CSS

Friday, February 10, 2012

Begedil Daging Burger dan Info Plagiarism


Assalamualaikumm..

Salam dihari Jumaat penuh barakah. Alhamdulillah bernafas dengan segar dihari ini. Teringat pesanan Rasulullah SAW sentiasa setiap minit untuk menyebut istighfar. Kalau selalu amalkan insyaAllah jiwa pun tenang walau dikala kesempitan dan keperitan di derita.  Derita saya hadapi hari ni, kabel nyambung kamera ngan lappy untuk trasfer gambo dah hilang belum dapat dikesan. Tak reti nak transfer gambo masak2 cemana. Saya kalau hal gini  mmg lam mim bab sikit. Masih menderita untuk mencari dalam rumah yang kecik ini. Ntah mana la kabel tu ilang. Kalau terus ilang, sunyi la belog saya tak berupdate. 

Nak share sesuatu ilmu yang berguna. Mesti baca kat SINI yang dikongsi oleh kak Nor dan SINI dari Zack. Terutama buat blogger2 baru, dan khususnya lagi nak masukkan entry masak2. Cuba la baca, insyaAllah kita sama2 dapat ilmunya dan dapat guideline dalam berblog. Saya copy sikit yang telah diterjemahkan oleh Zack:


Entry khas mengenai tatatertib dan etika ketika berblogging serta berkaitan resepi:


Kebanyakan pengarang buku masakan dan penulis makanan mengikut beberapa peraturan ini:

1. Jika anda mengubah suai resipi orang lain, ia HARUS dipanggil "Disesuaikan daripada..." atau "Diadaptasi daripada...".

2. Jika anda menukar sebahagian resipi, anda MUNGKIN boleh memanggil ia resipi anda sendiri. Tetapi jika ia agak sama dengan resipi asal, anda harus mengatakan ia "Telah diiilhamkan oleh..." atau "Inspired by...", yang bermaksud bahawa anda menggunakan resipi lain sebagai inspirasi, tetapi telah diubah secara ketara.

3. Jika anda menukar tiga bahan dari resipi asal, SELALUNYA anda boleh menyatakan ia resipi anda.


Nombor 3 adalah perkara yang sukar, tetapi jika resipi tersebut begitu unik, anda mungkin mahu memberikan kredit sebagai inspirasi. Sebagai contoh, jika anda mencintai idea resipi Russian Black and White Cake, tetapi anda datang dengan keunikan anda sendiri (cth: Hot Cheese Chocolate Cake) yang sebahagian besar bahan-bahannya adalah berbeza (walaupun saya tidak tahulah kenapa), anda tentu boleh mengatakan ia "Diilhamkan daripada Russian Black and White Cake."

Akhir kata, bak kata penulis makanan Laurie Colwin, jika tidak kerana mereka yang berkongsi resipi, manusia sudah lama pupus. Oleh itu, teruskan tradisi lama berkongsi resipi. Ia yang membuat blog makanan istimewa. Tetapi adalah lebih baik, beretika dan mengikut undang-undang jika anda sertakan sumber resepi anda.



Terima kasih zack.

Dan resepi begedil ni pun saya amik dari blog zack. Dah lama cari resepi ni. Masa belum kawin lagi, duk usha adik sepupu sebab dia pandai buat begedil tuk makan pengantin. Katanya dari daging burger je. Dulu2 tanya, tapi tanya gitu je resepinya, lepas tu tak buat pun. Bila ternampak kat blog Zack, terus copy resepi dan baru sekarang nak buat sebab ada daging beger yang dah terbiar kejung gitu. Sedap anak2 suke ratah. Terima kasih Zack. *tak dapat nak memberi tumpuan la mengarang kali ni, ada orang duk berjoget. Haha.. kak Nor balas dendam ke?


RESEPI BEGEDIL DAGING BERGER
resepi: Zack 

16-18 biji kecil atau bergantung pada saiz

Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung

1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Basuh dan buang kulit kentang.

2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.

3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas).

4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger (defrost dahulu) dan daun sup/daun bawang (jika guna) dan gaul sebati. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2sb tepung jagung.

4. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.

5. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali (untuk mengelakkan begedil hancur).

6. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.

