Monday, September 27, 2010

Kek Coklat Kukus


Assalamualaikum..

Dah lama tak makan kek coklat kukus kegemaran family. Saje try resepi yang di intai-intai dari dapur kak Hana. Kek ni cantik je kejadiannya. Warnanya pun cantik dan tentunya moist sangat. Tapi sejak agak pandai mengekek ni, rasanya kek coklat mcm ni la paling mudah dan paling menjadi kan. Jadi pada siapa nak try buat kek, mulakanlah mencuba buat kek mcm ni. Simple je, yang penting sukatan tu tak lari banyak. Pasti menjadi.

Erkk..tadi jenjalan kat umah kak TTM tu yang buat lucky draw. Terjojol kejap mata tengok hadiahnya. Tapi tak reti nak join.. Sesapa bleh ajor..hehee

Meh layan resepinya.


KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak- *hana kukus! tp amik masa satu jam gak! sbb tk msk lg..
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk. *hana guna kaedah double boiler!-Topping tak buat




8 comments:

hana said...[Reply to comment]

meh meh jom tuko kek! eh aku luper la.. kek aku tuh dh jadi baja! aku makan kek ko ajer lah! aci tak?? wakakakakakaa

Mas said...[Reply to comment]

ha..ha...kak hana buat lawak la....assalamualaikum makcik....sihat ke....mas datang nak sarapan kek coklat...ada lagi tak...rindu kat makcik...

izahdaut said...[Reply to comment]

kak hana..
ceehh..tak mo tak mo...tak mo tukor...walaupun baja organik...hahhaa...

mas..
makcikkk dah balik dari keratong yeee.mana buah tangan nyee makcik..eh mas...nanti buat ketupat palas ajak kami ye datang rumah...hahaa..ada kawan blog kite mintak resepi n cara2 buat ketupat palas tau...nanti mas buat entry yee

emunnn said...[Reply to comment]

waaa sedapnya kek coklat..femly saya pon suke yang amat kek coklat.. boleh cuba yg ni plak..biase buat yang kukus je..

Mas said...[Reply to comment]

insyaAllah izah...nanti mas cari daun palas kat pasar tani....ha..ha..pandai kau yer....nanti ada daun boleh mas tunjukkan...tak de bawa buah pun ...tak de musim la...

izahdaut said...[Reply to comment]

emunn..
ye la yang ni pun kukus jugak..mmg kalau nak yang moist, saya suka cari resepi yang kukus..

mas..
hahaha..ye la..mas kan anak tokey ketupat daun palas..jgn lupa rendang tok skali ek

Yana said...[Reply to comment]

Sedap!!Sedap!! Anak2 akak suker tau!! Bak 4 potong dah ler..terliur nie...huhuhu.....

sathiarani said...[Reply to comment]

Hi Izah, I dah cuba your kek kukus, mmg sedap...nnt blh cuba yg lain pulak..thks for sharing