Assalamualaikum..
Kek ni pun dah lama di baking. Permintaan anak-anak nak makan kek. Kek ni mmg menjadi kegemaran di rumah ni dan simple je nak buat. Bahan2 dia tak banyak. Boleh ditukar2 perasa dan mengikut kreativiti masing. Resepi ni juga saya buat blueberry Cheese Cake. Idea blueberry tu ambik dari Hasue. Kalau idea pandan ni saya ambik dari kak Hana. Resepi asal adalah dari Ros Jintanmanis.com. Kalau ikut asalnya plain je. Rasa lemak2 cheese. Memang sedap n manis dia mmg secukup rasa. Saya copy lagi sekali resepinya di sini. Terima kasih buat Ros dan penyumbang2 idea yang hebat.
PANDAN SLICE CHEESE CAKE
resepi : Ros Onigiri @myR
Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
dan diucapkan Belated buat Ros yang ke 29. Semoga dilimpahi keberkatan dalam kehidupan dan kebahagian bersama yang tersayang. Semoga terus maju buat Ros.
50 comments:
Assalamualaikum...
gebunya..mesti gigit pun tak terasa ni....
alahai sungguk menggoda kalbu kek ni, bahan semua ada tapi malasnya nak buat hihi
Salam izah, gebunya kek! Nice green too!
salam izah....
kek yg gebuz macam si pembuatnya...
sedap nyer..lama tak makan cheesecake gebu2
Salam Izah..rajinnya buat kek..pernah buat kek ni..memang sedap dan lembut jer..tak sedar dah abis dibedal...cam tak cukup la..hehe..
Hi zzah...bawa-bawalah berehat.....anyway cantik..kuihnya..bolehla ku COBA
As'salam Izah
kek ni memang menjadi pojaan hati setiap masa. memang tak jemu kalau makan. mendapat tempat kat rumah k.ct. ni pun slice cheese memang sentiasa ada stok sebab k.ct suka makan dengan roti..hehehe
Nanti nak buat lagi..lagi dan lagi..sedapkan Izah :)
salam izah...kalau xsilap hari tu ada tgk kat umah ct delima tu...sedap yer kek ni.akak xpernah buat lg ni...nmpk gaya kena buat jugak la ni...akak salin resepi dulu yer...thnx izah..
salam Izah...
Wahhh...nampak gebuuu laaa...blom try lg resepi ni...nti nk dicobaa juga nihhh.... trasa cam mkn kek span jer nampaknyerr...nyummm...
sedapnya nampak kek ni kak izah.. nmpk lembut je.. nk try buat gk la ^_^
gebunyer...kalernyer pun cantik...tah biler nak membuatnyer...
hu..hu..sedapnya tp kita wat tak pernah nak cantik mcm tu gebu aje.
izah lain kali blh kita gi mkn kat umah izah plak kek ni
Assalamualaikum Kak..wahh sedapnya kek ni..saya sejak 2 kali kek masuk air walau dah balut aluminium foil, sejak tu terus stop sampai sekarang, hajat hati nak cari acuan yang tak patri, tapi sampai sekarang pun tak beli2 lagi..ha ha ha alasan paling munasabah padahal nak cover dari cakap M***s...
kak izah cayang.. tun pun buat slice cheese cake semalam.. mmg gebus mcm kapas, tp kan guna chesdale, terasa masin! haha
salam izah..
tu dia.. berdas2 entry dia dah keluar... seronok! hehe.. akak suka tengok hasil air tangan izah.. walaupun tak mampu nak kejor tp seronok dpt cuci2 mata.. moga izah dah bertambah sihat ye... dah abis lom tempoh berpantang?
nampak sedaplah kek tu.. akak dah lama tak beli slice cheese...
rajin ko memposing mek...kek pun nmpk gebus gebas!
salam izah..gebu-gebu kek itu..
teringat nila ciskek pertama yg aku buat..
@Wan Anita
waalaikumussalam
betul sangat. rasa tak puas. masuk mulut tak payah kunyah pun. hehe
@Tina Othman
aipp apsal asik malas je ni. nak ke pok montot dia. hahaha. gurau je. gi la buat. budak2 kompom suke.
