Tuesday, April 27, 2010

Taufu Hamburger (Kak Hana)

Firman Allah maksudnya: "Akan dimasukkan ke dalam neraka Wail akan orang-orang yang suka mengumpat dan mencerca orang lain"- surah Al humazah:1

Sabda Nabi SAW, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang mengumpat dan mengadu domba, ia telah memusnahkan imannya seperti petani menebang pohon (tanamannya)".- riwayat as Fahani

Sabda Nabi SAW lagi maksudnya:" Sesungguhnya Allah amat benci kepada orang yang jahat lidahya (suka mengumpat, mencaci dan menfitnah dan menyakiti hati orang lain)".- At Tirmizi


Assalamualaikum.. semoga semua sihat dan ceria hari ni. Dah lunch ke? Hari ni saya tak berapa didatangkan dengan mood yang ceria. Kejap on kejap off je cik mood ni. Bangun pagi rasa macam nak patah pinggang, badan rasa lenguh-lenguh. Nak bangun subuh pun kena duduk rilex dulu. Dah dua hari dah macam ni. Tu lakan, perempuan ni banyak hormon yang berubah-berubah, tu kot jadi macam2 tu.

Hari ni nak tayang taufu hambeger yang tak macam hamburger. Hikhik..buat bentuk sesuka hati jek. Ada bentuk bunga mawar, bunga raya, bentuk kapal terbang...tapi sedap dapat makan bola bola daging ni. Setengah saya buat cam daging burger makan lapis dengan roti untuk abang Bais. Lebihnya buat bola-bola kecik yang tak berapa nak bulat.


Tapi saya tak buat sos nya. Makan dengan sos cili je. Ni gambo roti untuk Bais, celup dengan telur sikit dan lapis dengan daging tu. Without sos and without mayo, die tak suka.


Yang ni pulak buat bulat-bulat suap kat adiknya sikit, selebihnya mulut ummi.


Yang ni pulak lebihnya saya jadikan rampai untuk sayur, sedaplah..bertambah manis sayur ni. Kacang panjang tu abaikan, sayang nak buang campur sekali dengan sawi. Boleh gitu?

Resepi saya amik kat umah kak Hana Jepun. Resepi saya copy dari rumah kak Hana ni untuk rujukan.
Bahan-bahan
300g daging cincang
50g taufu lembut
1/2 biji telur - dikocok
2 sudu besar bawang besar cincang
serbuk lada sulah dan lada hitam
garam secukup rasa
sedikit minyak @ butter
air (dlm 3 sudu besar) - utk steam
Bahan Sos
1/4 cawan air
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar syouyu - leh ganti kicap
1 sudu besar butter


Cara-cara
Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali air utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, bulat2kan seperti bentuk humburger. (agak bolat2 n gemok@tebal dr beger biasa)
Panaskan sedikit minyak@butter dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. masukkan hamburger dan balik2kan sehingga 3/4 masak.
Masukkan air. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.
Utk membuat sos : Satukan semua bahan dalam kuali. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Curahkan kuah sos ke atas hamburger.
Hidangkan dengan salad pilihan.

4 comments:

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam... bau harum taufu hamburger... mesti syedap.. aper lagi...3 ketui tuk erma he eh eh he rajin tullah Izah ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

erma..meh datang ampang meh..berketul2 pun tak per..wah kene puji nih..suke suke'

Beattey said...[Reply to comment]

nak yang bentuk kapal terbang boleh???

izahdaut said...[Reply to comment]

hik hik...bentuk kapal tterbang yee..pandai le..