CSS

Thursday, September 29, 2011

Blueberry Slice Cheese Cake


Assalamualaikum..

Entry pagi tadi lupa nak bagitau, bagi yg belum tau, teman kita kak Anymz dari blog My Kitchen admitted kat hospital KPJ Seremban. Semoga kak Anim cepat sembuh dan semuanya dipermudahkan. Dan juga alfatihah buat pak sedara saya yang meninggal semalam di Shah Alam dan dikebumikan di Raub Pahang. 

Kek ni resepinya dah berlegar ke banyak blog dah pun. Tapi bila saya buat masa gader2 baru ni, ada la teman teman yang request resepi nyer. Bukan aje yg merasa masa gader2, tapi sedara mara dan adikberadik saya pun  duk tanya macamana nak buat sebab kek ni saya buat untuk juadah raya baru ni. Tak silap kek ni pun dah 6-7 kali saya buat sepanjang bulan syawal ni. Masa raya baru ni, sepupu saya siap panggil mengadap nak tau apa ke bahan untuk kek sedap ni. Terima kasih buat Ros Onigiri sebab berkongsi rahsia kesedapan simple kek ni. Buat yg tak de crim cheese dan susah nak dapat crim cheese, tapi nak sangat makan dan merasa kek lemak2 cheese, kek ini sangat la di rekemen kan. Sangat sedap. 




Kek ni boleh dipelbagaikan. Boleh dibuat perasa asli, atau perasa pandan, strawbery atau letakkan filing blueberry dan sebagainya. Manisnya pulak sedang2 aje. Sebab tu kek ni sedap bila digandingkan dengan filling. Saya gandingkan dengan blebrry filing, ikut  pakar kek kita di blog sue hasue. Dia ni rata2 dah tau kepandaiannya dlm membuat kek. TQ Ros dan Sue berkongsi idea yang bernas. Biasanya kalau saya ada stok telur gred A, saya akan guna resepi sue. Kalau tidak, saya akan guna resepi Ros ni aje. Rasanya lebih kurang sama je gebu, moist dan lemak yang sangaaaaatt sedap. Telur memainkan peranan penting untuk menggebukan kek, sebab tak de bahan penaik yg lain ok.

Sebenarnya kek ni tak banyak sangat lubang2 tu, dia nampak agak cantik halus sikit. Tapi kengkadang tu ada jelah yang tersilap sikit tu. Tapi jangan risau, kek ni mudah je nak buat dan insyaAllah menjadi.


SLICE CHEESE CAKE


4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue



6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.



Atau resepi dari Hasue

LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya

Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling *yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.


Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)



NOTA IZAH: Oven saya sangat sesuai dengan suhu yang diberi dalam resepi Ros @jintanmanis. 


53 comments:

Mas said...[Reply to comment]

ijahhhhh..hari tu aku rasa 2 keping jerkkkkkk....sedapp3
kek ni sekali dok ngan kek anna kan...
aku pun nak try buat la...
tak puas lak makan hari tu..
klu resepi 1 adunan ni..
dapat banyakk tak..
kau pepaham la kan aku ni..he3
satu lagi..kuning kek ni sebab skice cheese tu ke...
strawberi filling byk lagi tu..
elok bebenor aku try kan..he3

alfatihah buat pak sedara kau...
moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

sama2 la kita doakan kak anim cepat2 sembuh dan dipermudahkan segala urusan..sayanggg kak anim

Nazrah said...[Reply to comment]

pagi pagi dah tayang cheese... tak pernah cuba lagi.. nanti tengok ada balance cheese tak...

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
a ah mas.. yg kuning2 tu. yep kuning dia pun mmg sebab cheese tu je. tak kesah la ko nak kaler kan pun ok gak. satu adunan ni elok la untuk 4 beranak. rasanya cam tak cukup pun ado. sebab lepas se slice mesti nak lagi. laki aku kata kek tak kenyang. sebab lembut sangat. hehee

aminn doa doa ko tu mas

izahdaut said...[Reply to comment]

kak nazrah..
recommended.. best tau

inahar ali said...[Reply to comment]

waduh..mmg sodaap pun kek nih..selalu akak wat yg plain jek pasnih nk try gak gabung ngan filling lak..lg meletop la rasanye kan..pepun nk kenen 2 potong dulu kt sini..hehe!

Gee® said...[Reply to comment]

izahhhh....kak gee terlior sudah!! siap la mlm ni godek2 benda nih...

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

tu die, dh kuar kek yg mabeles tu...
ingat2 balik, nyesal lak amek sekeping je...
malu + segan punya pasal....huhuhuhu...
bilela leh makan kek ni lagi...huhuhuhu....

