CSS

Wednesday, April 14, 2010

Nasi Jagung

" Riwayat Hasan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu syaidina Ibrahim bin Rasulullah SAW, bahawa Nabi SAW bersabda, bermaksud: Mana-mana wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya dan suaminya pula redha dengannya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sebagaimana puasa (sunat) fi sabilillah kaum lelaki. Jika mereka merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambahkan lagi pahala yang tidak terkira (kerana terlalu banyaknya). Apabila ia melahirkan anak dan menyusukan anaknya dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susu (yang diminum anaknya) Allah balas dengan satu kebajikan. Bila ia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya (yang sekejap-sekejap terjaga kerana lapar, sakit dan sebagainya), maka Allah beri dan tambah lagi pahala sama seperti membebaskan 70 orang hamba dengan ikhlas."

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah selesai tugas menidorkan sikecik bedua tuh. Jenuh bersilat dengan si kecik tuh, segala selawat, zikir, cerita nabi cerite dongeng semua keluar, maka baru tu la mata mereka terpejam kepenatan dengor cerite macam-macam ada. Dah sunyi sepi ni baru la seronnok nak buat entry.


Nasi Jagung ni buat for our dinner. Memikirkan si abang Bais suka makan jagung, so nak try buat nasi jagung ni. Tapi nama pun suka jagung, bila kite hidang nasi ni kat die dengan ayam goreng dengan harapan baik punya dapat membangkitkan selera die, die boleh kutip jagung je, nasi die tak mo makan. Betuah punya budak.

Nasi ni ambil resepi kat MyR dan penyumbang resepinya yang bernama Akma_4th@myR. Sedap dimakan dengan apa-apa lauk yang digemari. Lembut, wangi dan tak de rasa rempah yang heavy. Sebab die mengguna bahan basic menumis tu je. Cuma saya gunakan mentega mengantikan minyak sapi yang out of stock. Ramai juga yang dah mencube resepi ni dan semuanya sangat menyukainya.


Nasi jagung ni saya makan dengan lauk rendang ayam. Rendang ayam pulak saya amik resepi dari Chef Otai kite Chef Hanieliza. Simple je bahan die tapi best. Saya suka rendang yang rasa simple macam ni.


Untuk sayur pulak saya buat sayur cendawan campur dengan sawi. Sesuai ke dengan nasi jagung ni? Ish tak kisah la sedap je..sayur ni main campak2 je..tumis bawang putih, pastu campak capsicum skit, filamen ketam skit, cendawan dan sawi dan sos tiram. Layan..

Jom layan resepi Nasi Jagung. Terima kasih Akma berkongsi resepi dan saya copy n paste je.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1 labu bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 cm halia (dihiris memanjang)
2 camb minyak sapi
2 camb minyak masak
1 cawan frozen corn
1/2 cawan susu cair
3 cawan beras
air secukupnya
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau atau merah (saya tak guna pewarna)

Cara-cara:

Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan frozen corn dan beras yang telah dibasuh. Gaul sehingga rata.
Masukkan susu cair, air, daun pandan, garam dan pewarna. Sukatan air mengikut keperluan beras masing-masing. Sy guna petua sukatan air sebyk dua ruas jari telunjuk dari paras beras.(saya sukat air una satu ruas je jari telunjuk dari paras beras. Begantung jenama beras memasing)
Setelah masak, hias dengan hirisan cili, bawang goreng dan daun bawang.
Sesuai dimakan dengan gulai ayam/daging, cendawan bersalut atau ayam goreng berlada. Mengikut citarasa masing-masing.

11 comments:

MamaFaMi said...[Reply to comment]

Salaam Izah,

Mama pun suka semua-semua berkenaan jagung ni kecuali satu... TANAM JAGUNG. Tangan panas kot, tanam pokok selalu mati! Hahaha... mana ler tak mati, tak dibelainya pokok tu. Bih cemana!

Datin El said...[Reply to comment]

salam izah..bertambah lapo bila datang umah izah ni..ade nasi jagung n rendang pulak tu ..sabo jelah..

E-na Zarina said...[Reply to comment]

Salam Izah...E-na suka sgt jagung tp anak2 ngan papanya x suka, camna tu??? mkn kt sini je laaa he hee

izahdaut said...[Reply to comment]

MamaFami..

Mama..tak yah tanam la ma..beli jee. kalau nak menjadi tanam jagung nikan..balik kampung tanam jagung kot..hehhee..

izahdaut said...[Reply to comment]

Datin El..
tu la tuh..saje nak melawan dengan akak.. dah menu kat umah akak pung buat orang lapo je tau.. ingat lagik ikan masin nanas tuh..nak buat tapi macam tak jadi sedap je nanti..

izahdaut said...[Reply to comment]

E-na Zarina..
meh makan meh..ala cian..biase kalau kite je suke hubby and anak tak suke terus menu tu bagai lenyap dari rumah kan...kan kan..malas nak buat. baik beli je kan..

mummyseri said...[Reply to comment]

Salam izah..
wah sedap ni..nnt kite plak wat nasik ni..ni pon da kire cam nasi butter sebab pakai butter time tumis..kismis bole tukar ngan jagong..best best kite suke:)

Kak Rose said...[Reply to comment]

nampak menyelerakan, tapi yalah budak2kan...amik mana yg diorang suke je...sabo je la asal diaorang nak makan pun dah cukup bagus...

nurindah said...[Reply to comment]

salam kak izah,
sukanya tngok nasi jagung...aritu beli jagung, lain plak menda yg saya buat. hihi. sedapnya nampak hidangan ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

Mummyseri..
salam mummyseri..try je buat..kite buat ni lain skit pada nasi putih kan. nak tukar selera skit.

Kak Rose..
Salam kak rose..Memang pun kak. biarlah asalkan diorang nak makan. proses belajar lah kan.

Nurindah..
Nnanti beli jagung wat nasi jagung plak..buat rendang daging ke..serunding ke..eh sedapnyee..lebih lebih plak tau

Baileyxzcj said...[Reply to comment]

Datin El.. tu la tuh..saje nak melawan dengan akak.. dah menu kat umah akak pung buat orang lapo je tau.. ingat lagik ikan masin nanas tuh..nak buat tapi macam tak jadi sedap je nanti..