CSS

Wednesday, April 28, 2010

BUN KENTANG

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaan, maka dia tidak boleh menolaknya." -(HR Thabrani)

Assalamualaikum..

Petang semalam buat Bun Kentang ni. Amik resepi kat umah kak Nor yang baru balik honeymoon dari IJN tu. Memang gebu, lembut, mulus dan suci bun ni. Suci sebab kite buat sendiri kan. Pagi ni masih mulus gebus lagi. Anak makan cicah dengan air teh o. Penuh mulut nye disumbat bun ni banyak2.hehe.. Saya letak sikit waterroux walaupun resepi asal tak letak. Boleh ke gitu?


Resepi yang di copy dari kak Nor. dan kak Nor cnp dari Ros Onigiri.


Bahan-bahannya:

250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
1 biji telur (dipukul sedikit)

(untuk bancuhan sos kastard )
2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula

Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba..

(to Erma..bila nak meroti?)

Nak tambah sikit, doh ni lembik sikit ye, kalau buleh masa bentuk bulat2 tu lumur tangan ngan marjerin ye...pastu baru bulat-bulatkan....klu nak tambah tepung pun buleh jugak, tp jangan banyak sangat ye...doh ni akanjadi lembik sikit bila kita pakai telur yang berlainan saiz,.Ros pakai telur saiz M, klu pakai yang besar sikit tu sila kurangkan kuantiti susu tu ye..pakai 100ml aja..harap dapat membantu ye.

2 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

salam izah...bestnya tengok sana sini buat roti..akak sampai sekarang masih tak reti2 nak buat roti...ditambah pula tak de bm...huhu
nampak sedap betul roti izzah tu...

izahdaut said...[Reply to comment]

ima..salam kak, saya buat uli tangan je kak. hari tu wat finger bun tu jadi, maka semangat la nak try roti lain. jom kite meroti..