CSS

Friday, May 20, 2011

Kek Coklat Fudge Yogurt


Assalamualaikum..

Bersua dipagi Jumaat penuh keberkatan. Melayan anak yang nak makan kek. * Ke mak nya yang beria? Maka maknya mencari la resepi kek yang simple simple aje. Terjumpa dalam list yang panjang tu, resepi dari Ros ni. Terus-terus je godek ke dapur. Bebhan simple, cara nya tak de la berapa simple sebab nak kena kuar mixer bagai. Hehe.. tapi hasilnya... sangat memuaskan hati. Memuaskan hati tu bermakna.. texture kek ni menepati apa yang saya jangkakan. Gebuuu tak padat dan tak kering. Saya suke kek coklat mcm ni. Anak2 bedal aje. Mekasih Ros untuk resepi ni.

Kek ni sesuai untuk diletak topping coklat. Tapi bila tengok merekah kek ni, saya pun malas aje nak buat. Makan gitu lagi senang, budak2 makan tak berketenyeh. Satu lagi saya dah derhakakan sikit resepi ni dengan meletakkan sedikit oren sunquick. Sedap...



KEK COKLAT FUDGE YOGURT

Bahan-bahanya

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 bar ( 150gram) coklat masakan
1/3 cawan serbuk koko
3 biji telur
1/2 cawan natural yogurt ( plain yogurt)
*2 sudu makan oren sunquick -saya tambah

( beberapa titik esen vanila)

*Untuk Topping dan Hiasan* * saya tak buat
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, kemudian dengan menggunakan double boiler, cairkan coklat masakan dan mentega, angkat dan sejukkan sebentar.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, plain yogurt serta coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan tadi, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

3. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 18cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah selama 1 jam, sejukkan atas redai, untuk hiasan, toppingkan dengan cooking coklat dan hias ikut kreativiti anda, selamat Mencuba.


21 comments:

Azlita Aziz said...[Reply to comment]

merekah tu api panas sangat ke izah.. nanti akak nak cuba jugak lah akak pun suka kek yg tak kering kalau tak sangkut aje kat anak tekak ni...

Wanieyra said...[Reply to comment]

Pagi-pagi dah bf dengan kek? ira pun selalu gak kalu buat kek asyik merekah je...

desperate mama said...[Reply to comment]

izaaaahhh... sedapnyeeee.... (itulah yg orang tak reti masak ni mampu komen... nak komen macam macam nanti, nampak sgt yg i tak tau menahu pasal masak...) hehehehe

Yatie said...[Reply to comment]

nak kek .....nak kek....hehehehe..ada lagi ke tu...kalau ari minggu baru leh wat kek kat umah akak, sebab ramai sikit yg makan dan cepat laku..

Mas said...[Reply to comment]

makcik.....merekah pun aku nak gak 4 ketoi....
anto cepat tau...kikiki

HaSue said...[Reply to comment]

wahhh..menu diet lagik!hahaha..asik ke lauttt jer nih..mana x dpt byk ikan ye x...ngehee..

merekah tu bekas ko kecik n suhu terpanas kot ek?tp x semestinya gak kan..kdg2 ada bhn2 penyebab kek nih merekah..aku nak mkn kek coklat gak laaa..
jap nk selongkar dapo ko pasnih

izahdaut said...[Reply to comment]

@AZLITA AZIZ
a ah ada kata kalau merekah api panas sangat kan. mungkin tak sesuai suhu oven saya ngan kek ni. kena slow sikit lain kali kot

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
a ah ira.. budak2 ni belasah je. kek ke apa ke, asal pagi2 ada menda nak kudap. hehehe... kek ni buat petang semalam merangkap bf diorang. ok gitu?hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@desperate mama
ala... tak pe fidza... one day akan pandai jugak... lagi pun career women kena busy la kan...eh ada kaitan ke? hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
a ah ramai2 lagi siok kan kak yatie. ni saya buat separuh je dpat sikit je pun ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
hahaha.. belasah je mas. merekah pun sodap gak neh

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
sue betui tu aku rasa panas sangat ngan bekas aku ni kecik je. sebab aku buat separuh je. eh sue kelaut je kan, tapi tak dapat banyak ikan jugak nak buat ikan bako..hahhaa

Ayu said...[Reply to comment]

fuuuhhhh cannot tahan leh..
coklat kek some more..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak ayu..
hehehe... kek coklat rasa oren.sedap kak

tun_telani said...[Reply to comment]

adoiii.. pagi2 dh tayang kek.. ni nk suruh semua org ke laut ek? kui kui... kalau tun, ni kira resepi rajin nih.. tun malas beno nk cairkan coklat masakan tu. hehe.. campurkan serbuk coklat ngn susu pekat aci x? hihi

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Izah.. akak suka yg merekah tu..lagi garing lagi sedap oooo...

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
ni nak crite ni tun, akak tengok best aje bebahannya. terlupa lak nak tengok cara. skali cara susah jugak rupanya.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
betul betul kak. saya pun sama. bila tengok garing tu, sedap tul. tak nyempat nak buat topping bagai dah.

sitiezahim said...[Reply to comment]

hehehe..aa cam tak bape simple gak kan kak..kene cair coklat masakan bagai..malessss...hihihi

izahdaut said...[Reply to comment]

sitizahiem..
a ah.. tak simple. bahan je agak simple. hehehhee

anymz said...[Reply to comment]

merekah pun merekah lah zah,janji ko bagi akak angkut seloyang..huhu