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

kak izah

tq sbb tunjukkan step nak buat...

terluir gan tergoda sungguh pagi-pagi ni..

tun_telani said...[Reply to comment]

uwahhhhhhhhhhhhhh~~~~~~~~~ tergudaaaa!!!!!!!!!!!! tidakkkk!!!!!!!!!! haishh.. demi kek ni, nnti tun jogging 2 round pastu blh makan kek.. hihihihi.... chantikk aaa letak filling round2 gitew.. nnti nk tru lah ^^

KC@ella said...[Reply to comment]

waaaaa .. nmpk sgt yummy

Ida,Japan said...[Reply to comment]

adehh..kuar kek pulak..tak sempat nk komen kt mee mamak tuu...sedapnyer ciskek ni

Yat Maria said...[Reply to comment]

Zah

akak pun seukar slice cheecake ni cuma lom try add blurberry filing tu jer..sedap ek..ada chan akak pi wat kan..

Kak Rose said...[Reply to comment]

Lapo lak tengok cheese cake ni... bila la nak rajin mencuba?

btw, anim sakit apa ya? darah tinggi tu ker? semuga anim cepat sembuh dan dapat masak2 dengan ceria spt sllu!

Ummi said...[Reply to comment]

Izahhhh...apasai kijaaamm sangat nih?? Bawak2 lah ke Kuantan nih ha...akak xleh buat tau, takut akak makan byk dr org lain....dah bdn mcm ayam pam dah ni...uwaaaa. Katalah akak keterjadian kepergian kerumah Izah, terkenalah kerajinan Izah ke membuatnya tuk akak eks! *hahaha...ayat ala2 mereng sikit ni sbb kes gambar smlm..hehe

atie @ ejay said...[Reply to comment]

sedaaaap je nampaknya... cheese konfem sedap kan..hihi en.suami kata bila dah lama atie tak buat kek, berat badan senang je turun..sabau jelah

Unknown said...[Reply to comment]

ooo...mcm tu layernya, baru tau...nak cubalah kalau ada bahan. anak suka ni kalau ada cheese...

Jun said...[Reply to comment]

rasa mcm pernah buat dulu..tp dah lupe plak rasanya..terasa2 mcm nk makan la..rumah izah pon x jauh sgt kalu setakat nk g mkn kek ni kan? kan? hahahaha...tp mas pon nk buat tu..rasanya rumah mas lagi dekat..hehehehe.

rahel said...[Reply to comment]

Mat pagi Izah,bestnye...pagi2 ngadap laptop dan tengok ciskek lg,pekena ciskek lg pagi ni ye...

Cheq Sue said...[Reply to comment]

pernah sekali buat ni zah...tapi tak berapa elok kejadiannya... teringin nak cuba lagi

Amie said...[Reply to comment]

moga Kak Anim cepat sembuit,
al-fatihah buat pak sedara Izah,

nak rasa semulut BSCC tu boleh tak.... ngenceslah!

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak izah kek nih n kek kak hasue xpernah wat lgi ,cis 2 2 jnis ada jer..Nmpak sedapppp..Nak try juga la nanti2..
Akak,moga kak nim lekas sembuh..Moga arwah bapa saudara akak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman,Alfatihah utk beliau..l

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

As Salam Izah.. salam rindu jgk ehehe
byk sgt menu yg sedap2 ketinggallan seh!!
Yg best tuh raya dpt jgk ngan member2 best nyer!!! Kalau dekat mau jgk jumpa tapi apa kan daya :(

Nmpk sedap slice cheesecake..tapi mama rasa buat sementara waktu oven mama nak rehat jap( perut mama lah) hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

sedapnyerrrr... lama tak buat kek bercheese ni... abg akak kompem tak sentuh punya....... adeehh.. ni yg lemah ni.. nnt sendiri bikin.. sendiri kena perabis...

HaSue said...[Reply to comment]

woh patut laa si anna kate ko bkr skali..mmg ko bkr skali rupanya atas tu..hihi..
nmpk cam marble laa kan

apa2pun aku phm maksud ko kat komen entri aku nun..tekstur kek tu harus nampak mcm yg nak kite gmbrkan..ko nmpk x tekstur kek yg nak aku gmbrkan bila tgk kek ceklat tu?ke x nmpk gak? terlalu terang ke?

lagi susah kalo nk gmbr kek sarawak..kdg2 digambo lain..yg real lain..kat gmbr kering,kat real lembap..kena amik feel betul2 baru menepati..huhuuu

letih aku menaip nih..bak seloyang kek tu..sekadar nak merasa jer..

Lieza said...[Reply to comment]

izahhhhh.....akak belum pernah buat kek2 bercheese ni...nampak menarik nih...cam nak try...rasanya ada ker cam cheese tart tu yer?..

