Assalamualaikumm..
Salam dihari Jumaat penuh barakah. Alhamdulillah bernafas dengan segar dihari ini. Teringat pesanan Rasulullah SAW sentiasa setiap minit untuk menyebut istighfar. Kalau selalu amalkan insyaAllah jiwa pun tenang walau dikala kesempitan dan keperitan di derita. Derita saya hadapi hari ni, kabel nyambung kamera ngan lappy untuk trasfer gambo dah hilang belum dapat dikesan. Tak reti nak transfer gambo masak2 cemana. Saya kalau hal gini mmg lam mim bab sikit. Masih menderita untuk mencari dalam rumah yang kecik ini. Ntah mana la kabel tu ilang. Kalau terus ilang, sunyi la belog saya tak berupdate.
Nak share sesuatu ilmu yang berguna. Mesti baca kat SINI yang dikongsi oleh kak Nor dan SINI dari Zack. Terutama buat blogger2 baru, dan khususnya lagi nak masukkan entry masak2. Cuba la baca, insyaAllah kita sama2 dapat ilmunya dan dapat guideline dalam berblog. Saya copy sikit yang telah diterjemahkan oleh Zack:
Entry khas mengenai tatatertib dan etika ketika berblogging serta berkaitan resepi:
Kebanyakan pengarang buku masakan dan penulis makanan mengikut beberapa peraturan ini:
1. Jika anda mengubah suai resipi orang lain, ia HARUS dipanggil "Disesuaikan daripada..." atau "Diadaptasi daripada...".
2. Jika anda menukar sebahagian resipi, anda MUNGKIN boleh memanggil ia resipi anda sendiri. Tetapi jika ia agak sama dengan resipi asal, anda harus mengatakan ia "Telah diiilhamkan oleh..." atau "Inspired by...", yang bermaksud bahawa anda menggunakan resipi lain sebagai inspirasi, tetapi telah diubah secara ketara.
3. Jika anda menukar tiga bahan dari resipi asal, SELALUNYA anda boleh menyatakan ia resipi anda.
Nombor 3 adalah perkara yang sukar, tetapi jika resipi tersebut begitu unik, anda mungkin mahu memberikan kredit sebagai inspirasi. Sebagai contoh, jika anda mencintai idea resipi Russian Black and White Cake, tetapi anda datang dengan keunikan anda sendiri (cth: Hot Cheese Chocolate Cake) yang sebahagian besar bahan-bahannya adalah berbeza (walaupun saya tidak tahulah kenapa), anda tentu boleh mengatakan ia "Diilhamkan daripada Russian Black and White Cake."
Akhir kata, bak kata penulis makanan Laurie Colwin, jika tidak kerana mereka yang berkongsi resipi, manusia sudah lama pupus. Oleh itu, teruskan tradisi lama berkongsi resipi. Ia yang membuat blog makanan istimewa. Tetapi adalah lebih baik, beretika dan mengikut undang-undang jika anda sertakan sumber resepi anda.
Terima kasih zack.
Dan resepi begedil ni pun saya amik dari blog zack. Dah lama cari resepi ni. Masa belum kawin lagi, duk usha adik sepupu sebab dia pandai buat begedil tuk makan pengantin. Katanya dari daging burger je. Dulu2 tanya, tapi tanya gitu je resepinya, lepas tu tak buat pun. Bila ternampak kat blog Zack, terus copy resepi dan baru sekarang nak buat sebab ada daging beger yang dah terbiar kejung gitu. Sedap anak2 suke ratah. Terima kasih Zack. *tak dapat nak memberi tumpuan la mengarang kali ni, ada orang duk berjoget. Haha.. kak Nor balas dendam ke?
RESEPI BEGEDIL DAGING BERGER
16-18 biji kecil atau bergantung pada saiz
Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung
1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Basuh dan buang kulit kentang.
2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas).
4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger (defrost dahulu) dan daun sup/daun bawang (jika guna) dan gaul sebati. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2sb tepung jagung.
4. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
5. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali (untuk mengelakkan begedil hancur).
6. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
7. Angkat dan toskan atas paper towel.