izah promote kat sini baru ler tauuu....
oishii...nampak sedap dan cantik:)
Assalam Izah, itu kare pan kena masak dlm pan eh...dalam piyukk boleh x...hehehhe...usik2 tanda jelesss ni sebab x reti nak buat, malas nak buat...sume adaaaa, hehe
apa cite hana dengan ijayuji sekarang ni...di doakan mereka sihat n happy :)untuk izah juga :)
first time dgr..nampak mcm sedap je tayangan izah ni..:)
Assalam Izah, rasa tadi akak dah komen dah...x mo publish sini kot..xpa laaa, akak balik dulu... ^_^
Resepi best ni Izah...nak try...nak try...:D
As'salam Izah
sekali pandang ingat karipap. Tapi beli tenung balik resipi kuih baru rupanya..hehehe. K.ct ni belum pernah makan, ni kiranya first time pandang lah kan..hahaha. sesuai sangat kalau letak inti sedapnyaaaa! jap lagi sampai depan pintu..hehehe
memang terus jatuh cinta tgk gambar2 nie tau izah... mmg cantik... n mengoda betul... nampak sedap sgt tu..
lama tak mai sini sekali datang mak i memang meriah...memang nampak sedap sangat....
memang terus jatuh cinta tgk gambar2 nie tau izah... mmg cantik... n mengoda betul... nampak sedap sgt tu..
Post a Comment