CSS

Thursday, April 29, 2010

Mee Goreng Basah

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Ada 3 perkara dimana tiap-tiap umat tidak terlepas daripadanya, iaitu: Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan keluar dari tiga perkara itu? Iaitu apabila engkau berburuk sangka janganlah engkau kuatkan buruk sangka mu itu, apabila hasad jangan lah engkau berlaku kejam, dan apabila engkau berselisih faham, janganlah engkau menyakiti."-HR Abu Daud

Assalamualaikum.. pagi yang ceria moganya buat semua ummat. Semalam bulan penuh, cantik sungguh warna oren. Macam biasa si penunggu bulan abang Bais dok excited sungguh nampak bulan. Ayat dia "pak bolan moon, pak moon, pak..earth bolan moon ummi pak.." Pak tu sama dengan nampak. Bukan nya Pak berapa tambangnya pak..bukan cam pak supir tu..hikhik..

Wah pepagi lagi nak tayang mee goreng nih. Mee goreng basah yang dibuat dinner last nite. Resepi sendrik sendrik bikin time anak2 dara lagi. Tapi telah disesuaikan dengan selera en suami. Senang je kan dinner buat mee macam nih, goreng mee, makan ngan telur dan cili padi potong je.


Resepinya secara ringkas:

1 paket mee kuning (500gm)
2 senduk nasi lada kering kisar/segenggam jika belum dikisar*
1 biji bawang besar*
3-4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
*kisar semua bahan bertanda
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar sos cili
kicap secukup rasa dan warna
1 sudu besar serbuk kari
sedikit ayam
sedikit fish ball/ fish cake
sebiji tomato
satu ikat sawi
segenggam taugeh
sebiji telur
air secukupnya lebih kurang 3-4 cawan( air panas lagi bagus)
garam dan gula ikut citarasa

Caranya: Tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga naik bau atau pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak kemudian masukkan fish ball dan masukkan kesemua sos dan kicap kacau rata. Masukkan perasa garam dan gula. Kemudian masukkan air dan tunggu mendidih. Time ni bleh la rasa nak masin ke nak manis ke bleh la tambah apa yang patut. Pas tu masuk mee kuning yang telah dibasuh tu, gaul-gaul biar sebati dalam 4-5 minit pastu masuk sayur tomat dan sawi. Last sekali besarkan api tahap maksimum masuk telur, gaulkan cepat2 tutup api masuk taugeh. Siap..Kalau tak mau basah sangat bleh lama skit tunggu air kering. Sukatan air tu ikut citarasa sendrik. Kite enjoyyy..



0 comments: