Tuesday, December 20, 2011

Paprik Sotong


Assalamualaikum..

Resepi lauk simple. Masak paprik. Boleh dipelbagaikan dengan binatang kesukaan masing2. Dan boleh ditukar mengikut sayuran yang disukai. Kali ni saya menggunakan sotong. Dan guna sayur kacang n tomato. Tu aje yang ada dalam stok. Dan rencahnya tu mcm buat basic paprik la kan. Simple tapi semua dah ada dalam satu lauk. Sebab bahan2 nyer boleh mengikut selera masing2, jadinya saya letakkan satu resepi paprik dari myR.



MASAK PAPRIK
sumber: makYong@myR 

Bahan-bahan ( 4 )

½ ekor ayam - dipotong kecil2 -izah ganti sotong
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk

bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda-izah letak kcg pnjg n tomato
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Nota izah: Gorengkan dulu sotong sekadar keluarkan airnya. Angkat. Selepas tumiskan rencah dan sayur, last sekali baru masukkan sotong. Gaul2 kan sekejap sahaja. Kalau lama sangat nanti sotong liat.


24 comments:

Hassan said...[Reply to comment]

Salam Sejahtera
Blog yang menarik ~~~

Sugar 'n' Spice said...[Reply to comment]

pergghh..terliur2 nampak izah ni masak...terasa mcm kt rest Thai...haiiyoooo....sodapp ehhh...,.
kn besh kalo berjiran...mueheheheh...

Liza said...[Reply to comment]

salam izah....akak kalau dh masak paprik ni mmg xmasak lauk lain dah....kalau x pun grg telur dadar jer....perghhhhh mmg sedap

Naz / Nadz COSK said...[Reply to comment]

Assallamualaikum Izah..
Semoga semakin sihat yer.. Sedapnya.. Akak suka paprik tak kiralah lauk apa yg diletak dlm masakan tu.. Nyum..nyumm..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

Salam Izah..jumpa kat sini lak :D
mkn ngan nasi panas2..mmg sedap nih!

Chik Mimi said...[Reply to comment]

Salam izah selalunya paprik ayam,ni sotong gudddd idea kadang2 kering idea nak masak apa ,akak ler tu

dZana said...[Reply to comment]

ceria dah dpur izah ni..mcm2 menu kuar.. selalu msk sambal jer kt rmh akk.. nnti boleh akk cuba msk cam ni..

Mamasya said...[Reply to comment]

Aslmkum Izah
akak suka masak paprik sb ada serai dg daun limau purut dlm masakan.baru masak beberapa hari lepas...

sitiezahim said...[Reply to comment]

betul2 memang paprik ni bes...kene buat gak la esok ni...tak aci :P

Anna Qawina said...[Reply to comment]

jah..pagi2 buter aku datang nak cekau lauk nih..rumah aku takde binatang spesel nak buat..ada telur je..buleh wat apo tah..haha

Nieza said...[Reply to comment]

nampak sedapla paprik sotong ni izah..maunya mkn bertambah nasi ni...hehe

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

menu permintaan anak2 masa hujung minggu, tapi k.ct tak buat sebab sotong melambung tinggi. bila tanya orang yang jual tu..."laut ombak tinggi kak...tu yang hasil tangkapan tak ada"..hehehe. amboiii...bukan dia yang kelaut ya tak..? hahaha

nanti k.ct nak cuba juga, tapi letak isi2 ayam pun ngam juga kan Izah..TQ dear..muahhh!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hassan
tq hassan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sugar 'n' Spice
suke sangat kalau berjiran ada melayu yang ramah n boleh berkawan. kat sini jiran 1 malaysia. kiki.. tapi satu malaysia pun baik hati..alhamdulillah

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
betul kak. cukup ada telur dadar, ngan sambal je kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
kalau kat kedai paprik nan nasikosong aje pun dah ok kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥♥azatiesayang ♥♥
betul kak atie. kita ubah je lauk n sayir tu ikut selera n ikut barang apa ada dlm peti ais kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chik Mimi
tu la kan. kdg2 sotong kat rumah ni asik buat goreng tepugn tu je. sambal pun jarang buat. sebab kdg2 tak brapa nak reti, kdg2 slalu je sotong tu jadi liat. hehe.. kalau goreng paprik ni ada la pandai sikit nak ejas bagi sotong tu lembut

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
alhamdulillah.. ada la sikit2 menu nak tayang kan kak zana. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mamasya
saya pun suka kak. sebab rasa n aroma dia tu mmg menyelerakan

izahdaut said...[Reply to comment]

@sitiezahim
sempoi je kan. bahan2 pun inyaAllah ada je dlm peti ais

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
haha.. anna ko cipta je la paprik telur. ok wat

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
tu la kan. simple je tapi selera je walau dapat bau nyer tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
ye kak, sotong dah mahal kan. ni pun menu saya tah bila tah. hahhaa.. menu lama2 ni baru nak keluar