Saturday, September 25, 2010

Daging Merah Ala Thai



Assalamualaikum..

Salam di ujung minggu. Semalam tak sempat bersiaran, maaf juga belum sempat menjawab komen.

Semalam hari panikal buat saya. HEhehe.. Petang kelmarin, si kecik bermain dengan si abangnya. Agaknya deme praktik kungfu tetiba tangn adiknya terkehel. Tapi yang sangat panik bila dukung and sentuh tangannya tu, dia teriak nangis yang kuat sangat. Pastu tangan tu dia buat lembik jatuh camtu. Sangat tak pasti samada bahu nya terkehel, patah atau sendi tercabut ke. Semuanya terpikir kat kepala otak ni.

Memang tak berani nak sentuh tangannya tu sampai hubby balik dari office. Uisshh tak habis gigil kepala lutut, telinga pulak tabah n sabar menadah apa yang patut. Pepaham jela kan...hahaa..

Syukur alhamdulillah...semalam ke hospital, x ray semua dan doktor kata terseliuh sedikit aje. Semalam pun pakaikan kain balut bandage tu kat tangan,  memang dia tak gunakan tangan yang sakit tu. Tapi bila cabutkan aje kain balut tu, terus aktif tau. Aduyaii..

Ni kelmarin nyer menu. Sedap la masak simple camni. Asyikkkkk... 

Sumber: Kak Hana



DAGING MERAH ALA THAI

Bahan-bahan

1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
hana tmbh halia ketuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi.




7 comments:

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

salam izah...saper yg masak sedap ni..bau smpai sini...anto la kat jiran2 yg klaparan ni...susah2 jap lg kiter smpai..tunggu tau! :)))

izahdaut said...[Reply to comment]

huuii...mana jiran kelaparan nya tu..ciyann...hehheee..kak del..napa lama tak update...jemu dah makan hitam manis tu je..hahahaa

deeTha H said...[Reply to comment]

salam kak Izah,
hahaha betul tu, jiran seberang ni pun kelaparan tengok daging merah Thai ni.. hihihihi

Sueozana said...[Reply to comment]

Salam izah..
Haa, ni resepi best ni, cam kat kedai tomyam..

Wahh..nasib baik terseliuh jer tgan si kecik yer.. Dia x mintak tukar2 color bandage ke? Hehe! Anak k sue masa patah lengan jatuh basikal siap mtak tukar2 color bandage tiap kali doc salin bandage dia (2 weeks once)jap merah, jap ijau, cam deepavali! Dah besar2 ni pun dia tetap lasak /suka bgaya jgak...

p/s: Tq dik krna nak tlg dptkan resepi ktupat palas buat k sue.. K sue tggu dgn pnuh ksabaran,hehe!

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Akak mmng suka klau daging masak mcm ni...kecurnya....nak rasa sikit.....huhuhuhu....

izahdaut said...[Reply to comment]

deetha..
deetha kamu pun lapar ye...wah kena hantar pada jiran seberang pulak ni...hihi

kak sue..
hooh..nasib baik tak reti bercakap lagi..agaknya kalau reti dia mintk tukar2 jugak kot...hhehee..ha ah ketupat palas tu kene tunggu tuan balik dari kampugn dulu..baru saaya tanya dia kak ye..maceehh

kak yatie..
tu la kak...sedap nih...hubby suke daging jadinya kene la kretif nak mempel bagaikan goreng daging nih

K.Nor said...[Reply to comment]

sian anak tu izah.. akak pun pernah alami gak dulu, masa tu naim kecik lg, dia lompat dr kerusi.. ntah camna tangan dia kena gitu.. mmg sedih bila ingat balik.. alhamdulillah.. ok lepas tu..