Friday, December 16, 2011

Donut Pintal (kak Yani)


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.

Terima kasih yang sudi meninggalkan komen, kata2 semangat, doa dan share pengalaman  dalam entry saya sebelum ni. Terharu sangat2. Dan doa saya juge sama buat anda semua. InsyaAllah. Jom la kita keluarkan menu2 lama saya niha. Kebanyakkan menu2 yang akan keluar nanti ni, menu yang maybe sebulan dulu dibuat. Sekarang ni baru nak di kongsi di blog ni. 

Donut ni resepi yang di kongsi oleh kak Yani. Resepi ni saya dah banyak kali juge buat, especially masa memula berblog dulu. Biasanya buat bentuk donut tu. Tapi skali ni nak try jenis pintal mcm kak Yani share step by step bergambar kat myR. Rasanya juga ramai dah cube resepi ni kan. Memang elok kejadian donut ni. Gebu, lembut n enak. Untuk lihat step by step membuat donut pintal boleh terus ke link myR di bawah ye. Terima kasih kak Yani!!

DONUT (kak Yani)

Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

Cara-cara

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Buatkan bentuk bulat
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
Uli biar jadi bentuk panjang
Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.


54 comments:

tun_telani said...[Reply to comment]

kak izah cayang!!!!!!!!!!!!!! berdesup tun datang sini bila tgk akak update.. alhamdulillah, dh ok sket ye kak.. tun tgh ngular sbb best sgt duk kt kampung ni.. sejukk!!! hujan sokmo..
sedap nmpk donat pintal2.. duk kt umah best je wat kuih sbb ramai tukang makan ^^

Sugar 'n' Spice said...[Reply to comment]

salam izzah...sehat dah yerr....Alhamdulillah...

wahh...menariknyer donut pintal ni..teringat ade satu biskut pintal dolu2...

izahdaut said...[Reply to comment]

tun telani..
akak nak numpang ngulor jugek. tapi kat sini terang benderang ari ni. nyampas tau balik kampung dgn gumbire nye

izahdaut said...[Reply to comment]

sugar n spice..
biskut apa tu. ke butter cookies. bila buat pintal tu suka pulak, sebb lagi simple dari donut lubang..

Hezrin Ahmad said...[Reply to comment]

ish dah wat rin lapo... anto sini sket...huhu

K.Nor said...[Reply to comment]

welcome back jah.. miss sgt2 jah dgn entri2 jah nih... :)

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

alhamdulillah, kak izah dh kembali...
welcome back sis.... rindu giler2 la ngan akak!!!!
slmt memasak kembali...hehheheh

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

Miss you so much..muahhh! dah sihat hendaknya ya.

wahh..mendonat kita lagi ya Izah. k.ct tak cuba lagi resipi donat dari Yani ni. sesekali nak cuba juga, tr kasih Izah :)

izahdaut said...[Reply to comment]

hezrin ahmad..
boleh boleh.. nak antor kemana tu rin? pos laju ke .. hehehe

Yatie said...[Reply to comment]

salam rindu buat adikku Izah,alhamdulillah dah bersiaran, moga sihat dan ceria selalu....cantik donut pintal tu...kalau Hamka dpt ni maunya di pintal2nya gak..abes berterabur gulanya...hehehehhe..leh tiru ni...

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
aiseh malu malu kucen ada org miss.. eh miss entry je ek. bukan miss tuan pengentry ke? hahaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mimiey.. (^-^)
mimieeee.. miss u backk.. err.. hehhe.. canner exam? ok ke.. insyaAllah akan kembali dengan bersemangat. cewahh

Wanieyra said...[Reply to comment]

Salam buat Izah....

Lega rasanya izah dah kembali, harap izah sihat hendaknya

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
kak ct, i miss u too. tu la suke juga donut juna tepung roti ni. buat pintal2 ni simple jugak kak.

Ayu said...[Reply to comment]

wah itu dia dah mula mengganas..heheh welcome back izah..
cantik pintalan donut izah ni..

it's JULIA said...[Reply to comment]

Menarik Izah, boleh cuba kalau rajin.Cepat sihat ya. Amin.

Ummi said...[Reply to comment]

Assalam Izah....teruskan masak2 dan update eh... :)

Cheq Sue said...[Reply to comment]

amboi jah...berpintal2 donatnya... kalau buat ni boleh gak makan petang2 musim ujan ni asik lapo aje... ko jage diri ye jah...

mala said...[Reply to comment]

assalamualaikum izzah - sorry about your lost. semoga dah sihat sepenuhnya. lama tak jengah sini baru balik dari kampung. take care.

MeknaBlog said...[Reply to comment]

Wooohooo,....kak izah dh kembali....akak dh sihat ye...dapnya nampak donat tu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

lawalah kejadian pintalan donut tu izah.. nak gi intai jap cemana nak pintal tu... hehe.. dulu2 pernah wat kuih pintal pastu sira ngan gula.. wat kunyah2 depan tv sedap gak walaupun kuih tu agak keras.. tp lama2 habis jugak dikunyah.. hehee..

Liza said...[Reply to comment]

salam izah...dah sihat yer...rindu rasanya nk tgk menu2 dr dapur izah...
mmg best sgt nmpk donut tu, siap berpintal2 lg...cantikkkk

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Salam rindu Izah...

Sungguh mama tak tahu yg Izah keguguran..Allah lbh sayangkan nyer mungkin ada hikmat disebalik kejadian ini.

Mama pernah jgk melalui process D&C sewaktu anak ke2 mmg 1 penggalaman yg menakutkan... Bila mengandungkan si NaZli pun hampir2 keguguran jgk.. sedih n takut akan keguguran tapi alhamdullilah dah 15 thn pun si Nazli nih...

Insyallah mudah2an allah beri lagi rezeki buat kalian berdua..bykkan berdoa yer Izah :)

rahel said...[Reply to comment]

Selamat petang Kak Izah...dah baek k?...skali muncul trus tayang donut pintal..ish..ish..suk banget..

Tina Othman said...[Reply to comment]

donut ni peberet budak2 ni tapi maknya punyalah malas nak buat

brp byk copy resepi donut izah tapi satu pun tak terbuat

Fiza Amran said...[Reply to comment]

salam sedapnya donut mcm tahu2 jer kita tgh cari donut nya resepi kalau nak buat bulat2 mcm2 biasa pun boleh kan?

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...[Reply to comment]

Salam Izzah...sorryla akak baru tahu cite..akak harap Izzah sihat ya...akak suka resipi ini...akak ambil ya.

dZana said...[Reply to comment]

selamt kembali berblog.. smga izah diberikan rezeki lagi selepas ni.. suke tgok donat pintal ni.. kemas jer..

nOOrsha said...[Reply to comment]

salam izah...rajin ko.. dah sihat btol ke ni>?? klo blum jgn sibuk2 sgt nnti bentan susah... hehehe....cam org tua lak aku ni... kuikuikuki..... rajin ko wat piintalan2 donut ni..aku pnh cube gak dulu tp jadi vurokkk...hahaha...da macam sanggul mak limah.... tak comey camni.. hehe..lehla aku berguru ngan ko care nak pintal dunot lak pasni ek :)

Zack Zachoes said...[Reply to comment]

a'kum kak,

akak dah sihat? alhamdulillah..jaga diri baik2 ek.. caiyok2, kuatkan semangat..semoga cpt membaking kembali ;)

*intai2 tepi pintu, malu2 kucing nk masuk komen kt rumah akak ni, hehe..*

Nieza said...[Reply to comment]

alhamdulillah dah sihat dah izah yer..nanti bolehlah update blog.tapi sekrng gunakan peluang yg ada utk rehat sepenuhnya dulu.

sedap dan cantik tgk donut ni..bila nk rajin mendonut pula tak tau la:)

Amie said...[Reply to comment]

rajinnya memintal, kita panggil kalau rupa gini donut tocang... he hehhhee

Yat Maria said...[Reply to comment]

Welcome back dear...dah sihat ka? alhamdulillah..tak per resepi bulan dulu pun ok...dapat jugak kita tgk air tgn Izah kan..am glad u r back :)

