CSS

Friday, September 3, 2010

Puding Karamel Lapis Coklat


Assalamualaikum..

Puding ni buat untuk berbuke semalam. Dah kata kak Hana amat sedap, teringin gak nak rasa. Saya buat separuh je dari resepi asal. Memang sedap makan time sejuk. Fuuhh..anak2 pun tak berenti makan bila disuap.

Buat ni lepas tengok kat rumah kak Ummi. Mekasih kak Ummi, saya mintak izin tepek resepi kat sini pulak.

Sumber:




PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan:-
(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 7 inci).
  3. Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.
  4. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  5. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.


9 comments:

moklong said...[Reply to comment]

ade gak tgk kat rmh kak ummi... tp blum ada ms nk cuba... tup2... izah dh try dulu... nmpk pun mmg sedap...

hana said...[Reply to comment]

haaaa kan aku kata sedappp! mintak mintakkk..seloyang pong xpe! :D

izahdaut said...[Reply to comment]

tu la moklong...saya pun tegoda lama dah tengok, pastu tengok umah kak ummi tu pun berapa kali dah kak ummi buat, tu yang buat jugak tu..mmg sedap!!

izahdaut said...[Reply to comment]

kak hana..
baik kak hana..betul kak hana..terima kasih kak hana...erkk..nak seloyang? mana bleh..tak cukup tak cukup!!

aeinio said...[Reply to comment]

tempting!

izahdaut said...[Reply to comment]

aeinio..
boleh try..sedap!!

desperate mama said...[Reply to comment]

izah.... ni mesti cuba nih.... wish me luck, k... hehehehe...

izahdaut said...[Reply to comment]

desperate mama.
hahaha..fiza sokmo gitu..ok fiza boleh!!hidup fiza!!

Garner said...[Reply to comment]

haaaa kan aku kata sedappp! mintak mintakkk..seloyang pong xpe! :D