7. Angkat dan toskan atas paper towel.



18 comments:

sabar dubai said...[Reply to comment]

salam kak izah..

alamak bergedil....pagi2 dah menggoda....feveret nih....

Zack said...[Reply to comment]

assalamualaikum kak, tq sebab sudi mencuba ^_^ bab plagiat2 ni sy memang no-no, keluar tanduk gak kalau orang salah guna resepi/gambar kita. huhuhu..

Gee® said...[Reply to comment]

Jah oii...!! mekacih kongsi info... bak pegedil 2 ketoi!

ops...doa barang hilang > http://wing-0.blogspot.com/2008/08/doa-mencari-barang-hilang.html

K.Nor said...[Reply to comment]

hahahhaa.. mmg ku mau balas dendam arini.. baru tau camna bila duk ngarang kena kacau kan.. haa.. lain kali mau buat lagi ke? akak kacau lagi kang.. joget jgn tak joget hahahaa

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam KAKAK Izah! amboiiiiii kakak akak yg sorang tuuuu bukan main berdekah lagi dia ketawa :D Akak sihat? kita ni kejap2 ajer BW, manjang tak sempat, maklomlah bini menteri tak de nama menteri lah katakan ahahaha.... BB dlm pewut sihat? harap2 sihat ya ibu n bb insyaAllah! nmpk bergedil mcm ngidam bergedil pulak, mcm tau tau ajerr kita ada daging byk, td saba pun tyg daging2 jugak, haish! next week lerrr :D mekaseh dtg singgah n ingat kat kita :D tak ingat pun takpe sbb kita selalu ingat muka akak :P

Cheq Sue said...[Reply to comment]

bagus resepi ni jah...semalam baru beli daging burger, tapi kentang lak xde... nanti nak usha jugak lah

kakna said...[Reply to comment]

amboi...
sedapnya begedil dia..
boleh rasa seketul!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

nak jugeee..... yumyum..

Anonymous said...[Reply to comment]

napa transfer guna kabel izah, tak keluarkan memory card tu masuk kat dlm lappy ke, lg senang mcm tu

mcm tau2 je kan saya nak buat begedil esok, tapi resepi kawan kat fb, guna daging cincang je, first time ni tgk molat2 begedil, selalu leper je

quinnie said...[Reply to comment]

sedapnya...kalau guna daging burger ramly mesti syok nih...duk ngap..ngap..n ngap tak henti...kekeke

Anonymous said...[Reply to comment]

kena beringat betul kan tentang etika berblog melibatkan resepi2 ni.. pepun sy mmg suka dgn blog masak2.. ms tgok berkobar2 nak cuba dan buat tp bile smpai umah resepi teperam huhuhu kagum dgn blogger masak2 yg sgt rajin memasak dan hasilnya cantik2.. nak hasil mcm tu gak tp tgn tak berbakat sgt huhuhuhu

Kak Rose said...[Reply to comment]

begedil apa pun mmg pebret kak rose... sllu kalau tapau nasik mesti ada menda nih. jawa sungguh kan!

tq share info yg berguna tu.

nOOrsha said...[Reply to comment]

begedil nih mmg peberet aku sekuage jah.. selalu wat pkai minced meat je... gune daging burger lg sedap ek sbb daging tu dah berperisa.. nak wat ah sok..hihih..macehhh..ko on9 gune leptop ke? klo gune lappy kan blh cucuk memory card kamera tu kat lappy je, x yah gune kabel...

p/s : lempeng pisang bako tu bako atas kuali je ngan daun pisang tu sekali....:)

Nor said...[Reply to comment]

owh..ingatkan nama resepi baru tadi ' begedil daging masak plagiarism' haha.. tq for sharing!

Yatie said...[Reply to comment]

sedapnya tngk begedel daging burger tu, leh cuba ni...daging burger tu pun bnyk kat esbok..bilalah nak buat ni..esok, lusa, tulat....he3..

Mama Ann said...[Reply to comment]

Terima kasih Izah..mmg mama dok tunggu resepi ni..peberet mama ni..nampak senang..banyak daging burger dok tergolek dlm peti ais mama..mama mesti buat....

ibundo said...[Reply to comment]

izah, mintak begedil. Ada lagi tak?

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

izah...
sukanya kak makan begedil... wah nie guna daging burger yer.. pasti cuba nanti.. pasti sgt sedap kan izah.. sukanya...