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah cayang..
rindunya kat izah tau... apa kbar skg? doa dan harapan akak moga izah sentiasa sihat sejahtera hendaknya... Amin.
geramnya akak tgk donut pintal tu izah... cantik jer kejadiannya... akak dah lama teringin nak buat tp x x buat2 smpi skg sbb akak kurang reti buat donut.. suka sgt tgk donut tu.. cantik!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
slam rindu juga buat akak. aduhai kak, bebudak buat2 tak selera lak menengok donut kena pintal. mencik. hahaa.. diorg nak donut berlubang. bertuah betul

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
alhamdulillah.. insyaAllah ira, makin sihat n segar. boleh ketuk kuali balik ni. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
hehe.. kak ayuuu.. i miss uu. ala mana ada mengganas la kak. ni kena keluarkan menu2 yg dah lama dlm folder tu. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@it's JULIA
tq julia. alhamdulillah. makin sihat ni. tq mendoakan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
waalaikumussalam warahmatullah..
tq kak ummi. insyaAllah akan diteruskan semula. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
wah baru balik dari kampung ye. mesti semangat ni. hehe.. tq ye.. insyaAllah terus sihat n bersemangat

izahdaut said...[Reply to comment]

@MeknaBlog
alhamdulillah mekna. kembali dengan lebih bersemangat ni. cewaah. hehe.. dah biasa buat donut guna tepung roti tak? sedap n gebu

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
haishh sedap pulak dengar kak madiha kata kuih ppintal. doh yang mcm nak buat kuih tiram tu ke? haha memandai jekan.

mula2 saya ingat susuah nak buat donut pintal ni. rupanya mudah je kak. akak dah tengok dah kaedahnya

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
alhamdulillah makin sihat kak. insyaAllah akan menyusul menu2 biasa dari saya. hehe..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Hawa/Mama Nani
tq mama. insyaAllah dan alhamdulillah makin sihat n bersemangat. bila mama sebut passal d&c tu balik rasa seriau je. dan rasa mcm ada fobia sikit2. ada juga banyak kes, lepas dnc, ramai yg ada masaalah next pregnen kan. ya Allah jauhkan la.. tapi semua tu ujian Allah kan. kita hadapi dengan penuh keredhaan. tq mama. miss u too

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
ala rahel.. dah lama dah buatnya. nak post gambar2 banyak kat folder niha. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
hahah.. sabooo jela. ala try sekali buat tina, kalau sekali buat dah menjadi mmg bersemangat je nak buat lagi.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Fiza Amran
boleh je. nak buat bentuk donut biasa tu pun boleh. saja je nak membanyakkan bentuk tu yg try buat cara pintal pulak. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Paty's Kitchen - Cook with passion.
alhamdulillah kak. makin sihat insyaAllah. sila lah kak. simple je resepi ni kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
haha.. ko jgn la sebut bentan2 tu. aku mmg seriau je mendengarnya. hah ko nak berguru ngan aku ke? ok je, tapi jgn lupa bawak pulut kuning ngan ayam panggang. dan seekor kambing golek. hahah.. huh berguru la sangat. ko gi study step by step kat link kak yani myr tu. simple weh. suke lak aku buat pintal2. cume the problemnya, nak goreng tu kena lama la sikit.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zack Zachoes
waalaikumussalam warahmatullah..
ala apa la nak malunya zack. ngengada tau. ehhe.. alhamdulillah makin sihat ni. insyaAllah boleh baking la lepas ni. sukee.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
insyaAllah Nieza. rasa dah banyak rehat dah ni. hehe.. makin sihat mula la makin tak duk diam kan.

nieza, lama dah tak mendonut ye,boleh la try . simple je ni. suke pulak mennegok kejadian pintal tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
oo donut tocang ye kak amie. hehe.. boleh la kan.mcm tocang rambut

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yat Maria
haha.. tq kak yat. kita kasi keluar semua resepi yg lama2 dlm folder kan. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
waalaikumussalam warahmatullah..
terima kasih kak diana.. alhamdulillah berkat doa akak la ni saya makin sihat.hehe.. rindu jugak kat akak ngan si tembam irfan tu. ehhe..