@mala
mmg kek ni gebu dan enak. hijau cantik kan.. hehe. hijau apple
salam izah...kek tuuu.. nampak sedap dan gebus. warnanya pun sejuk mata memandang...i like green...ahaksz
@Ucu Faridah
haha..ucu..tang mana yg gebu tuh. haishhh kena kurangkan gebu la tuan nyer nampaknya kan. hehe
@Faiz
kalau guna slice chese kek ni, tak la rasa muak sangat sebab light2 je rasa chese dia kan. tapi stil lemak n enak. boleh la buat
@rahel
betul rahel. kek mcm ni tak sedar je lepas ngap nak lagi lagi dan lagi. sedar2 separuh dah habis sepantas kilat. hahaa
@Paty's Kitchen - Cook with passion.
ala kak paty ni semua resepi yg dah lama buat ni. kena clearkan gambar2 dlm folder. hehe
@CT Delima
betul kan kak. pastu boleh divariasikan ikut kreativiti n selerakan. boleh letak jem blubery or strawbery
@Liza
ye betul tu. ramai dah buat kek ni kak. memang feberet kat myR. dah mcm2 diolah dengan resepi ni. simple n best. nanti akak try ye
Aduh! lenguh ...semput2..,mengah2 kak cek berlari marathon sampai sini...dapat upah makan cheese cake pandan ni best jugak...akak pun bwk mapin ni Izah...jom tuko suka sama suka..:)
@Sugar 'n' Spice
tapi kek ni lagi moist dari kek span. dah la gebuu segebu gebunya. nanti leh try. sedap
@lizz
kena seru lebih sikit tu nampaknya. hehehe... nanti mesti terbuat jugak. sedap ke ni. kek ringan tapi lemakkss
@~~DAPUR KECIL KU~~
wah kena set date nak dating ni kak.. hehehe
@~~DAPUR KECIL KU~~
wah kena set date nak dating ni kak.. hehehe
@Sue @ Nenie
tak pe tak pe..alasan diterima. hehe.. akak pun guna patri jugak. tapi salut aluminium kat bawah. insyaAllah tak masuk air.
@tun_telani
masin2 lemak tu ok la. kan gebu kan. sangat gebu.dah entry keknya kek?
@MaDiHaA a.k.a Ratna
hehe.. ni gambar2 lama ni kak. clearkan folder. insyaAllah dan alhamdulillah makin sihat ni. terima kasih sudi jenguk2 blog saya kak.hehe
@HaSue
waahaha..itu posing simple la mek. ala kek ni mmg kita tahu la kan sangat gebu dan penuh lemakkss gitu.
@Kamalia
sma la dengan ko. aku pun inilah kek chese yg pertama aku buat. slice chese kaaann. hehe
@Sha HomeMade Cake n Choc
tu bukan sejuk mata memandang je, mulut dan tekak pun sejuk je dapat kek cenggini. hahaha
@cik cek
nah minum air dulu kak cek. aduiii kak cek marathon ke datang ampang ni kak. hehee..
wah bagi muffin kat saya. sukeee
cantik la hijau..hehe..mmm tak aci kak izah tak wish pon besday saya dulu...uwaaa :((
waduhh gebusnya kek mu zah...lum berkesempatan nk terai lagi resepi kek ni.
salam kak izah, syg, seronok nye kt bawah tu ade kad utk ros, terharu tau..terima kasih byk2 ya kak....
@sitiezahim
eh eh ada orang majuk. cian diaa.... dah belated ye. akak tak pasan sowiii..
happy belated buat hajarr..semoga bertambah2 rezeki dan berbahagia selalu hendaknya. kikiki... sabo jela budak neh
@Nieza
buat cepat nieza. rugi amat kalau tak try lagi. sedap
@ros@JMC
tq too ros untuk segala ilmu membuat roti , kuih n kek yang akak ceduk dari blog ros. dan semoga terus maju jaya buat ros.
dah cuba kek ni...sedap tak terkata
@Anonymous
alhamdulillah... seronok dengar bila kek menjadi n digemari.. hasil air tangan sendiri ni kan. lagi puas hati
sangat2 menggoda kegebuannya.. nak cubalah nanti.. harap menjadi..
It handles food cravings in the hypothalamus by just employing a person s body s own. It has helped thousands achieve their weight loss goals and it can help you too! Why wait? Get started today! Fap Cleveland Clinic. Today, however, it is available in several forms like pills, capsules and even in powder form.
Post a Comment