CSS

Sunday, April 18, 2010

Pandan Cheese Cake

Firman Allah bermaksud: " Hari Kiamat (hari manusia meninggalkan dunia ini) ialah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah membawa hati yang selamat."- (As Syu'araa:88-89)


Assalamualaikum...

Diharap semuanya diberi hati hati dikalangan hati orang-orang yang beriman dan selamat. Semalam rata-rata banyak yang membuat entry tentang kematian penyanyi Malaysia yang kemalangan jalanraya. Itulah hidup mati itu benar. Mati itu benar. Kubur itu benar. Renungkanlah sebentar agaknya bagaimana sepi kah kita di kubur berseorangan atau diterangi dengan cahaya amal baik kita? Kematian itu selalu menginsafkan....


Kali ni berkesempatan juge nak membaking kek yang menjadi poojaan hati. Duk jenguk kat umah Cik Mat Gebu dah berapa kali. Duk usha menu2 kek yang sangat lah mengancam tu. Suka kek gebu macam ni. Gebu dan moist skit. Wangi bau pandan dan manis yang sekadar je..sedap untuk dibuat minum petang. Asalnya difahamkan dari blog kak Hana Jepun. Saya cnp dari blog Cik Mat. Mintak izin ye Cik Mat.....


BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :
Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan.
Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.

6 comments:

LENDANUAR said...[Reply to comment]

wah....resepi izzah ni sumenye mengancam jiwa & tekak ler...akak minta izin copy & paste ye...mesti sedap ni...nanti nak try buat.tqizzah..

Yat Maria said...[Reply to comment]

izah..lama i tak buat cheesecake..this resepi i pernah buat dulu memang sedap...bila la my mood rajin nak dtg for this cheseecake ..haiz..

AYU said...[Reply to comment]

emm....nampak sungguh menggiurkan...mesti sedap nie...kalau ade depan mata da ayu ngap nie...

izahdaut said...[Reply to comment]

LENDANUAR..
akak meh la buat..saya pun copy resepi dengan otai2 kite..kalau jadi nanti kite tayang gambo ok..

Yat maria..
meh saya tiup2 hembus2 skit bagi mood sampai..puhh puhh..hehheee.. sedap ni seloyang pun tak cukup.meh meh buat.bile la cik mood nak datang kat puan yat nihh

ayu..
ayu senang je nak bagi ade depan mata..ayu godek2 bebahan nye..jengjeng..ada depan mata..tunggu lagi, ngap jela..

Yatie said...[Reply to comment]

salam Izah, sedapnya cheese cake pandan ni...akak suka tau kek ni...nak buat jugalah...

izahdaut said...[Reply to comment]

tul kak yati..masuk dalam mulut..cair jee.. lagi pun kek cheese budjet nyeeerr