CSS

Sunday, April 4, 2010

Muffin Chocolate Custard


Assalamualaikum.. semoga semuanya sihat dan bahagia di hujung minggu ni. Setelah tidak tahan dengan godaan gambo-gambo muffin yang sangat mengiurkan di rumah kak Nor maka saya pun menggodek la bahan2 nya dan jadilah...jengjeng..muffin coklat custard nih.. memang sedap, gebu dan lazat. Tak rugi mencubanya. Anak saya suka la muffin macam ni. Tapi yang paling die suke adalah mengepau badam atas muffin tuh. Buat projek senyap2 je, tengok-tengok semua muffin tuh dah dibotakkan.


Resepi disertakan sekali buat kawan2 yang nak cube muffin ni.

A 110 ml air
1 1/2 sudu besar serbuk koko
50 gm gula merah
25 gm tepung jagung

B 35 gm butter
35 gm minyak sayur
1 sudu kecil essence vanilla
65 gm dark chocolate
1 biji telur
50 gm gula
75 gm tepung sebaguna (saya guna tpung gandum)
1 1/2 sudu kecil baking powder

Caranya : Satukan semua bahan bahan A kemudian panaskan di atas api perlahan sehingga adunan licin (jadi macam paste). Tutup api dan kemudian masukkan butter dan dark chocolate kacau sebati dan bersatu. Masukkan pula minyak, gula, telur dan essence vanilla. Pukul dengan mixer sehingga semuanya sebati. Masukkan tepung dan kacau dengan spatula. Cedukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama lebih kurang 20 minit. Boleh dihiaskan dengan badam di atas adunan muffin sebelum dibakar.



6 comments:

Erna said...[Reply to comment]

comelnya penggemar muffin ni..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak erna..tu penggemar muffin tegar..bila dah boring die susun muffin jadi tayar krete die..

MamaFaMi said...[Reply to comment]

Tengok gambar pun macam dah terasa sedapnya!

izahdaut said...[Reply to comment]

mama..cube lah baru tau sedap tak dan sesuai tak dengan tekak tu..hhehe

Datin El said...[Reply to comment]

izah..mesti sedapkan..nampak je pun dah tau..tahnia izah.

izahdaut said...[Reply to comment]

DatinEl..thanks.. sedap la sebab ambik resepi kat sifu sifu kiter kan..