CSS

Friday, April 23, 2010

Puding Roti

ASAL KEJADIAN NERAKA dan LUASNYA NERAKA


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu. YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH.......AMIN. ...

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.' Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w...: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah..
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w.. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s..a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummat mu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai').

Assalamualaikum..

Salam bersua dengan entry tertunggak, agak tiada idea nak bercerita panjang. Alhamdulillah, abang Bais dah nak makan dan menelan makanan. Dah tak demam dan sihat dan menyanyi lagu 'aku'. Entah la lagu apa, tapi selalu kalau tengah main toy, selalu die akan nyanyi'akuuuuuu', dengan irama harmoninya..huhu..

Berkongsi tazkirah yang diberi oleh mr suami, semoga hati kita tidak lalai dan hati kita dalam golongan hati-hati yang selamat. Semoga dapat baca di atas dan merenung diri kita membuat muhasabah diri. Tu pun untuuk ingatan saya sendiri ni.


Ni la menu entry tertunggak yang sangat sedap, meluncur laju ke tekak. Dah ramai pun menikmati puding roti ni kan. Saya je ketinggalan zaman skiit. Satu family suka, abang Bais pun selalu mintak,'nak juk nak juk' dalam kata bahasa lebih mudah 'nak sejuk nak sejuk' bersamaan nak puding sejuk tu la. Hikhik..hidangkan mr suami, kejap je licin tauuu.

Resepi untuk rujukan sendiri dari kak Hana yang comel ituww. Yang katanya sdang berdiet.. Opsss..spekulasi nihh. Jangan maree. Akan tetapi puding saya tak secantik kak Hana. Boleh klik dan pergi tengok puding die yang cantik itu.


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara:

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

6 comments:

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
sedap kan puding ni? saya pun suka. tumpang makan kat sini sekeping...hihi

Watierman said...[Reply to comment]

Salam Dik Izah....TQ for ruangan tazkirah tu...mudah2an Akak juga mendapat manafaat dari nya....Amin!...

Back ti bab puding tu...aisey woman dah lama Akak tak buat..berdenyut-denyut lak rasa gatal tangan nak buat...tapi roti lak tak de...perlukah Akak meroti dulu??? Dah jgn layan kakak mu ini...suruh dia gi masak ayam untuk anak2 dia...langgut kat tingkap ni lama2 apa hal!

izahdaut said...[Reply to comment]

nurindah..
memang sedap, lembut licin je kan..mehmeh menjamu selera..

watierman..
hahha..kak watie, pi masak pi..saya suke nengok lauk2 akak yang meriah merah belaka tuh.. plak2 tang udang sambal..waduh jatuh cintaaa

Yat Maria said...[Reply to comment]

salam izah.. i pun pernah buat resepi yg sama...sedap..budak2 pun suka..

NiezaMan said...[Reply to comment]

saya pon dah byk kali wat puding ni & dah amik oder pon
tima kasih pd penyumbang resepi
mmg sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

yat maria.
tu la..anak suka tu yang kite pun bersemangat nak buat..dah mak pun suka kan..

niezaman..
wah.. dah jadi menu besneskan..moga pahaala die panjang la kan..