LiNa_Pg said...[Reply to comment]

sedap izah..akak cis kek ni blom pass lagik.Pestaim try..bantatla pulak..tp sedap..Pastu tak berani nak menerai dah kih3

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

salam nak cuba jugak lah..sdp ada jam tu...jalos negok

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

sedap.. dah pernah buat guna dua2 resepi hanya yang style izah ni je belum lagi.. cantik kek nya

Unknown said...[Reply to comment]

Assalam Izah...org malaysia dah masuk tido saya baru sampai sini..lambat sokmo kan org jauh ni..hehe sedap tgk kek tu zah...bila lak saya nak menerai tak taula.

Al-fatihah dan takziah buat arwah pak sedara izah...dan harap kak Anim pun cepat sembuh..amin.

lina said...[Reply to comment]

salam izah - menarik nya cake slice cheese ni...huhu...

izahdaut said...[Reply to comment]

@inahar ali
tu la kak ina, saya buat biasanya plain atau perasa pandan, tapi lepas letak filing blueberry ni kan, rasanya yang ni mmg the best lah. sodappp.. nah 2 slice, dah, gi tengok pesakit tengah tunggu akak tu. ngehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
kak gee, dah godek ke belum? hehe... kang ada yang terbayang2 temimpi2 karang

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mimiey.. (^-^)
lorr.. buat per nak segannye. akak lagi suke kalau makan makan tanpa silu2... tak pe tak pe.. paham anak dara ke malau2 tapi mahu kan kan.. ikikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qhaifa Nur
sama2.. tu mana yang akak terdaya je la. ye la, sebelah tangan je.. terketor2 pegang kamere. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
dua round je ke? amik 5-6 round la.. kan ada 5 keping cheese tu. muekekkeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
tu la kak ida, sehari ni makan sedap2 jek. mana badan tak bam bam.. uwaa tulunnn

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yat Maria
sedap kan kak.. aa kena try letak filing. memang meletop rasanyaaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Rose
simple je bahannya tu kak rose. boleh cube anitime, bahannyer pun mudah dijumpa..

a ah, darah tinggi kak nim datang lagi.tu kena admit tu. tapi katanya rini dah leh kuar dah

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
sabo kak ummi saboooo... bereh je kak ummi, kek ni je ke? kek lain tak mo?.. hehehheee..sabo jela kak ummi, kita doakan diorg ni satu hari nanti sedarr akan kesilapan merekaaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@atie @ ejay
alamak, kalau citer pasal berat badan ni rasa mcm nak insaf banyak je dari baking membaking ni. hehee... aa memang sedap, sangat tak rugi mencuba kek ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@~~zAnAfAhMi~~
betul kak, anak2 saya pulun betul makan kek ni, selagi nampak kat mata la.. selagi tu ngunyah. kek ni sangaaatt lembut gebu. mcm span tapi moisttt sesangat

izahdaut said...[Reply to comment]

@Jun
kak jun sah la dah buat kek gini..jom jom serbu rumah mas.. nak jugak rasa air tangan mas pulakk.hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
tu la.. pagi2 makan kek.. wah mewah gitu kan. hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cheq Sue
try lagi cheq sue. point nk jadi tu pastikan telur putih tu elok gebu kejadiannya. pukul sampai mering, sampai tak bergerak. kalau bergerak jugak, mmg tak jadi biasanya. nak pecah mengasingkan tu pun, pastikan kuning tak termasuk setitik pun dlm putih telur tu.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
tq kak ..

try la kak amie..kek ni comel dan sedap sangat. ada sebijik atas meja, cepat aje licin

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
sedap kan kan kan kan..
dah buat kan? pasti rasa nak buat lagi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Hawa/Mama Nani
mama rehat tak pe, tapi leh buat untuk yang tak rehat kat rumah tu ma.. hehe..

insyaAllah.. 1 day kalau Allah izinkan, kita dpt juge bertemu kannn

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
ooo ye ke.. tak gemar cheese ye. kek ni kan lite lite je cheese nyer. pun dia tak suke ye kak? tak pe, bagi budak ber3 tu makan.hehe

misshannajr said...[Reply to comment]

dah try dan menjadi hehe..suke..suke..tQ kak izzah :)

~ aHLa sWeeTie ^_^ (shazarina hashim) said...[Reply to comment]

sis...keju kraft tu,bole tak klau kite ganti dgn creame cheese..?? ^_^

Unknown said...[Reply to comment]

Obat Tradisional Batuk Berdarah

yanmaneee said...[Reply to comment]

cheap jordans
michael kors factory outlet online
adidas nmd
nike air max 2017
birkin bag
cheap jordans
michael kors bags
golden goose
vans outlet
air jordan

boleau said...[Reply to comment]

a fantastic read additional hints learn the facts here now you can try here straight from the source have a peek here