CSS

Friday, April 16, 2010

Blueberry Finger Bun

Dari Ibnu Umar r.a berkata sesungguhnya Nabi SAW bersabda, bermaksud: "Wahai kaum perempuan, perbanyakkanlah sedekah dan perbanyakkanlah pula memohon ampun. Sesungguhnya saya melihat kalianlah (orang perempuan) yang terbanyak masuk neraka." Berkata salah seorang perempuan di antara mereka yang mendengar sabda Nabi itu: "Mengapa kami (orang perempuan) yang terbanyak masuk neraka?" Lalu Nabi menjawab:"Kamu banyak mengeluarkan kutukan dan engkar kepada suami. Saya lihat kamu kurang akal dan kurang beragama." Kata perempuan itu:"Apa kekurangan kami tentang akal dan agama?". Jawab Nabi:"Saksi dua orang perempuan sama dengan saksi seorang lelaki dan perempuan beberapa hari tidak melakukan sembahyang inilah kekurangan agamanya."- Diriwayatkan oleh Muslim.

Assalamualaikum..
Harap kawan semua sihat dan sentiasa ceria dan tak lupa bersyukur atas ni'mat Allah yang tidak terhingga.


Alhamdulillaah. Pecubaan pertama saya meroti bluberry roti ni menjadi. Sukenyee sampai nak melompat-lompat rasanya. Bila ngunyah pertama kali meni'mati kelembutan roti ni rasa nak nangis (copy ayat nurindah) hehe.. Mana tak nye, pertama kali buat jadi lembut dan kekal lembut hingga esoknya.Walaupun roti saya buat ni tak la comel macam kengkawan yang lain punya. Sangat berterima kasih dengan kak nor dengan resepi ni. Semangat nak buat sebab ramai kawan2 dah cube buat roti ni. Pada sesapa yang tak cube meroti lagi, meh meh cepat. Memang tak rugi, lembut macam roti kat pasaraya2 terkemuka yang ader kat Malaysia nih. Wah promote slalu baik punya.

Saya guna tangan je uli. Ambil semangat dari kak Yatie yang buat Bun Pandan nye menggunakan tangan je. Anak-anak pun suka, suami pun suka makan cicah sambal. Tuh anak anakku memasing tengah ngap roti tuh. Rasa macam nak buat lagi dan lagi dan lagi..hehhehee..konon je ayat tu..Tapi semuanya saya tepek dengan kastard je atas tu, sebab kastard tu bila buat dapat banyak. Anak pun tak berapa suka rasa blueberry atas roti tu.



Jadi sapa nak cube saya copy resepi dari kak nor ni. Akak, saya mintak ijin ye..trima kasih..

BLUEBERRY FINGER BUN

doh:
380gm tepung high protein (tpg roti) (Tepung roti saya guna 280g + tepung gandum 100g..kes tepung roti dah abeh)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux (boleh search kat blog kak nor :water roux @ blog mamafami)
30gm butter
30gm shortening

topping:
blueberry filling (diblend halus)
kastard

kastard:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
~~
campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
kacau supaya tidak berketul/hangus
masak hingga sedikit pekat
padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan


Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
Biarkan proses menguli hingga selesai.
Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
Rehatkan lebih kurang 15 minit.
Ambil sebiji doh dan canai nipis.
Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.



3 comments:

MamaFaMi said...[Reply to comment]

SEmua orang dah menayang gambar finger buns ni. Mama dah buat lama dah, tapi masih terperap dalam folder. Lom gak update...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...[Reply to comment]

Alemak... mana bleh jadi ni. Mcm Ma~Mi ckp tu.. sume org dah mnayang gbr finger buns tu...

nak gaklah buat... nak buat... nak buat... nak buat..

Ya Allah, pinjamkanlah aku kkuatan-Mu... Amin

izahdaut said...[Reply to comment]

mamafami..
meh la tayang finger buns tuh..sah sah menawan..

Sari Yusa..
buat jangan tak buat..heheh.nanti tayang okeyss